feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Segalaya tentang duit...!


Sejak kebelakangan ini duit menjadi satu permasalahan besar dalam hidup aku. Terlalu banyak yang perlu dijelaskan berbanding dengan apa yang ada di dalam akaun aku. Dimana silapnya? Jawapannya mudah, HUTANG! Adakalanya aku terfikir juga kenapa hidup ini perlu berhutang? Beli rumah,kereta,motor semuanya berhutang. Apa logiknya keperluan berhutang ni? Aku sendiri tidak mampu untuk menjawab persoalan itu.

Setelah dikira-kira jumlah liabiliti aku mencecah RM30 680.62 yang memerlukan aku untuk lakukan sesuatu untuk menghapuskannya. Tidak dinafikan sesungguhnya pengurusan kewangan amat penting dalam kehidupan kita. Jika kita gagal mengurus kewangan kita dengan baik maka susahlah jadinya kehidupan kita.

Baru-baru ini rancangan 360 di TV3 ada memaparkan kisah pemberi pinjaman (Ah Long). Aku tidak pernah lagi berhadapan dengan mereka ni. Sebilangan masyarakat membuat pinjaman dari Ah Long kerana syaratnya yang mudah dan kelulusan segera. Namun disebalik kemudahan itu terselit faedah bayaran balik yang amat tinggi. Tidak dinafikan ada yang mampu membayar balik pinjaman itu mengikut dalam tempoh tertentu tetapi kebanyakannya berakhir dengan lebih bebanan hutang.

Dimana silapnya? Jawapannya ialah diri sendiri. Kita tidak dididik dengan topik pengurusan kewangan dalam sistem pembelajaran. Sebenarnya terlalu banyak kepincangan dalam sistem pendidikan negara kita. Kalau aku buat post mortem yang mendalam tentunya blog ini akan jadi berjela-jela.

Apa pun yang berlaku kita haruslah cuba untuk mengawal perbelanjaan harian kita. Aku sendiri sedang dalam usaha menyekat perbelanjaan yang tiak perlu. Insyaallah dalam beberapa bulan lagi penyata kewangan aku akan lebih teratur. Nasihat aku untuk diri sendiri dan kawan-kawan, seboleh-bolehnya jangan la menggunakan jalan pintas dengan meminjam dari Ah Long. Kesannya bukan sahaja pada diri kita tetapi pada orang di sekeliling kita. Kasihani isteri & anak-anak yang tidak bersalah.



1 comments:
gravatar
Anonymous said...
12 August 2008 at 22:53  

Aku pun belum mahir menguruskan kewangan aku..aku orang yang boros..cesss..
segalanya bermula dari satu punca..
tapi punca tu pun tak bleh nak hapuskan..jadi ape yang perlu aku buat bermula dari diri aku sendiri...
just me...
let us see how far can we stabilized these money stuff...bit by bit...

Post a Comment

English Premier League

free download

Here In My Home

free download