feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Peringatan untuk ANDA! : Sebelum Hari Raya

Anda kenal foto di atas? Satu kesesakan jalanraya yang teruk di Lembah Kelang. Lebih kurang seminggu saje lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan keberkatan menguji kesabaran manusia terhadap dugaan dan godaan. Bulan dimana kita menjalankan kewajipan sebagai umat Islam dengan berpuasa selama sebulan. Selain berpuasa tahukah anda apa lagi yang berlaku pada bulan Ramadhan ini? Kesesakan seperti foto di atas.

Walaupun pada ketika ini kita mengalami sedikit kesusahan dalam ekonomi dengan kenaikan harga bahan bakar dan barang harian namun rakyat Malaysia masih tetap berpusu-pusu ke pusat membeli belah. Mungkin harganya masih mampu ditanggung masyarakat. Keadaan ini akan menyebabkan kesesakan di beberapa tempat.

Foto di atas merupakan 1 dari foto yang diambil ketika kemalangan teruk di Tmn. Connought. Kemalangan yang pada aku antara terburuk terjadi di KL. Antara punca utama kejadian ini ialah kerana kenderaan yang tidak diselenggara mengikut jadual dan melebihi had laju yang dibenarkan. Janganlah ambil mudah tentang keadaan keselamatan kenderaan anda.

Jadi aku berpesan kepada kawan-kawan aku semua agar mengambil kira beberapa perkara sebelum kita menyambut kedatangan Ramadhan & Syawal.

  1. Pastikan kenderaan berada dalam prestasi yang baik sebelum memulakan perjalanan.
  2. Servis kenderaan mengikut jadual & jika baru sahaja diservis pastikan ia sesuai untuk perjalanan jauh.
  3. Patuhi had laju atau anda akan disaman RM300 atau memberi RM50 & kemudiannya didakwa di mahkamah atau ditangkap setelah waran dikeluarkan. (sila semak rekod saman anda)
  4. Jangan memandu jika anda tidak mendapat rehat yang cukup atau anda boleh tidur di dalam kereta & pastikan anda meletak kenderaan di tempat yang betul bukannya tidur ketika kenderaan sedang bergerak laju.
  5. Rehat sekurang-kurangnya 30 minit dalam perjalanan anda. Kenderaan anda juga perlu direhatkan untuk menjaga prestai enjin.
  6. Yang penting sekali sentiasalah berhati-hati ketika memandu kerana adakalanya kemalangan berlaku bukan disebabkan kita.
  7. Dan yang terakhir, ingatlah akan nilai nyawa isteri-isteri dan anak-anak anda yang menyayangi anda. Sekiranya belum berkahwin, ingatlah bahawa anda masih belum merasai nikmat sebenar perkahwinan dan kasihanilah wanita-wanita yang sedang menunggu anda untuk dikahwini.




0 comments:

Post a Comment

English Premier League

free download

Here In My Home

free download