Dia...masih ambil berat....
Aneh. Manusia sanggup buat apa sahaja untuk cinta. Lautan api sanggup direnangi tapi hanya manis dibibir sahaja. Adakalanya kita tak jangka akan dikunjungi seorang insan yang pernah menduduki hati kita. Walaupun tidak hadir dalam bentuk fizikal, tapi bila terpampang namanya di skrin telefon bimbit, dalam inbox message, ia sudah cukup membuktikan akan ingatannya terhadap kita.
Salah satu mesejnya berbunyi, "Tahniah kerana khdpn da pun brubah...Smga b'bhgia...".
Aku hanya tersenyum bila membaca mesejnya itu. Aku tahu dia masih sayangkan aku (walaupun akan dinafikan olehnya). Hanya itu sahaja alasan yang kukuh terhadap keprihatinan dirinya kepada kehidupan aku. Jika dia mengatakan bahawa dia sayang dan peduli akan kawan-kawannya maka kenyataan ini bukan ditujukan terhadap aku kerana aku bukanlah seorang kawan untuknya. Kawan tidak mungkin akan pergi meninggalkan kawannya. Tapi aku telah tinggalkan dia suatu ketika dulu.
Jika dia membaca blog ini (walaupun dia katakan tidak akan membaca yang aku tahu dia tetap akan baca) cuma satu soalan aje yang ingin aku tanyakan.
"Apa sebenarnya yang awak cari dan inginkan dalam hidup ni? Impian sebenar awak?"
Aku seringkali keliru dengan tingkah lakunya. Dia seorang yang 'reverse thinker' yang hanya dapat difahami oleh manusia yang 'reverse thinker' juga. Sebahagian dari diri aku juga adalah 'reverse thinker'. Mungkin sebab itu aku hanya dapat memahami sebahagian sahaja dari sifat dirinya. Dengan sebahagian itulah aku dapat memahami dirinya sedikit demi sedikit. Dan sekali lagi akan dinafikan olehnya.
Mungkin hanya 'mangkuk' dan 'sudu' sahaja faham apa yang aku coretkan disini. Aku sebenarnya masih rindukan kehidupan yang dulu. Jauh disudut hati aku yakin bahawa suatu hari nanti aku akan miliki semula kehidupan yang hilang itu.
Ada sesetengah pihak cuba untuk memanipulasi pemikiran aku. Malam tadi juga aku menerima mesej dari seorang yang lain yang berbunyi "Awak marah saya ke?".
Hahaha...kelakar sungguh ayat itu. Inilah yang dinamakan manusia. Tidak mahu menghargai kewujudan sesuatu apabila wujudnya ia. Apabila kewujudan itu telah hilang atau pergi atau musnah, barulah dicarinya kembali. Tapi pada saat itu segalanya sudah terlambat. Tidak ada lagi gear 'R' dalam hidup aku. Apabila aku melangkah aku akan terus melangkah tanpa menoleh kebelakang lagi. Maaflah kerana kewujudan aku dalam hidup kau hanya seperti pelangi. Cantik dipandang tapi tidak dapat disentuh, dimiliki dan hilang tanpa disedari. Hilang dalam ramai.
Kepada "F", terima kasih atas ucapan malam tadi. Seperti yang aku perkatakan, kebahagiaan sebenar aku hanya setelah dikau menikah. Jawapannya ada pada hari pernikahan kalian nanti.



Post a Comment