Imbasan
Posted by
Mr Din
6 orang dari mereka telah pun berkahwin. Gambar ni diambil ketika hari raya. Tahunnya aku dah tak ingat. Aku terjumpa masa mengemas bilik malam tadi. Bila aku menatap gambar ni teringat pula ketika masing-masing masih belajar dulu. Pada setiap tahun kami akan berkumpul menyambut hari raya. Mungkin tahun ini takkan ada perjumpaan seperti ini lagi. Mungkin juga takkan ada bagi tahun-tahun yang akan datang. Mereka merupakan rakan sekelas aku ketika di sekolah menengah dulu. Sebahagian dari kami telah bertapak membina empayar. Sebahagiannya lagi masih menyusuri laluan sempit yang berliku. Ada juga yang sudah pun melapangkan tapak. Mereka juga sebahagian dari kehidupan aku. Aku bersyukur dengan kehadiran kalian. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari nikmat kehidupan di dunia ni. Aku berdoa kalian semua dicurahkan rahmat yang berkekalan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



Post a Comment