Setiap yang bertemu pasti berpisah
Hari ini merupakan hari terakhir aku bersama Puan Zu. Seorang pegawai yang pada aku adalah baik walaupun adakalanya lack of integrity. Siapa Puan Zu ni? Nama penuh dia Fail@Zuraini Bte Abd Razak. Berasal dari Kelantan. Kini menetap di Kuarters Polis Kelana Jaya bersama seorang suami dan 5 orang anak(kalau aku tak silap la).
Biar aku cerita sikit karakter Puan Zu aku ni. Dari sejak hari pertama aku lapor diri di Mahkamah, dia ni ceria aje. Belum pernah sekali pun aku tengok dia bermasam muka walaupun dilanda masalah. Sentiasa tersenyum dan suka gelak. Kalau dia marah pun boleh senyum-senyum lagi. Ada ketegasan dalam dirinya tapi tak cukup kuat untuk handle orang-orang yang keras kepala macam aku ni hehe....Walau apa pun aku tetap hormat dia sebagai seorang pegawai yang berdedikasi. Bermula Jun 2008 dia akan memulakan tugasnya sebagai Majistret (jawatan sekarang ialah Penolong Kanan Pendaftar). Selama 2 tahun aku disini dia telah banyak membantu aku dari segi tugas dan personal. Dia adalah antara manusia-manusia yang tiada penggantinya dalam diari kehidupan aku ni.
Jamuan untuk Puan Zu akan diadakan pada jam 12.00 p.m di pejabat. Lepas jamuan ada pula mesyuarat. Aku paling benci mesyuarat ni. Buang masa aku sampai 2-3 jam. Lama tu..... kalau tidur memang puas lah. Apa agenda mesyuarat hari ini pun aku tak ingat. Biarlah,bukan aku nak cakap apa-apa pun. Habis mesyuarat aku baliklah hehehe...
Ikut perancangan malam ini aku sepatutnya ambil peti sejuk dan karpet aku di gombak. Lori dah dapat tapi timbul pula masalah lain. Macam mana nak uruskannya aku akan fikirkan sendiri. Selepas aku angkut barang-barang aku tu maka berakhirlah era aku di Gombak. Tapi tak sangka pula seperti ini penamatnya. Kalau ditanya apa perasaan aku tentunya aku akan jawab "amat sedih". Disinilah tempat dimana aku mula bertapak ketika aku dicabar Kuala Lumpur. Bak kata pepatah melayu "tempat jatuh lagi dikenang".

07:48 | 0 Comments
1st Plan For June
Pagi ini aku bangun lewat sebab 'bergayut' di telefon malam tadi. Sebelum itu aku menonton siaran-siaran ulangan di TV3. Rancangan 360 paling menarik perhatian aku kerana berkisar tentang pembelian rumah dan projek perumahan yang terbengkalai. Ia cukup memberi manfaat terutamanya kepada aku yang masih belum lagi mempunyai rumah sendiri. Aku sudah lama merancang untuk membeli rumah tapi kedudukan kewangan masih belum mengizinkan.
Sampai di office aku terus on laptop. Aku search blog mazidul akma sidek, pengacara 360. Ternyata tidak sia-sia kerana ada maklumat yang amat-amat aku perlukan. Maklumat untuk aku merancang 1 trip picnic selama 1 malam. Setelah menyemak kalendar aku putuskan untuk pergi pada 27 jun 2008. Siapa yang akan ikut bersama aku tak pasti lagi tapi aku akan cuba ajak Reza dan Naz.
08:29 | 0 Comments
Coretan untuk kawan2 & untuk Wanita2
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini aku menulis khas untuk beberapa orang yang pada ketika ini aku amat pasti sudah mula membenci aku kerana berasa amat sakit hati atas apa yang telah aku lakukan. Aku tak pasti sama ada kalian akan membaca coretan aku ini tapi kalian pun tau link untuk ke site ni ada dalam profile friendster aku. Jika kalian membaca aku harap kalian dapat memberi tumpuan dan faham dengan apa yang cuba aku rungkaikan disini.
Saiful,
aku tidak bermaksud untuk memusuhi kau. Aku juga tidak pernah terfikir untuk kita jadi begini. Aku ambil masa yang lama untuk fikirkan tentang perkara ni. Pada penghujungnya aku sendiri tidak pasti apa punca kepada keadaan ini. Adakah kerana Fiza? Atau adakah kerana WFQ 8814? Atau mungkinkah juga kerana aku menumpangkan seorang gadis? Makin aku fikir semakin aku tidak mendapat jawapannya. Aku setuju bila Reza kata kita 'ego'. Memang kita sama-sama ego dan perkara itu tidak aku nafikan. Aku tau aku juga bersalah dalam hal ini. Aku jadi segan atas apa yang telah aku lakukan. Namun begitu aku juga telah berusaha untuk perbaiki keadaan walaupun tidak secara langsung. Bukan aku tak nak atau takut bersemuka dengan kau tapi seperti yang aku kata tadi,aku segan. Sebab itulah aku cuma mulakan dengan menghantar SMS dan email pada kau. Tapi malangnya kau terlalu ego untuk membalas SMS dan email aku. Tapi tidak mengapa. Aku tetap juga cuba memahami keadaan ini. Walau apa pun yang kau anggap tentang diri aku, terpulang pada kau. Cuma aku harap kau tidak lupa disaat susah senang yang pernah kita lalui bersama. Terus terang aku katakan banyak perkara aku tidak bersetuju dengan kau tapi seperti yang selalu kita perkatakan, "terima seadanya" maka begitu jugalah aku cuba lakukan sebagai seorang kawan. Apa yang pasti aku tidak pernah menganggap kau sebagai musuh. Selagi kita masih boleh berkawan maka kita akan tetap berkawan. Aku harap kau dah tamatkan latihan memandu kau dan dapat lesen memandu yang sah. Jika suatu hari nanti kau dalam kesusahan dan amat memerlukan bantuan, hubungilah aku. Aku takkan teragak-agak untuk membantu. -end-Nur Farhana Taruddin,
apa yang berlaku antara kita adalah diluar kawalan saya. Saya ikhlas berkawan dengan awak sejak dari awal kita berkenalan lagi. Tidak pernah terdetik pun dihati saya untuk mempermainkan dan melukakan hati sesiapa tapi itulah yang terjadi. Saya memutuskan untuk lepaskan awak pergi bukanlah kerana saya tidak sayangkan awak tapi saya amat pasti setelah apa yang berlaku bukan mudah untuk awak letakkan kepercayaan pada saya lagi. Saya faham bagaimana rasanya bila diri ini tidak lagi dipercayai. 3 tahun saya hidup dalam keadaan itu. Hanya sapien yang pernah alaminya saje dapat memahami apa yang saya rasakan. Pasti awak tertanya-tanya mengapa saya buat semua ini. Awak juga pernah bertanya pada saya 'apa salah awak'. Awak tak salah apa-apa pada saya. Mungkin awak tidak nampak saya ni jenis yang sensitif. Dan apa yang berlaku adalah diluar kawalan saya. Saya tidak pandai berbohong dan menipu. Memang saya akui layanan kasar awak terhadap saya memberi kesan setiap hari tapi saya bukan jenis yang cepat berputus asa. Saya sayangkan awak dan saya juga sayangkan dia. Walaupun dia kini milik insan lain, perasaan sayang saya pada dia tidak pernah pudar. Saya tidak pernah mengharap untuk cari pengganti tapi saya harap saya ada seseorang disisi yang menyayangi dan mencintai saya seperti yang pernah dia lakukan dulu. Saya harap orang itu adalah awak tapi awak tak mengerti keinginan sebenar saya. Salah saya juga kerana terlalu awal menyatakan hasrat yang terpendam. Apa pun yang pernah awak lakukan terhadap saya, awal-awal lagi telah saya maafkan. Saya juga memohon kemaafan dari awak atas segala tindak-tanduk saya yang telah melukan hati awak. Jika selepas ini awak langung tidak ingin berjumpa saya pun tidak mengapalah. Saya sudah biasa ditinggalkan sejak kecil lagi. Harapan saya semoga awak tamat belajar dengan cemerlang dan berjaya mencapai impian.-end-
Liyana,
awak paling teruk disakitkan saya. Saya rasa amat bersalah terhadap awak. Tidak pernah terlintas difikiran saya untuk buat awak rasa terhina. Kita boleh jadi pasangan yang bahagia jika kita betul-betul berusaha. Apa yang persoalkan pada awak ketika itu cumalah 1 alasan untuk membuatkan awak membenci saya. Ternyata saya berjaya mewujudkan perasaan benci itu. Kenapa saya lakukan ini semua? Kerana saya tau saya tak mampu untuk setia. Kisah silam awak membuatkan saya rasa amat bersimpati. Bukannya saya tidak ingin jadi yang terbaik untuk awak, cuma saya masih belum cukup bersedia untuk setia. Hakikatnya saya masih cintakan kekasih lama. Setakat ini hanya dialah yang terbaik yang pernah saya ada. Bukanlah saya bermaksud tiada lagi yang lebih baik dari dia tapi dia umpama permata yang sentiasa berkilau dalam hidup saya. Awak memang seorang yang baik. Walaupun adakalanya kita berbeza pendapat tapi awak pandai memujuk hati saya. Perjalanan awak masih jauh dan bukan ini yang awak perlukan. Awak harus lebih tumpukan perhatian pada pelajaran. Saya doakan semoga suatu hari nanti awak dijodohkan dengan seorang lelaki budiman yang dapat membimbing awak dengan sempurna. Saya tidak pasti sama ada kesalahan saya dapat dimaafkan. Itu terpulang pada awak. Awak berhak untuk dapat kehidupan yang lebih sempurna. Saya tak mampu untuk memberikannya. Semoga awak sentiasa berbahagia.-end-
12:08 | 1 Comments


