Keputusan Pilihanraya Kecil SIM
Keputusan Pilihanraya Kecil SIM telah pun diumumkan oleh Presiden SIM iaitu En. Hisham bertempat di R&R Awan Besar (Arah Klang). Sebanyak 65.8% dari 31,101 ahli SIM telah mengundi selama 4 hari bermula 1 April hingga 4 April 2009. Keputusan adalah seperti berikut.
AJK Kelab Sukan & Rekreasi SIM
Pengerusi
Mejar Kalam Pie
Timbalan Pengerusi
Mohd Fayzal Mohd Alli aka Superman
Setiausaha
Azalea Kamarudin
Penolong Bendahari
Muhammad Shahril Anuar B Muhammad Sultan
p/s: aku dapat undian sebanyak 3% tapi banyak juga tu beb. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mengundi.
09:13 | 2 Comments
Undilah Saya!
Assalammualaikum & salam sejahtera
Nama saya Zainuddin Bin Zainal. Berumur 27 tahun. Berasal dari Johor dan kini menetap di Cheras. Saya bertugas di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Saya merupakan lulusan sijil Politeknik dalam bidang Pengurusan Pelancongan.
Saya menyertai komuniti SIM setelah membuat group search di Yahoo! Groups dan terpikat pada pandangan pertama setelah melihat aktiviti-aktiviti kebajikan yang telah dilaksanakan oleh SIM & YPN.
Saya jarang memberi komen terhadap isu-isu yang dibicarakan di SIM kerana saya tidak mahu memberikan fakta yang membuta tuli. Ada juga segelintir ahli SIM yang menghantar private email kepada saya bagi mendapatkan pandangan tentang sesuatu perkara dan Alhamdulillah setakat ini saya telah menjawab segala persoalan mereka.
Saya mencalonkan diri saya merebut salah satu jawatan bagi Kelab Sukan & Rekreasi SIM adalah kerana :
- Saya mampu memberikan idea-idea yang bernas dalam membantu melaksanakan program-program yang bakal dijalankan.
- Saya menyasarkan sekurang-kurangnya 1 program dalam sebulan dapat dilaksanakan melalui kelab ini.
- Saya ingin memberi sumbangan terhadap masyarakat melalui aktiviti-aktiviti sosial seperti ini.
Kalau hendak dibuat perbandingan, memang saya jauh kurang pengalaman daripada calon-calon yang lain. Tapi perkara itu tidak melemahkan semangat saya. Apa yang lebih penting ialah saya mampu lakukan sesuatu untuk kelab ini. Dari pengamatan saya, dengan tertubuhnya kelab ini nanti SIM akan lebih kerap menjalankan aktiviti yang bersesuaian mengikut keadaan semasa.
Baiklah, cakap banyak pun otak boleh beku. Undilah saya jika anda rasa saya layak menjadi sebahagian dari AJK Kelab Sukan & Rekreasi SIM. Jika anda rasa saya tidak layak, undilah calon yang lebih layak. Jutaan terima kasih kepada yang telah mengundi walaupun tidak mengundi saya. Pada yang belum mengundi tu, anda masih ada masa sehingga 4 April 2009 jam 2 petang untuk mengundi sebagai tanda sokongan terhadap penubuhan kelab ini.
Terima kasih.
Undi mengundi sila click DISINI!
11:05 | 0 Comments


