Rangkuman seminggu.
Dalam seminggu ni entah kenapa teringin pula nak tengok berita. Dalam pemerhatian aku ada beberapa perkara yang menarik perhatian. Sebahagiannya berkaitan dengan diri aku sendiri dan sebahagian lagi memang tiada kaitan langsung.
Fasha Sandha.
Aku bukanlah minat pun dengan budak nama fasha ni. Lakonan kurang dari biasa. Mimik muka memang statik la. Tapi dia dikenali ramai. Semalaysia tau siapa dia. Penuh dengan kontroversi walaupun kebanyakannya bukan dibangkitkan oleh dia sendiri tapi tetap datangnya dari dia.
Masa menonton rancangan Melodi 10hb yang lalu keluar lagi kisah budak fasha ni. Tiba-tiba melenting sebab dikontroversikan dengan seseorang. Sebelumnya dia dikatakan mempunyai hubungan mesra dengan Raja Muda Johor, Tengku Ismail yang aku rasakan adalah tidak mungkin terjadi kerana logiknya takkan seorang keturunan Sultan akan mengambil wanita seperti budak fasha ni jadi kerabat. Sudah tentu Sultan Johor tidak akan benarkan keturunannya dimalukan oleh rakyat Johor. Ha...aku ni rakyat Johor.
Jadi aku berpandangan budak fasha ni nak cover line. Takut-takut nanti plan nak jadi menantu Sultan tidak kesampaian yang sememangnya takkan menjadi kenyataan pun. Sesungguhnya ramai lagi wanita lebih layak untuk RMJ. Mungkin RMJ sekadar nak geli-geli je dengan budak fasha ni hehe....
Pelajar Berang.
Mula-mula kes pelajar kolej perubatan Masterskill yang merusuh gara-gara duit PTPTN yang diterima sekadar 10% dari jumlah yg sepatutnya. Paling sedikit cuma dapat RM10. Alahai apalah nasib budak-budak ni. Pelik bukan? Mana perginya lagi 90%? Mengikut pengalaman aku baki duit PTPTN setelah ditolak dengan jumlah yuran dan sebagainya perlulah diserahkan kepada pelajar. Apa yang menjadi kemusykilan ialah pihak kolej mendakwa potongan dibuat oleh PTPTN dan pihak PTPTN pula menbuat penafian. Jadi yang mana satu betul ni?
Kes ni jadi perhatian aku sebab aku tinggal di sekeliling pelajar-pelajar Kolej Masterskill ni. Ada sebahagian mereka berkawan rapat dengan aku. Memanglah simpati atas nasib yang menimpa tapi aku sendiri tiada daya untuk berbuat apa-apa. Lagi pun aku tiada kaintannya dengan kolej itu.
Dua hari yang lalu pula kecoh di UiTM Shah Alam apabila MB Selangor mencadangkan kuota 10% dalam UiTM kepada pelajar-pelajar bukan MELAYU. Aneh bukan. Bagaimana seorang melayu yang dipilih melayu cuba untuk membuka ruang terhadap orang bukan melayu? Tapi aku ada pandangan aku sendiri. Apa yang berlaku jelas memperlihatkan bahawa bangsa melayu rasa terancam terhadap masa depan mereka. Dengan keadaan politik yang huru-hara sekarang ni (dinafikan Tok Lah) melayu sedar bahawa mereka harus mempertahankan apa-apa sahaja benteng yang ada ketika ini.
Apa yang dilakukan melayu MB Selangor bukanlah 1 kesalahan. Dia hanya menyatakan cadangan. Cadangan tidak semestinya dilaksanakan. Berhimpun menyatakan bantahan bukanlah caranya dalam menolak cadangan tersebut. Apa yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar ini adalah 1 perkara yang amat hina. MB Selangor pun hina juga kerana mencabar kredibiliti anak bangsanya sndr. Aku panggil mereka ni hina kenapa? Sebab mereka ni antara MELAYU yang memalukan melayu.
Sukan Olimpik.
Aku tak minat sangat sukan olimpik ni. Sebabnya memang aku sudah tahu kontinjen negara sukar untuk memenangi pingat. Lazimnya macam itu kan. Apa pun aku tetap memberi sokongan kepada mereka kerana tetap berjuang untuk negara. Good Luck.



Post a Comment