Stressed out!

Malang sungguh. Entah kepada siapa harus aku mengadu. Adik-adik takkan mampu membantu. Hendak minta pertolongan mak ayah pun belum tentu mereka dapat membantu. Selebihnya pasti aku akan dibebeli. Dibebel tanpa sebarang penyelesaian. Aku nak buat kerja hari ni pun takde mood. Mungkin ini merupakan antara kesilapan terbesar aku? Yeke? Atau mungkin cuma salah satu dari gelinciran perancangan aku yang diakibatkan faktor-faktor luaran dan dalaman?
Aku sendiri tak pasti dimana silapnya. Mungkin kerana aku terlalu ikutkan nafsu. Aku sangkakan aku mampu untuk menjelaskannya. Tapi ternyata aku silap untuk sekali lagi. Sekali lagi dalam kehidupan aku kesilapan merancang dan membuat keputusan menjerat kehidupan aku sendiri. Maaf mak, mungkin abang tak dapat balik hari raya nanti.
Tapi tak mengapa. Setiap sesuatu pasti ada jalan penyelesaiannya. Dimana dan bagaimana biarlah aku fikirkan sendiri. Macam mana sekalipun aku harus tetap terus hidup. Masih banyak yang perlu aku selesaikan.



Post a Comment