feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Today best part.

Hari ini aku melayari beberapa blog site yang aku rasa amat menarik untuk dibaca dan dijadikan teladan. Sebahagian link aku telah tambah di sini. So, have fun.



Blog : Adakah satu ancaman?

Rakyat Malaysia sedia maklum tentang penahanan Raja Pertra di atas kenyataan yang dibuatnya di dalam blog rasmi beliau www.malaysia.net berkaitan beberapa isu yang menyentuh keadaan politik negara.

Bertindak dari keadaan itu, PDRM pula mengeluarkan kenyataan bahawa blogger boleh ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Jika didapati terdapat unsur-unsur ancaman terhadap negara (ahli politik).

Benarkah blogger kini telah menjadi ancaman terhadap negara? Mungkinkah blogger dianggap sebagai satu bentuk reformasi moden yang mampu mengubah keadaan politik Malaysia? Atau hakikatnya blogger kini menjadi teras kepada kebangkitan rakyat menentang kepimpinan kerajaan mentadbir yang sudah dianggap tersimpang jauh dari landasan asasnya?

Apa pun tuduhan dan pandangan yang dilontarkan kepada blogger, hanya masyarakat yang terlibat dengan blog sahaja yang mengetahui sejauh kebenaran tuduhan itu. Rakyat Malaysia kini semakin bijak menilai dan berpandangan dengan jauh. Inilah kesan daripada dasar kerajaan yang telah mempertingkatkan sistem pendidikan negara yang kini secara tanpa sedar ditentang oleh mereka sendiri. Jelas bukan.

Kematangan corak pemikiran rakyat kini lebih baik jika dibandingkan dengan 50 tahun yang lalu. Mereka inilah yang akan membawa 1 lagi pembaharuan negara seperti apa yang pernah kita lalui ketika era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kita telah didedahkan bahawa majoriti media cetak dan media elektronik dikawal oleh pihak kerajaan tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilaporkan kepada rakyat. Ini jelas menunjukkan bahawa adanya kepincangan dalam pentadbiran negara. Tidak perlu disentuh hal-hal yang sememangnya rahsia kerajaan. Apa yang berlaku ialah kerajaan sering menyatakan keadaan yang sebaliknya dari kejadian sebenar.

Mungkin penahanan Raja Petra cuma merupakan satu peringatan kepada blogger yang lain tapi hakikatnya blogger ini lebih kental dari barisan hadapan perang. Mereka (termasuk aku) tidak takut untuk menyebarkan kebenaran.

Jika dikaji dengan teliti, blog telah menjadi penghubung kepada asas perpaduan Melayu yang kini menentang UMNO dalam diam. Ia seperti 1 pergerakan gerila yang menjalankan aktiviti secara bawah tanah (underground). Mengikut sejarah, pergerakan gerila dalam peperangan sebenar mampu menyekat kemaraan pihak musuh dan sekaligus menumpaskan mereka. (macam dalam cerita Black Hawk Down).

Jadi, adakah benar blogger masih dianggap ancaman? Kepada ahli politik yang menerima rasuah dan korupsi mungkin iya. Tetapi kepada rakyat, mereka inilah yang akan memegang panji-panji kelak. Mereka ini jugalah yang suatu hari nanti bakal menjadi pemimpin negara (yang mungkin juga akan ditentang pada ketika itu).

Secara dasarnya, blog adalah suara rakyat yang bebas menyuarakan apa sahaja walaupun tidak secara terus terhadap kerajaan, negara mahu pun ahli politik dan sebarang isu yang berkaitan Malaysia. Jika kebebasan bersuara ini juga disekat (seperti yang terjadi kepada media cetak & elektronik) adalah tidak mustahil Malaysia akan sering dihujani pemprotes jalanan yang jelas memudaratkan ekonomi dan kestabilan negara.

Sepatutnya kerajaan menerima blogger ini seperti wakil rakyat. Mereka tidak sahaja menyatakan pandangan peribadi malah lebih kepada apa yang dikongsi, dilapor dan diterima dari masyarakat. Bukankah lebih elok jika blog dijadikan sebagai 1 elemen mendekati rakyat? Kenapa kerajaan tidak mampu memikirkan idea ini? (mungkin kerana terlalu sibuk mengira elaun bulanan yang tak habis2).

Ramai menjangkakan kerajaan yang ada kini bakal tumbang pada pilihanraya yang akan datang. Ia tidak mustahil dan ia seperti benar-benar akan berlaku berdasarkan pada keadaan sekarang. Ingin saya pertahankan disini, kami blogger bukanlah ancaman kepada sesiapa. Kami adalah rakyat yang ingin kebebasan bersuara untuk sama-sama berusaha memajukan negara.

"Blogging is not a dirty word. It's a very sexy world. We need to be free to express what we feel" - Afdhlin Shauki-




Luahkan rindumu selagi hidup.

Malam tadi,seseorang yang aku rindui menghantar SmS. Beberapa saat sebelum itu aku juga teringat akan dia ketika sedang membelek nama-nama yang ada dalam simpanan handphone. Mesejnya berbunyi begini;

"No matter,what time,what place,what reason,nothing could ever change it...you'll always be my friend!"...katanya.

"Is it?"...jawab aku.

"Whatever..."...balasnya.

"Whatever,i'm still me anyway.Nothing gonna change."...jawab aku lagi.

"I know"...katanya.

"You know but still u can't resist me in your heart"...aku membalas.

"How about you?"...soalnya lagi.

"Me?Hurm...i'm just living my life alone here.Even i really need you,i just couldn't have you beside me."...jawapan terakhir aku.

Bila kita teringatkan seseorang,kita akan berkata-kata dalam hati tentang dirinya. Kita akan menyatakan betapa kita merinduinya. Betapa kita ingin meluangkan masa bersamanya dan betapa kita ingin melihatnya bahagia. Inilah namanya bisikan rindu.

Jika aku mati esok sekali pun aku takkan pernah menyesal telah menyatakan perasaan rindu aku. Mungkin suatu hari nanti disaat dia rindukan aku dan terlalu ingin berjumpa dengan aku tapi....bagaimana jika aku telah tiada pada ketika itu?



Considerately Done!

Dear friends,

I hereby granted your wish ask me to remove the picture even though your reason is irrelevant because this is my blog and i have my right to do whatever i want to do with it. Nobody ask me what to do! You yourself should thank me that i'm not talk about it anymore.

Finally you revealed your status even i don't believe every single thing related to you. Maybe that just a new rumor came out from your mouth itself. You've seen nothing yet. You never know the true form of myself. That is why this blog is called 'The Other Side Of Me'.

However, i'm releasing you from my world to give you a chance to have a better life. The thing you seek is out there. Just be careful for what you ask. Last word from me, Good Luck.



Trailers & Teasers: 21





Backstabbing and betrayed.

Aku percaya ramai yang pernah alami keadaan seperti mana tajuk aku di atas. Dan aku juga percaya ramai juga yang pernah melakukannya. Aku sendiri pernah alami keadaan seperti itu. Kalau diikutkan hati hendak aje aku membalas dendam tapi itu bukan cara aku.

Tikam belakang dan pengkhianatan berlaku dalam banyak keadaan dan banyak situasi. Apa yang nyata ia sering terjadi dalam perhubungan persahabatan, percintaan dan kekeluargaan. Sama ada kita sedar atau tidak perkara ini terjadi hampir setiap hari. Fikir dengan lebih mendalam.

Zaman ini amat sukar untuk kita percaya pada sesiapa saje. Kepercayaan itu umpama sudah tidak bernilai lagi. Kenapa keadaan ini berlaku? Aku sendiri tiada jawapannya. Mungkin setiap dari kita mempunyai pendapat dan jawapan yang berbeza. Itu bergantung pada tahap pemikiran masing-masing. Orang yang berfikiran jauh dan positif lebih mudah diterima pendapatnya.

Aku pula berpendapat dengan ringkas. Keadaan ini berkait rapat dengan tingkahlaku atau attitude. Tingkahlaku yang baik bermula dirumah. Aku amat percaya kenyataan itu. Jika dikaji dengan teliti dan lebih mendalam terdapat perbezaan yang jauh antara masyarakat. Namun perbezaan ini tidak boleh dikaitkan dengan jurang masyarakat Bandar dan luar Bandar.

Dari pengamatan aku, didikan yang baik dirumah berjaya mewujudkan masyarakat yang budiman dan bertatasusila. Walaupun tidak semuanya menepati ciri ini tetapi hasilnya boleh dilihat dengan jelas. Mereka inilah yang bakal menjadi pemimpin dimasa hadapan walaupun bukan dalam jawatan tertinggi sesuatu organisasi.

Kembali pada tajuk di atas. Cuba kita fikirkan sejenak. Dalam keadaan dunia sekarang ni, siapakah yang boleh kita letakkan kepercayaan sedangkan dunia ini sedang berada di ambang kemusnahan. Perang disana sini. Kekecohan dan huru-hara di setiap benua. Mungkinkah ini yang dinamakan Fitnah paling besar?





Oil Prices Comparison





Misteri mimpi

Aku berjalan dalam hujan. Melintasi kesesakan jalanraya tanpa sebarang perlindungan untuk melindungi diri dari kelebatan hujan hari itu. Pakaianku yang kemas sudah lama basah kuyup dek hujan dan becak yang tersimbah ke badanku.

Selipar yang aku pakai pun sudah hampir tercabut kerana meredah banjir kecil tadi. Lagi pun selipar tu memang dah buruk.

Tidak berapa lama aku sampai ke sebuah rumah yang memang aku kenali penghuninya. Kebetulan aku melalui jalan itu, bukan sengaja. Di hadapan rumahnya aku lihat mereka sedang asyik menonton tv. Beberapa minit berlalu baru mereka sedar kewujudan aku di luar pagar.

"Eh, sudin....meh la masuk." pelawa salah seorang dari mereka yang kesemuanya wanita.

Aku sekadar melabuhkan punggung di tangga kecil luar rumah. Lagi pun badan aku sudah basah kuyup. Mereka berhenti menonton tv lalu keluar untuk duduk bersama aku. Wah,aku dikerumuni 10 wanita jelita.

Seorang bersandar di kaki kiriku manakala seorang lagi mengendeng dibahu kananku. Dah la aku basah. Sejuk pula tu. Sedang aku baru hendak 'asyik' tiba-tiba.........

Aku tersentak. Rupanya aku bermimpi. Jam didinding menunjukkan waktu sudah 12.35pm. Sudah hampir waktu rehat. Aku bangun lalu berjalan menuju kafetaria. Tapi mimpi aku tadi seperti benar-benar terjadi. Persoalannya, siapakah wanita-wanita jelita itu?

p/s: kejadian berlaku hari ini di pejabat setelah terlena kerana kepenatan.




Sungai Gabai Picnic Trip

Aku bercadang nak buat 1 picnic bersama kawan-kawan pada 28 Jun 2008 ke Air Terjun Sg. Gabai. Pada sesiapa yang berminat boleh hubungi aku terus ke talian PANAS 0129062980 / 0132789749.

Sungai Gabai Waterfalls

On the same road to Sungai Chongkak in Hulu Langat district





Sama-samalah kita fikirkan.

Mesej yang aku terima di peti email pagi tadi.
Baca dan fikirkanlan agar selepas ini kita dapat buat pilihan yang bijak dalam menentukan pemimpin yang harus kita sokong.

Ada beberapa perkara yang saya nak komen terhadap ulasan
yang diberikan oleh Shahrir Samad Menteri KDNHEP yang
mempertahankan tindakan kabinet yang menaikkan harga petrol
dan diesel dalam Buletin Utama TV3 malam tadi:

> Antara hujah beliau yang menyatakan bahawa 'RAKYAT TAK
> AKAN TERBEBAN DENGAN KENAIKKAN HARGA MINYAK INI'
> adalah:


> *1) Rakyat tak terbeban kerana subsidi telah dipulangkan
> dalam bentuk wang pos RM 150 setahun bg motor di bawah 250
> cc dan RM 625 setahun bagi kereta bawah 2.0 cc. (Ingat yg
> boleh dapat hanya semasa renew roadtax kalo dah renew tahun
> ni kena la tunggu sampai tahun depan)
> * Komen:

> Ok mari kita buat kiraan skit berapa sebenarnya subsidi
> yang dipulangkan.

> */i) Motor bawah 250cc:/*
>
> Subsidi setahun : RM 150
> Subsidi sebulan : RM 150/12= RM 12.5 sebulan
> Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter
>
> 1 tank penuh petrol (EX5 class) lebih kurang bersamaan 4
> liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang
> untuk 3 hari (jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 20
> km-saya).
>
> Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi
> kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja)
> :
> = RM 2.7*4 liter*20 hari / 3 hari
> = RM 72 sebulan tolak RM 12.5 (subsidi)
> = RM 59.50
>
> Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi
> kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja)
> :
> = RM 1.92*4 liter*20 hari / 3 hari
> = RM 51.20
>
> Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 59.50 - RM 51.20= RM
> 8.30 sebulan @ 16% sebulan.
>
>
> */ii) Kereta di bawah 2.0 cc/*
>
> Subsidi setahun : RM 625
> Subsidi sebulan : RM 625/12= RM 52.08 sebulan
> Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter
>
> 1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30
> liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang
> untuk 5 hari. (jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang
> 15km-isteri)
>
> Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi
> kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja)
> :
> = RM 2.7*30 liter*20 hari / 5 hari
> = RM 324 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi)
> = RM 271.92
>
> Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi
> kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja)
> :
> = RM 1.92*30 liter*20 hari / 5 hari
> = RM 178.32
>
> Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4 = RM
> 41.52 sebulan @ 18% sebulan.
>
> Pengiraan di atas hanya mengandaikan penggunaan petrol
> bulanan untuk pergi dan balik kerja sahaja.
>
> Tetapi harus diingat semakin banyak kita gunakan petrol
> maka makin banyak lagilah jumlah kenaikkan yang akan kita
> rasai. Ini kerana semakin banyak kita gunakan petrol
> semakin banyak perbezaan kerana jumlah subsidi bulanan
> adalah tetap. Maknanya makin jauh tempat kerja seseorang,
> makin banyak liter petrol yang akan digunakan dan makin
> banyak lagilah peratus kanaikkan harga yang terpaksa
> ditanggung oleh pengguna.
>
> Contoh jika jarak rumah ke tempat kerja ialah 30km (ambil
> andaian menaiki Kancil 660 tadi) maka:
>
> 1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30
> liter. Oleh kerana jarak sudah meningkat 1 kali ganda maka
> 30 liter minyak tadi hanya boleh digunakan 2.5 hari sahaja
>
> Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi
> kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja)
> :
> = RM 2.7*30 liter*20 hari / 2.5 hari
> = RM 648 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi)
> = RM 595.92
>
> Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi
> kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja)
> :
> = RM 1.92*30 liter*20 hari / 2.5 hari
> = RM 460.80
>
> Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4 = RM
> 135.12 sebulan @ 29% sebulan.
>
>
> Sebenarnya yang untung atas penstrukturan semula subsidi
> ini adalah golongan penggunan yang dekat jarak rumahnya
> dengan tempat kerja atau golongan yang membuat perjalanan
> bagi jarak yang dekat.
>
> Masalahnya bukan semua golongan yang berpendapatan rendah
> membuat perjalanan dekat khususnya mereka yang tinggal di
> kawasan bandar. Sebagai contoh di Klang, kebanyakkan
> pekerja-pekerja berpendapatan rendah yang berkerja di Klang
> tidak tinggal di Klang kerana tidak mampu menyewa rumah di
> Klang. Kebanyakan mereka tinggal kawasan kampung seperti
> Banting, Kuala selangor, Ijok dll. Jadi penstrukturan
> semula subsidi ini akan membebankan golongan ini.
>
> *2) Teori domino (kenaikan harga barang lain disebabkan
> kenaikan harga petrol) tidak akan berlaku kerana barangan
> lain khususnya barangan asasi seprti tepung, gula, beras
> dah mendapat subsidi khusus untuk barang tersebut.
> *
> Komen:
>
> Skrip lama diulang balik, dari Shafie Afdal dan menteri
> sebelumnya sampailah Shahrir Samad semua kata harga barang
> lain tak akan naik, tapi lepas tu realitinya SEMUA BARANG
> NAIK ATAS ALASAN KOS PENGHANTARAN MENINGKAT. Menteri
> Berdegar-degar kat dalam media kata "KITA AKAN PANTAU
> ..." tapi last-last pemantauan ntah ke mana, tindakan
> ntah ke mana...yang sengsara rakyat marhaen sebab SEMUA
> BARANG NAIK HARGA.
>
> *3) Rakyat perlu bersama-sama membantu kerajaan bagi
> menghadapi kenaikkan harga minyak dunia.
>
> *Komen:
>
> Dari dulu kini dan selamanya... rakyat kena berkorban demi
> negara sedangkan menteri-menteri yang buat keputusan tidak
> pernah ambil langkah untuk berkorban demi rakyat. Apa
> salahnya dalam menghadapi kenaikkan harga minyak ni para
> menteri buat keputusan bahawa elaun bagi wakil rakyat
> dipotong 20% ke, elaun wakil rakyat akan dikenakan cukai
> ke, tubuhkan satu tabung khas yang mana dananya diperolehi
> oleh potongan elaun wakil rakyat bagi menangani kenaikkan
> harga minyak ke dll lagi
>
> Ini tidak, hanya rakyat disuruh berkorban sedangkan menteri
> dan wakil rakyat khususnya BN dapat elaun itu, dapat elaun
> ini, kereta free, minyak free, makan free, minum free,
> claim sana, claim sini, tak cukup dengan itu siap rembat
> lagi duit rakyat sana dan sini.
>
> Macam mana diorang suruh kita berkorban sedangkan diorang
> selaku pemimpin tak menunjukkan yang diaorang nak berkorban
> sama.
>
>
> *4) Last sekali, ubah gaya hidup rakyat (ni bukan Sharir
> Samad kata tapi orang FOMCA kata)
>
> *Nak ubah macam mana sebab semua barang naik, bukan barang
> kehendak je naik tapi barang asasi pun naik gak. Takkan la
> sampai nak makan ubi kayu balik je kot, pastu pakai baju
> dari kain guni??
>
> Saya rasa layang kena ubah gaya hidup ialah para menteri
> dan wakil rakyat khususnya BN, bukan rakyat marhaean biasa
> yang semakin lama semakin ditindas, semakin lama semakin
> lapar, semakin lama semakin merempat kat bumi sendiri ini.
>
> Kesimpulan:
>
> SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN KEPADA KITA RAKYAT MALAYSIA INI
> PARA PEMIMPIN YANG BERTAQWA DAN SELAYAKNYA UNTUK MENTADBIR
> NEGARA INI, DAN SEMOGA PEMIMPIN YANG ZALIM DAN KHIANAT
> DIHAPUSKAN DARIPADA NEGARA KITA INI. AMIN..





Apa Sudah Jadi???

Dalam 2 bulan kebelakangan ini kerajaan sering membuat pengumumam yang mengejutkan semua pihak. Mula-mula tentang larangan menjual petrol & diesel kepada rakyat asing yang aku sifatkan sebagai bermain tarik tali. Sekejap larang, sekejap lagi bagi satu tempoh, sekejap dibenarkan jualan dengan harga penuh.

Kemudian diumumkan pula tentang kenaikan harga petrol & diesel yang pada tanggapan ramai hanya akan diumumkan bulan Ogos nanti. Kenaikan ini telah memberi impak yang besar dimana beberapa jam selepas pengumumam kenaikan itu beberapa sektor industri dalam negara turut mengumumkan kenaikan kos dan kenaikan kadar tampungan perbelanjaan.

Keadaan ini telah mengakibatkan kacau bilau dalam Negara yang diketahui umum berpunca dari sistem pentadbiran PM tidur kita. Perubahan yang mendadak ini bukan sahaja bakal menjadikan rakyat hidup dalam kesusahan bahkan dalam beberapa tahun yang akan datang memungkin kenaikan inflasi mencecah 10% dimana ketika itu kita tiada bezanya dengan negara-negara miskin yang lain.

Pengangguran akan lebih meningkat kerana ketidakupayaan industri menggaji pekerja yang ramai akibat dari menanggung bebanan kos industri yang tinggi. Jadikah apakah nasib para graduan kita yang masih menuntut pada masa depan sedangkan kita masih lagi dibarisi graduan menganggur yang berjumlah puluhan ribu.

Kemudian diumumkan pula pembayaran gaji kakitangan kerajaan 2 kali sebulan yang pada hemat aku diumumkan pada masa dan ketika yang tidak sesuai. Dalam keadaan rakyat yang masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kenaikan bahan api pastinya memberi bebanan yang lebih lagi. Jika gaji dibayar 2 kali sebulan, adakah potongan KWSP juga akan dipotong 2 kali sebulan?

Tidak mustahil akan ada lagi pengumumam yang memeranjatkan selepas ini kerana tindak-tanduk kerajaan seolah-olah terdesak dengan apa yang dilaksanakan. Entah apa pula nak jadi lepas ni.




Setiap masalah ada jalan penyelesaian tersendiri.

Didedikasikan untuk Reza, Anim, Sya, Farah, Jaz, Ana, Liyana dan para pembaca (kalau ada).

Kita masing-masing ada masalah yang tersendiri. Kesunyian, pengkhianatan, salah laku jenayah, putus cinta dan kekecewaan. Pernah suatu hari aku berfikir kenapa hidup ini perlu ada masalah. Pernah juga aku berfikir kenapa tidak hidup ini hanya dilimpahi dengan kebahagiaan.

Jawapannya mudah. Kehidupan. Inilah kehidupan yang sebenarnya. Kerana itulah kita sebagai manusia dikurniai akal untuk berfikir. Akal kita akan gagal jika tidak digunakan untuk berfikir untuk menangani sebarang masalah yang melanda.

Dalam penyelesaian masalah tidak akan ada sesiapa pun yang 100% sempurna. Ini kerana kita masing-masing mempunyai nilai IQ yang berbeza. Apa yang penting ialah meletakkan akal sebagai asas untuk mencari penyelesaian bukannya perasaan. Kita harus belajar mengawal emosi supaya sebarang keputusan yang ingin kita capai tidak dipengaruhi oleh sifat marah, sedih dan kecewa.

Apa yang terjadi telah pun terjadi dan tiada apa lagi dapat kita lakukan untuk memperbaiki keadaan. Bukit yang telah dicantas tidak mungkin dapat dibentuk kembali. Kita harus mengubah keadaan masalah itu menjadi satu kejayaan untuk masa depan. Kejayaan mengawal diri dari terlalu ikutkan perasaan dan nafsu. Setiap perkara yang berlaku haruslah hadapi dengan tenang. Hanya dengan ketenangan sahaja dapat kita berfikir dengan waras.

Pejam mata, fikirkan perkara yang indah dalam hidup. Fikirkan kebahagiaan yang kita inginkan. Fikirkan senyuman yang kita ukirkan. Fikirkan orang-orang yang paling kita sayangi. Fikirkan diri kita disanjung masyarakat. Tanamkan dalam hati bahawa kita adalah SESEORANG. Jika kita dapat mengawal fikiran kita maka kita juga akan dapat mengawal segalanya. Kita dapat mengawal dunia kita sendiri. Bahkan mungkin juga dapat mengawal dunia orang lain.

Realitinya setiap perkara yang kita lalui merupakan sebahagian dari takdir kehidupan yang memang telah tertulis sejak azali. Sebab itulah kita dilarang merungut dan mengeluh akan nasib yang menimpa. Setiap dari kita harus ada matlamat. Dengan adanya matlamat maka kita tahu hala tuju kehidupan kita. Destinasi terahir adalah puncak kepada perjalanan hidup kita. Kita yang tentukan sama ada untuk memilih yang di atas atau di bawah.

Dalam perjalanan menuju destinasi sudah tentu akan ada halangan dan rintangan. Hadapilah ia dengan hati yang terbuka. Insyaallah dengan usaha, doa dan tawakal kita semua pasti akan dapat melepasi sebarang dugaan. Percayalah.





Milik Siapakah Gadis Ini


Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya
Adakahkan terdaya

Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi

Lama telah ku impikan
Gadis sepertinya
Mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih (suci)
Siapakah gadis yang ku idam...



About The Video

listen to ‘here in my home’. watch our music videos. look at our naked photographs [you wish]. leave us a message. help us spread the word. download anything you want.

we won’t charge a cent.

serious.

here is the link http://www.malaysianartistesforunity.info/





Setiap perkara bersebab.

Aku tau aku tidak sepatutnya terus berhubung dengan dia. Tapi aku tidak dapat menghalang keinginannya untuk bertemu dengan aku. Aku telah cuba sedaya upaya aku untuk menahan diri dari terus menganggu kebahagiannya. Tapi ternyata ia masih tidak cukup untuk membuatkan dirinya melupakan aku. Aku sendiri tidak tau apa yang harus aku lakukan lagi.

Walaupun dia terlalu istimewa untuk aku lepaskan namun aku sedar bukan aku yang dicintainya. Entah mengapa kisah percintaan aku penuh liku yang berduri. Hari ini dia katakana rindu. Esok lusa dia katakan pula benci. Makin aku cuba untuk memahaminya semakin aku tidak mengerti.

Rasanya aku dah paham sekarang kenapa reza bertanya “apa keputusan kau?”. Keputusan sama ada aku harus meneruskan hubungan ini atau menamatkannya. Setelah aku mengkaji dengan mendalam perbualan antara reza dan dia aku tau apa yang harus aku buat. Kini keputusan terlatak ditangan aku bukan lagi ditangan dia atau orang lain.

Demi untuk menjaga hubungan baik ini, untuk tidak menjadikan keadaan lebih buruk, aku akan hilangkan diri dari hidupnya. Untuk sekali lagi aku akan korbankan diri dan kebahagiaan aku sendiri. Untuk sekali lagi aku sedar bahawa aku tiada tempat dihati sesiapa pun. Aku sedar akhirnya apa yang dia lakukan selama ini hanyalah kerana untuk menghilangkan kebosanan. Hanya untuk suka-suka.

Tapi aku tak marah. Aku anggap segala yang berlaku adalah dugaan dalam hidup. Aku masih tetap gembira dengan apa yang aku miliki kini. Walaupun tidak selengkap yang aku impikan tapi memadai jika aku masih tetap dapat hidup dengan tenang, aman dan gembira.

Dia selalu kata “carilah kebahagiaan sendiri agar awak tidak sunyi lagi”, tapi dia tidak sedar betapa kesunyian itu telah menjadi kebiasaan dalam hidup aku. Aku pernah mengecapi kebahagiaan seperti yang diimpikan setiap insan. Walaupun hanya sementara suah cukup untuk memuaskan hati aku. Tidak perlu untuk aku bahagia selamanya. Cukup sekadar aku tahu erti kebahagiaan yang sebenar.

Setiap yang berlaku memang bersebab. Dan aku percaya banyak sebabnya setiap hal yang berlaku dalam kehidupan aku. Aku sentiasa berpegang pada kata-kata “Allah lebih tau apa yang terbaik untuk umatnya”. Walaupun yang berlaku itu adalah sesuatu yang buruk, itulah yang terbaik untuk diri aku. Keburukan itulah yang mengajar kita tentang erti kehidupan yang sebenarnya.

Dari itu aku belajar menerima segala yang terjadi. Aku tidak lagi merungut dan menyalahkan takdir. Aku lebih terbuka dan redha akan ketentuan Tuhan. 3 perkara ini telah menjadikan diri aku lebih baik dari sebelumnya. Menjadikan aku seorang manusia yang manusia. Menjadikan aku lebih matang dalam setiap tindakan. Menjadikan aku lebih gembira. Hidup ini memang indah kan.





Kenaikan harga petrol dan diesel.

Pengumumam kerajaan akan kenaikan harga petrol dan diesel memberi respon yang pelbagai dari kalangan rakyat Malaysia. Apa yang nyata kenaikan ini memberi impak yang buruk terhadap golongan berpendapatan rendah. Mungkin ramai yang tidak sedar akan punca sebenar kenaikan ini.

Kenaikan harga bekalan bahan api dunia menjadi alasan kepada kerajaan atas kenaikan ini. Sebelum aku menggali lebih dalam mengenai perkara ini mari kita kaji dulu keadaan ekonomi dan kestabilan politik Negara.

Pilihanraya umum PRU yang lalu telah membuktikan rakyat semakin menolak kerajaan yang memerintah Barisan Nasional. Aku berpendapat bahawa rakyat yang menolak BN telah membuat keputusan yang bijak. Ini kerana korupsi dalam BN bukan lagi rahsia walaupun amat sukar untuk memberi bukti-bukti yang sahih. Setelah berakhirnya PRU kita semua dapat lihat perpecahan yang berlaku dalam BN terutamanya UMNO dan MCA. Ini jelas membuktikan bahawa BN semakin rapuh dan semakin goyah.

Disebalik perpecahan yang berlaku dalam BN ini ada pula pihak-pihak yang cuba memesongkan tumpuan rakyat kepada Barisan Alternatif, BA dalam menunaikan janji-janji mereka yang terdapat di dalam manifesto pilihanraya. BA diuji dengan kuat apabila mereka dikatakan gagal menunaikan janji manifesto yang diharapkan rakyat dapat membantu mengurangkan beban mereka. Aku berpendapat bahawa BA seharusnya diberi masa sehingga tamat sepenggal pemerintahan mereka untuk menunaikan janji manifesto mereka itu.

Adalah tidak adil jika janji manifesto mereka harus dilaksanakan dalam sekelip mata. Ini kerana banyak factor perlu diambil kira terutamanya apabila sesuatu perkara itu melibatkan banyak pihak. Aku melihat orang-orang yang menyerang ini sebagai tali barut BN dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang baru setahun jagung dibentuk. BN sendiri mengambil masa hampir sedekad dalam usaha menjadikan Negara sebagai sebuah Negara membangun dan maju.

Ini nyata menunjukkan bahawa masih ada segelintir pihak yang tidak boleh dan tidak memberi ruang kepada perubahan politik Negara. Kita seharusnya maklum untuk maju kita harus berubah. Perubahan ini pada aku merupakan sesuatu yang positif dan bagus untuk Negara.

Ekonomi Negara pula berada pada tahap yang baik. Ini kerana kadar inflasi masih berada di paras bawah 5%(dijangka mencecah 6%). Aku bukan pandai sangat bab ekonomi ni tapi ada juga tau sikit-sikit tentang inflasi. Kita juga dapat lihat akan kemampuan rakyat membeli dan mempunyai kenderaan. Kenderaan boleh dianggap sebagai satu kemampuan walaupun hanya memiliki sebuah kereta perodua kancil / kelisa.

Berbalik pada topic kenaikan harga bahan api tadi. Aku berpendapat bahawa kenaikan ini disebabkan beberapa factor lain selain dari kenaikan harga bahan api dunia yang kini mencecah us$150 setong. Beberapa perkara telah aku selidiki sebelum aku menulis blog ini.

1) Pengumumam kerajaan BN untuk membina beberapa projek mega dalam satu masa adalah tidak relevan dan tidak memberi manfaat jangka pendek kepada rakyat.

2) Kenaikan barangan makanan sebelumnya boleh dilihat sebagai tekanan dari kerajaan BN terhadap rakyat atas kekalahan teruk dalam PRU yang lalu.

3) Skandal dan korupsi politik cuba ditutup dengan mengalihkan perhatian rakyat terhadap kenaikan harga barangan dan bahan api.

4) Pembaziran wang cukai rakyat yang dilihat sejak dulu lagi tetapi diyakinkan oleh kerajaan sebagai satu pelaburan yang akhirnya tidak memberi apa-apa manfaat terhadap rakyat.

5) Kelemahan orang nombor satu dalam pentadbiran Negara yang dilihat mudah dipengaruhi oleh individu-individu tertentu untuk kepentingan peribadi.

Ini mungkin cuma sebahagian dari apa yang boleh aku fikirkan. Apa yang nyata jika dikaji dengan lebih mendalam, Negara kita ini semakin tidak selamat terutamanya dengan kenaikan peratus kadar jenayah. Demonstrasi jalanan juga semakin berleluasa sebagai bantahan terhadap dasar-dasar kerajaan yang jelas merugikan rakyat dan Negara.

Apa yang aku coretkan disini merupakan pandangan peribadi aku sahaja. Aku tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan aku sendiri tidak berniat untuk mempengaruhi sesiapa. Kebebasan bersuara di Malaysia tidak lagi dianggap sebagai satu kebebasan tetapi dianggap sebagai penyebar fitnah dan cuba menimbulkan huru-hara. Aku tidak senang dengan keadaan ini kerana kita semakin jauh dari prinsip asal demokrasi. Demokrasi adalah suara rakyat. Jika suara rakyat tidak lagi boleh diluahkan maka tida gunanya demokrasi diamalkan lagi di Malaysia.

Mungkin lebih sesuai jika dikatakan kita tidak jauh bezanya dengan system komunisme atau apertid. Atau mugnkin juga kita lebih hampir kepada system yang digunakan di Negara-negara barat. Sebagai seorang rakyat aku juga ingin melihat Negara ini dalam keadaan aman dan damai. Tapi aku tidak pasti kepada siapa harus aku percaya. Adakalanya aku seperti ingin keluar sahaja dari Negara ini. Mencari rezeki di tanah lain. Dengan itu aku secara langsung tidak terlibat dengan dunia kotor politik. Cukup sekadar mengikut sahaja undang-undang yang telah diperuntukkan.

Sebagai rakyat, kita berhak menentukan masa depan Negara kita sendiri dengan memilih pemimpin yang betul-betul telus dan jujur. Pada fikiran aku, tidak mustahil suatu hari nanti Negara kita akan menjadi seperti Thailand atau Indonesia dimana rakyatnya hidup susah dan jurang perbezaan antara rakyat yang kaya dan rakyat yang miskin semakin jauh. Pada waktu itu dasar untuk menghapuskan kemiskinan tidak akan lagi dibincangkan di parlimen.

Kepada kawan-kawan yang baca blog aku ni aku harap kalian dapt membuka minda dan berfikiran dengan jauh untuk menyelamatkan Negara kita ini dari sebarang kekecohan yang akhirnya akan meletakkan kita semua dalam peperangan. Hanya rakyat yang dapat mengubah keadaan Negara ini.





Human relationship – you wouldn’t understand it.

Ada orang percaya pada dejavu, hukum karma, telepati dan macam-macam lagi dalam proses menjalankan perhubungan sesama manusia. Aku pula lebih senang kepada kata hati. Apa kata hatimu dan apa kata hatiku?

“ikut hati mati ikut rasa binasa”, pepatah melayu yang mungkin pada aku memberi banyak pengajaran.

Mak selalu pesan agar tidak membuat keputusan dengan terburu-buru. “tu la taknak dengar cakap mak ayah”, ayat yang seringkali bermain difikiran aku setiap kali aku menilai kembali atas apa yang telah terjadi dalam hidup ini.

Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan lalu. Memang aku tidak akan dapat kembali saat-saat yang telah berlalu itu tapi sekurang-kurangnya aku tahu yang aku telah melalui salah satu dari peringkat kehidupan manusia.

Hari ini aku terima mesej pesanan ringkas, SMS daripada farah. Katanya dia rindukan aku. Secara jujurnya aku juga rindukan dia. 3 tahun aku bercinta dengan dayah tapi farah adalah insan terbaik yang pernah aku miliki. Seringkali aku menjauhkan diri darinya tapi entah mengapa dia tetap juga kembali menyatakan rindunya padaku. Malangnya dia sudah berpunya.

Aku tak ingin menjadi orang ketiga dalam jalinan cintanya kerana sebagai seorang lelaki aku juga mengerti perasaan kecewa. Aku pernah dikecewakan seorang wanita kerana seorang lelaki. Tapi itu semua sudah berlalu. Aku sudah lama memaafkan mereka. Bila diingat-ingatkan kembali, rasa kelakar pun ada.

Ketika ini aku cuba sebaik mungkin menjaga hubungan baik dengan orang-orang disekeliling aku. Aku tak ingin lagi ada perbalahan seperti dulu. Aku akui aku agak sunyi kerana hanya lebih banyak menghabiskan masa di dalam bilik tapi aku gembira. Sekurang-kurangnya takkan ada orang yang akan sakit hati dengan aku. Apa yang lebih baik, aku mendapat banyak idea.





The link between genius and madness

by DANIEL MARTIN - More by this author » Last updated at 13:37pm on 11th February 2007

They say there's a fine line between genius and madness.

Painter Van Gogh and author Jack Kerouac were both hailed as geniuses but displayed self-destructive behavior.

Now scientists have discovered a gene which is linked to both intelligence and one of the most common forms of madness - schizophrenia.

It could explain why some of the world's foremost minds have also suffered from the psychotic disorder.

Kerouac was diagnosed with the condition and many believe Van Gogh, who famously chopped off part of his left ear during a bout of depression, was a sufferer - along with the brilliant Russian dancer Vaclav Nijinsky.

Nobel prize-winning mathematician John Nash, portrayed by Russell Crowe in the film A Beautiful Mind, has also had a life-long struggle with schizophrenia.

Researchers say it's all down to a particular gene, known as DARPP-32, which links genius with madness.

Three quarters of people inherit a version of the DARPP-32 gene, which enhances the brain's ability to think by improving information processing by the prefrontal cortex - the part of the brain that orchestrates thoughts and actions.

The American scientists found that the same gene also shaped and controlled a nerve circuit closely involved with schizophrenia.

The circuit links the prefrontal cortex with another brain region, the stiatum. This affects brain functions’ that play an important role in schizophrenia, such as motivation, working memory and certain types of learning.

The discovery suggests the disease might be the flip-side of an evolutionary change which in other ways helped our success by improving our intelligence.

Dr Daniel Weinberger, from the US National Institute for Mental Health, said: "Our results raise the question of whether a gene variant favoured by evolution, that would normally confer advantage, may translate into a disadvantage if the prefrontal cortex is impaired, as in schizophrenia.

"Normally, enhanced cortex connectivity with the striatum would provide increased flexibility, working memory capacity and executive control.

"But if other genes and environmental events conspire to render the cortex incapable of handling such information, it could backfire - resulting in the neural equivalent of a superhighway to a dead end."

The researchers, whose findings are reported in the Journal of Clinical Investigation, studied more than 1,000 samples of DNA from both healthy individuals and patients with schizophrenia.

DNA from a number of post mortems was also examined and brain scans carried out.

Previous work in animals has shown that DARPP-32 switches streams of information for processing by the cortex.

It operates partly through dopamine, a chemical which relays nerve messages and is known to be overactive in schizophrenic patients.

Researcher Dr Paul Greenguard said: "Although several groups have looked for possible clinical relevance of DARPP-32, they have not met with great success.

"This study shows a strong connection between this molecule and human cognition - and perhaps with schizophrenia."

The scientists found that in 257 families affected by schizophrenia, people with the disease were more likely to have the common version of the gene.

Marjorie Wallace, chief executive of mental health charity Sane said: "There have been so many hopes of finding a gene for schizophrenia, many of which have ended in a cul-de-sac.

"However, the more we can discover about its origins and why this devastating condition has continued to disable the lives of 1 in 100 people worldwide, the close we will get to finding more effective treatments and an eventual cure."

More than half a million people in the UK are believed to suffer from a form of the condition, which causes disordered ideas, beliefs and experiences.

The most common ages for it to develop are 15-25 in men and 25-35 in women.





Comment - "Coretan untuk kawan2 & untuk Wanita2"

Blogger mamazlien said...

sadis tul la nukilan hati ko ni....bersyukur je la dgn segala keperitan dan kedukaan yg kita lalui selama ini .....kerana merekalah yg mengajar erti hidup yang sebenar.....ucapkan terima kasih kepada segala pengalaman getir yg pernah kita lalui.....tanpa mereka,kita x mengenal erti kawan / lawan dan cinta yang benar2 sejati...

May 28, 2008 9:31 AM


Terima kasih mamazlien .



Apa yang diajar di Universiti?





Hari Bapa.

Aku baru je habis membaca majalah Mastika keluaran Jun. Semua topiknya menarik. Antara topic utama keluaran bulan ini ialah tentang Hari Bapa. 15 Jun merupakan Hari Bapa yang seharusnya disambut oleh setiap manusia didunia ini kerana tanpa Bapa tidak mungkin Ibu kita akan dapat melahirkan kita. Jadi coretan kali ini khas untuk kaum Bapa dan khas untuk anak-anak yang masih mempunyai Bapa.

Ada yang panggil Bapa mereka dengan panggilan pak, bapak, daddy, abah dan sebagainya tapi aku dan adik-adik memanggil ayah. Sejak kecil lagi aku amat kagum dengan ayah. Pada aku ayah merupakan seorang tokoh yang amat berjasa. Sepertimana mak, ayah juga telah banyak berkorban untuk kami sekeluarga. Ayah sanggup berhutang demi untuk menghantar kami melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Seingat aku, memang susah sekali nak melihat ayah menolak setiap permintaan kami. Segala apa yang kami inginkan sedayanya ayah cuba tunaikan walaupun pada ketika itu ayah sendiri sedang runsing.

Ayah seorang yang tegas dan lemah lembut bila memberi nasihat. Tapi itu bukanlah bermakna ayah tidak pernah memarahi kami. Pernah aku dibelasahnya sampai demam kerana ponteng sekolah. Itu kali pertama dan terakhir ayah menampar aku kerana amat marah. Dirotan dan dipukul dengan tali pinggang aku sudah biasa. Sepengetahuan aku, hanya aku seorang saje yang sering dipukul kerana kenakalan aku jika hendak dibandingkan dengan adik-adikku yang lain. Aku paham kenapa adik-adik aku Cuma akan dimarahi berbanding dengan aku yang dipukul ini. Setiap kali ayah merotan aku setiap kali itu jugalah ayah kesal dan sedih atas tindakannya. Mungkin semasa kecil dulu aku tidak mengerti tapi setelah meningkat dewasa aku mampu memahami hati dan perasaan seorang ayah.

Setiap kata-kata ayah adalah inspirasi bagi aku. Kalaulah dulu aku dengar segala nasihat ayah dan mak tentu hidup aku senang kini. Aku bersyukur kerana masih mempunyai ayah yang sehingga kini masih sudi memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada aku walaupun aku sudah berumur 26 tahun. Pernah sekali aku melihat ayah menangis tapi bukanlah disebabkan bebanan masalah atau sebab kederhakaan kami adik-beradik. Masa itu merupakan hati yang amat sedih buat kami semua. Hari sewaktu Allahyarham Jazlan meninggalkan kami semua. Hanya selepas beberapa hari kami semua berkumpul di kampung dia pergi meninggalkan kami semua. Paling sedih tentulah Maklong dan Paklong. Ayah menitiskan air matanya di saat kaum keluarga dibenarkan untuk menatap jenazah buat kali terakhir. Pada ketika itu aku sedar bahawa ayah juga mempunyai hati yang lembut disebalik ketegasannya.

Aku sayangkan ayahku. Aku sayangkan ibuku. Aku sayangkan adik-adikku. Aku sayangkan keluargaku. Bersempena Hari Bapa ini aku ingin sekali memeluk ayahku seeratnya dan mengatakan bahawa aku amat sayangkannya. Aku tidak mampu untuk menghadiahkannya dengan barangan fizikal kerana material semahal mana pun tidak akan mampu menandingi kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Aku bermohon kepada Allah s.w.t supaya mengampunkan segala dosa ayah, memurahkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya agar kami semua dapat meluangkan lebih banyak masa bersama ayah.Amin. –end-





Good thing always happen – Believe it.

Sabtu, 31 Mei 2008.

Hari ini aku bangun dari tidur agak lewat kerana keluar lewat malam pada hari sebelumnya. Dalam beberapa hari ni jiwa aku agak tenang dan gembira. Kerana apa aku sendiri pun kurang pasti sebab setahu aku masih banyak lagi permasalahan yang belum diselesaikan. Mungkin aku optimis bahawa setiap masalah itu akan selesai sedikit demi sedikit dalam beberapa bulan lagi. Barang-barang milik Ana pun sudah diambilnya. Selesai 1 dari segala masalah. Motor pun aku sudah repair di bengkel bawah. Selesai 1 lagi masalah. Masalah yang tidak pernah selesai adalah pengurusan kewangan aku. Sudah beberapa kali aku berfikir untuk merujuk permasalahn aku ni kepada AKPK tapi aku belum mencapai kata putus. Mungkin kerana aku merasakan ia belum mencapai tahap kritikal. Sebahagian dari diri aku pula berkata takkan nak tunggu sampai kritikal? Entahlah. Mungkin ada baiknya juga aku rujuk kepada AKPK sebelum melarat. Adakalanya kesibukan kerja menyebabkan aku lupa akan beberapa perkara penting yang harus aku lakukan dalam hidup aku. Dan perkara yang paling utama ialah menguruskan hidup aku sebaiknya. Sudah sebulan lamanya aku mencari inspirasi dan idea dan hari ini aku pasti apa yang harus aku lakukan. Perkara pertama yang harus aku lakukan ialah melupakan seketika kehadiran insan istimewa dalam hidup aku. Itu bermakna aku akan hidup sendiri bagi 1 tempoh yang agak panjang. Tapi aku tidak kisah kerana aku masih boleh berkawan dan tidak salah rasanya kalau aku mempunyai kawan wanita yang lebih ramai dari kawan lelaki. Sebab itulah aku sengaja melukakan hati beberapa orang yang pernah aku sayang hanya kerana untuk memperbetulkan kembali matlamat hidup aku. Mungkin itu 1 pengorbanan yang terpaksa aku lakukan agar aku tidak lagi menyusahkan orang-orang disekeliling aku. Cukuplah segala konflik yang telah aku bangkitkan selama ini. Aku pasti aku akan berjaya 1 hari nanti jika aku terus cuba menggunakan kuasa minda. Buat masa ini biarlah bersusah-susah dulu kerana kesusahan itu mengajar aku erti sebenar kehidupan. Apalah ertinya kejayaan tanpa kesusahan.

Aku menelefon mak pada jam hampir pukul 11 malam. Bertanya khabar dan untuk memastikan kestabilan emosinya. Alhamdulillah mak sihat dan jiwanya juga tenteram walaupun dilanda masalah. Sebagai anak aku tidaklah berhak untuk masuk campur tapi sebagai anak juga sudah menjadi tanggungjawab aku untuk mengambil berat tentang dirinya. Walaupun aku hidup jauh di Kuala Lumpur tapi jarak tidak mampu menjadi penghalang hubungan anak dan mak. Banyak juga perkara yang kami bualkan. Bergayut di talian hampir 2 jam. Antara perkara menarik yang kami bualkan ialah banjir di Bandar Johor Bahru. Sepanjang aku hidup di Johor dulu pun belum pernah aku lihat Bandar itu dilanda banjir setinggi paras pinggang orang dewasa. Kalau di Kuala Lumpur ni sudah biasa sangat. Suara mak yang ceria telah membuatkan aku berasa amat gembira. Anak mana yang tidak ingin menggembirakan hati maknya betul tak. Aku suka berbual dengan mak kerana mak sering memberikan nasihat dan pandangan yang bernas kepada aku. Aku tidak dapat membayangkan pengorbanan yang telah mak lakukan untuk membesarkan kami semua. Hanya hati seorang ibu sahaja dapat memahami pengorbanan itu. Disamping itu mak juga ada memberikan pandangannya terhadap surat tuntutan gantirugi yang aku cadang hendak disampaikan kepada Saiful dan Reza. Mak nasihatkan aku supaya menghalalkan aje apa yang telah berlaku kerana rezeki itu datangnya dari Allah. Sememangnya aku juga ada terfikir begitu tapi bila aku kenangkan keegoan dan kekerasan hati Saiful aku jadi marah dan kecewa. Rasa marah dan kecewa itulah yang mendorong aku untuk meneruskan niat menyampaikan surat tuntutan. Namun kata-kata mak mengubah kembali pendirian aku. Mereka seharusnya berterima kasih kepada mak aku kerana terselamat dari tuntutan di mahkamah yang sedang aku siapkan kertas kerjanya. Aku yakin ada berkat dan hikmahnya jika aku dengar apa yang mak nasihatkan. Aku lakukan ini kerana aku sayangkan mak dan aku tak mahu lihat dia berduka dengan tindakan terburu-buru aku.

Mereka selamat buat masa ini. Tidak mustahil untuk aku mengubah lagi pendirian jika selepas ini mereka masih menyusahkan aku. Ingat, jika aku tidak menghalalkannya maka Hajimu juga tidak halal dan matimu tidak tenteram. Ini amaran aku untuk mereka. Maafkan aku Reza kerana berkeras tapi inilah yang seharusnya aku lakukan. Kau mungkin tidak perasan aku telah banyak berubah. Aku tidak lagi seperti dulu. Apa yang telah aku lalui memberi banyak pengertian tentang perhubungan sesama manusia. Dan pada masa ini perhubungan yang harus aku perbaiki ialah antara aku dengan Tuhanku. Kenal Tuhan maka kita akan kenal diri sendiri. Aku akui. Itulah matlamat utama aku kini. Meneruskan pencarian akan identity diri aku yang sebenarnya. Identity yang telah hilang bertahun lamanya. Identity yang tidak pernah dikenali sesiapa pun. Tidak akan ada lagi Brand New Old Me tapi hanya New Me. Mak adalah orang yang paling banyak membantu aku. Aku sayangkan mak aku kerana mak juga sayangkan aku.

“Setinggi terbang bangau akhirnya pulang juga”. Peribahasa itu memberi makna yang besar dalam hidup aku. Seringkali kita melupakan akan insan-insan yang telah banyak membantu kita apabila sudah mula merasakan kesenangan hidup. Tapi apabila kita dalam kesusahan kepada mereka jugalah kita mengharapkan bantuan dan pertolongan. Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling harus kita jaga. Tuhanku, ibuku dan ayahku. Secara jujurnya aku juga tersentak apabila menyebut 3 perkara itu kerana selama ini aku telah mengenepikan 3 perkara itu. Jika 3 perkara ini dijaga dengan baik InsyaAllah hidup kita akan diberkati dan dilimpahi rezeki yang berkekalan. Ingatan ini juga adalah untuk diri aku sendiri yang selama ini tidak menjadi hamba dan anak yang taat. Aku ingin menjadi teladan yang baik kepada adik-adik aku dan kepada kawan-kawan aku. Aku bermohon kepada Tuhanku Maha Suci Allah semoga segala dosa-dosa diriku, mak dan ayahku,adik-adikku dan suami/ isteri mereka, kawan-kawanku, jiran-jiranku, guru-guruku, insan-insan yang pernah mengenaliku dan semua umat Islam diseluruh dunia diampunkan dan diberi petunjuk dan hidayat hidup dunia dan akhirat. –end-2.10am-1 Jun 2008.





English Premier League

free download

Here In My Home

free download