feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count
Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Undilah Saya!

Labels: , , , ,


Assalammualaikum & salam sejahtera

Nama saya Zainuddin Bin Zainal. Berumur 27 tahun. Berasal dari Johor dan kini menetap di Cheras. Saya bertugas di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Saya merupakan lulusan sijil Politeknik dalam bidang Pengurusan Pelancongan.

Saya menyertai komuniti SIM setelah membuat group search di Yahoo! Groups dan terpikat pada pandangan pertama setelah melihat aktiviti-aktiviti kebajikan yang telah dilaksanakan oleh SIM & YPN.

Saya jarang memberi komen terhadap isu-isu yang dibicarakan di SIM kerana saya tidak mahu memberikan fakta yang membuta tuli. Ada juga segelintir ahli SIM yang menghantar private email kepada saya bagi mendapatkan pandangan tentang sesuatu perkara dan Alhamdulillah setakat ini saya telah menjawab segala persoalan mereka.

Saya mencalonkan diri saya merebut salah satu jawatan bagi Kelab Sukan & Rekreasi SIM adalah kerana :

  • Saya mampu memberikan idea-idea yang bernas dalam membantu melaksanakan program-program yang bakal dijalankan.
  • Saya menyasarkan sekurang-kurangnya 1 program dalam sebulan dapat dilaksanakan melalui kelab ini.
  • Saya ingin memberi sumbangan terhadap masyarakat melalui aktiviti-aktiviti sosial seperti ini.
(cukup la 3 je)

Kalau hendak dibuat perbandingan, memang saya jauh kurang pengalaman daripada calon-calon yang lain. Tapi perkara itu tidak melemahkan semangat saya. Apa yang lebih penting ialah saya mampu lakukan sesuatu untuk kelab ini. Dari pengamatan saya, dengan tertubuhnya kelab ini nanti SIM akan lebih kerap menjalankan aktiviti yang bersesuaian mengikut keadaan semasa.

Baiklah, cakap banyak pun otak boleh beku. Undilah saya jika anda rasa saya layak menjadi sebahagian dari AJK Kelab Sukan & Rekreasi SIM. Jika anda rasa saya tidak layak, undilah calon yang lebih layak. Jutaan terima kasih kepada yang telah mengundi walaupun tidak mengundi saya. Pada yang belum mengundi tu, anda masih ada masa sehingga 4 April 2009 jam 2 petang untuk mengundi sebagai tanda sokongan terhadap penubuhan kelab ini.

Terima kasih.

Undi mengundi sila click DISINI!




Ucapan Presiden SIM

Labels: ,

Assalamu'alaikum wr wb Warga SIM sekelian,
Dalam beberapa hari lagi SIM akan melangkah ke arah untuk merealisasikan cita-cita yang telah timbul sejak tahun 2007. Pihak pengurusan SIM telah melakukan segala yang terdaya supaya cita-cita ini tercapai. InsyaAllah tanggal 18 Januari 2009, kita di SIM boleh menjadi anggota kepada sebuah koperasi yang pertama di Malaysia, yang diujudkan secara online, seuatu usaha yang ramai tidak yakin boleh dilaksanakan.
Kepada yang menyokong secara langsung, dengan mendaftar secara online, secara fax, SMS dan sebagainya, anda membuktikan bahawa SIM bukan sekadar Grup yang hanya pandai bersembang. Kepada yang belum mendaftar, anda masih boleh berbuat demikian. Hari ini 15 Januari 2009, mereka yang mengikrar untuk hadir ke mesuarat agung tersebut telah melepasi tahap wajib. Justeru, bersedialah untuk menghadapi tsunami perubahan kepada kebajikan.
Kepada pengusaha-pengusaha SMI & SME, sekarang adalah waktu terbaik untuk anda menyertai KOSIM. Pihak KOSIM bakal menjayakan suatu jaringan perniagaan yang menguntungkan semua pihak.
Kami di pihak pengurusan hanya boleh berusaha untuk menyediakan platform, selebihnya, mari kita jayakan bersama. Bersama kita bergerak maju. SIM = Sahabat-sahabat Ingin Maju.
Sekian, wassalam
PRESIDEN




Ucapan hari terakhir puasa

Labels:

Hari terakhir di bulan puasa aku masih lagi sibuk dengan urusan di pejabat. Takde bezanya dengan hari-hari biasa. Walaupun cuma beberapa orang je yang masih datang ke office tapi tugas aku tetap tak berkurang. Tetap juga nak kena cover kes untuk bulan depan. Walau apa pun tugas tetap tugas. Untuk mencapai sesuatu kejayaan pasti ada yang harus kita korbankan. Asal jangan korbankan keluarga sudah la. Malam ni aku akan bertolak balik ke JB. Bersama kekasih aku yang sedang demam tibi tak baik-baik sebab aku belum hantar ke bengkel.

Pada tahun ni aku jangkakan tiada lagi reunion seperti tahun-tahun yang lalu. Maklum aje la ramai yang sudah berkahwin dan mempunyai komitmen terhadap family. Maka tinggal la beberapa orang sahaja yang masih bujang seperti aku ni yang aku rasakan pasti mereka berada di kampung untuk tempoh yang lama. Namun aku berharap agar kita semua dapat juga bertemu di hari raya ni. Lama benar tak borak-borak kan. Pastinya banyak yang nak diceritakan.

Kepada kawan-kawan aku nasihatkan agar memandu dengan berhati-hati dan pastikan langkah-langkah keselamatan rumah anda telah dibuat tidak kira la sama ada anda berada di rumah atau pun meninggalkan rumah. Selamat berhari raya, selamat memandu, selamat makan kuih raya, selamat pulang ke tempat kerja, selamat segala-galanya dan maaf zahir batin.





English Premier League

free download

Here In My Home

free download