Huahahahahahahaha......
Tajuk muka depan suratkhabar The Sun hari ni amat kelakar. "Unhappy Rider". Baca tajuk je aku dah tergelak apa lagi bila membaca isinya. Semalam "fella" kononnya menggunakan khidmat pengangkutan awam untuk melihat sejauh mana efektifnes sistem pengangkutan awam di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur yang sememangnya sesak dengan manusia yang sentiasa mengejar masa.
Aneh bukan. Pelik bin hairan. Apa selama ni Menteri Pengangkutan tidak terima ke rungutan dari rakyat akan keadaan ini? Apa syarikat pengangkutan tidak lapor ke akan kekurangan pada sistem ini? Lebih menghairankan lagi ialah kenapa baru sekarang 'fella' ni nak turun sendiri tengok keadaannya? Kenapa tidak seawal pemerintahannya dulu?
Selama ni rakyat yang berhimpit-himpit tu dah jadi kebiasaan pada mereka. Kalau projek mega keretapi dari selatan ke utara boleh dibatalkan makanya janji 'fella' untuk memperbaiki sistem ini amatlah tidak aku percaya. 'fella' ini memang tidak mempunyai prinsip dalam pentadbiran. Tengoklah apa yang dah jadi dalam 3 4 bulan ni. Macam-macam bukan.
Kalau kickdefella boleh terbalikkan bendera, aku pun boleh. Aku pun sokong sebagai tanda penghargaan terhadap dasar-dasar yang 'fella' laksanakan. Adalah tidak mustahil jika pada hari ulangtahun nanti akan ada kibaran bendera terbalik.



Post a Comment