Pengacau
Dalam dunia ni ada je pengacau. Terutamanya makhluk yang tak boleh lihat orang lain bahagia.
16:03 | 0 Comments
Ibu 6 anak perlukan bantuan segera
FOTO : Wajah keluarga ini tidak dapat didedahkan atas sebab-sebab keselamatan
Pada hari Khamis 5hb Mac 2009 Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) telah menerima email dari seorang sahabat bernama Atty Rahim (email : attyrahim@gmail. com ) menceritakan mengenai kes seorang ibu yang dalam kesempitan dalam membesarkan 6 orang beliau yang berusia 2 hingga 12 tahun. Dua beradik terpaksa berkongsi pakaian, maknanya jika abang memakai baju, adiknya terpaksa berbogel.
Kes ini kemudiannya dirujuk kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah untuk tindakan lanjut. Pada hari Sabtu 7hb Mac 2009 kira-kira jam 5.00 petang rombongan yang terdiri dari urusetia SIM dan juga pihak yayasan telah melakukan lawatan ke lokasi. Dari siasatan dan soaljawab didalam pertemuan hampir 2 jam tersebut jelaslah bahawa keluarga ini benar-benar memerlukan bantuan segera. Antara perkara-perkara yang kami kenalpasti dalam kes ini ialah :
1. Keluarga berkenaan hidup dalam ketakutan kerana sebelum ini terlibat berhutang dengan Along kerana perlukan belanja persekolahan anak-anak.
2. Hidup menumpang di flat yang disewa dari orang lain.
3. Persekolahan anak-anak terganggu akibat kemiskinan
4. Anak-anak hanya minum teh O bagi menggantikan susu
5. Hutang tertunggak sewa rumah, api dan air sudah mencecah RM1,000
Sebagai langkah segera pihak Yayasan Pembangunan Nurhikmah telah menyumbangkan RM1,000.00 dari Tabung Kecemasan YPN sebagai membantu keluarga ini menyelesaikan hal-hal berkaitan makan minum serta keperluan asas yang lain..
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah merayu anda sekelian untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga ini samada melalui akaun yayasan atau menghubungi En Ahmad Fadzil ditalian 012-2968649 . Semua bentuk bantuan adalah dialu-alukan samada pakaian, makanan atau wang tunai
Sumbangan wang tunai boleh disalurkan melalui akaun berikut :
| No. 16-3, Jalan Mesra Niaga, |
| Taman Mesra, |
| 43000 Kajang, |
| Selangor Darul Ehsan. Telefon : 03-87332411 Fax : 03-87332967 Laman web : www.nurhikmah. org.my EMAIL : presiden@nurhikmah. org.my |
13:26 | 2 Comments
Nasib sebahagian manusia
Malam tadi aku menonton rancangan 360 di tv3. Beberapa isu dikupas antaranya tentang kebanjiran pelarian UNHCR warga Myanmar. Sebelum ni aku tak tau pun sebenarnya pelarian di Negara kita ni tidak dibenarkan bekerja mengikut Akta Imigresen. Seingat aku ketika bertugas di pejabat lama di Bangunan JKR dulu ada seorang makcik warga Indonesia dari Aceh bekerja sebagai cleaner yang setiap hari memastikan workstation aku sentiasa bersih & kemas. Kalaulah begitu perihalnya maka makcik itu bekerja tanpa permit la.
Terdetik pula dihati aku. Jika mereka tidak dibenarkan bekerja & tidak boleh digaji di Malaysia, bagaimana mereka hendak menyara hidup? Bukankah orang-orang seperti mereka ini yang patut kita simpati? Sudahlah Negara sendiri dilanda pergolakan, menjadi pula pelarian di Negara asing tetapi dinafikan hak untuk bekerja. Aneh betul undang-undang yang ada di Negara kita ni. Walaupun aku sendiri bertugas dalam hal perundangan (secara tak langsung) namun aku sebenarnya masih tidak faham dengan rang undang-undang yang ada.
Keanehan semakin bertambah apabila 2 persoalan timbul dalam benak fikiran aku ni. Berjuta-juta hasil kerajaan dari cukai yang aku dan seluruh rakyat bayar (aku dah kurang bayar sebab dah quit smoking) sebahagiannya digunakan untuk menyara pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditempatkan di beberapa pusat tahanan tetapi tidak pula digunakan untuk membantu warga pelarian ini yang jelas nyata masuk ke Negara ini secara sah. Keduanya, kerajaan pimpinan “fella” mempromosikan modal insan yang nyata aku sendiri kurang pasti apa yang cuba ditonjolkan selain dari hanya kata-kata yang belum tentu berlaku secara terangnya.
Aku tidak menafikan Malaysia banyak membantu golongan susah di Negara luar seperti di Aceh, Darfur, Somalia, Bosnia dan sebagainya. Tetapi bukankah aneh jika masyarakat yang ada di dalam Negara ini sendiri masih dahagakan bantuan?
Kemudian aku terfikir lagi. Berapa banyak badan kerajaan yang tampil menghulurkan bantuan seperti yang dilakukan tv3 melalui rancangan Bersamammu? Bila ditanya kepada pihak-pihak yang sepatutnya menjalankan kewajipan itu mereka menjawab, “kita tidak akan tahu sekiranya tiada laporan dari masyarakat”. Inilah yang menjadi masalah. Bukankah setiap kawasan ada wakil rakyat yang telah dilantik? Apa fungsi mereka ini kalau rakyat di kawasan sendiri daif pun tidak mereka ketahui? Ish…banyak betul persoalan ni.
Aku bukanlah hendak menghentam sesiapa tetapi aku sedih melihat keadaan masa depan anak-anak pelarian ni. Mereka juga manusia seperti kita. Tiada bezanya antara kita dan mereka. Mungkin isu ini boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Walau apa pun aku tau perkara seperti ini ada pro & contra. Nanti ramai pula pelarian nak larikan diri ke Negara kita. Kesian betul tengok nasib anak-anak pelarian ni. Nak bersekolah pun tak boleh. Macam mana la masa depan diorang nanti.
P/s: SUHAKAM ada komen?
08:50 | 0 Comments
What Happen?
13:07 | 0 Comments
WHY?
Kenapa mereka tidak maju dalam industri IT.
Kenapa mereka hanya pandai bersosial di dalam Friendster.
Kenapa mereka tidak mencuba sesuatu cabang dalam perniagaan.
Kenapa mereka terlalu sayangkan kredit telefon bimbit.
Kenapa mereka terlalu sibuk dengan urusan masin-masing.
Kenapa mereka tidak menikmati hidup ini.
Kenapa mereka tidak berblogging?
16:22 | 0 Comments
Innalillahiwainnailaihirojiun…..Al-fatihah
Malam tadi aku terima satu berita sedih. Seorang kawan yang baru dikenali beberapa bulan yang lalu telah meninggal akibat kemalangan jalanraya. Aku bersimpati terhadap keluarganya kerana tidak lama lagi kita semua akan meraikan Aidilfitri dan kehilangan ahli keluarga dalam bulan puasa ini memang amat menyedihkan. Aku tidak kenal dengan keluarganya tapi aku berdoa semoga mereka bersabar dan redha dengan takdir yang telah ditentukan.
To’ki kekasihnya merupakan jiran disebelah rumah aku. Aku juga bersimpati terhadap dia kerana kehilangan orang yang dicintai. Walau apa pun yang hidup teruskan dengan kehidupan yang ada. Yang pergi biarkan ia pergi dan sama-samalah kita berdoa agar dia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Aku tidak mengenali arwah dengan rapat namun kehilangannya pasti dirasai kerana orang disekelilingnya juga berada disekeliling aku. Aku menganggap kejadian ini sebagai kehilangan seorang adik yang ceria. Mungkin esok lusa giliran kita pula. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
In memory of Rohani Bte Md Ahir (1989-2008), student of Masterskill College of Nursing & Health.
Al-fatihah…
08:50 | 2 Comments



