feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Family Reunion

Alhamdulillah selesai juga majlis tahlil semalam.  Entah sudah berapa lama agaknya aku tak balik ke kampung.  Rasanya kali terakhir pada bulan Mac.  Sekali lagi kami sekeluarga dapat berkumpul dan berbual mesra.  Solat maghrib berjemaah.  Baca Surah Yasin dan tahlil bersama.  Kemudian makan malam bersama.


Aku dapat lihat kegembiraan di wajah mak dan ayah apabila semua anak mereka dapat kumpul bersama.  Paling seronok apabila masih berpeluang merasa masakan mak yang sememangnya sedap.  Menu yang istimewa ialah sambal udang dan kurma kambing.  Ada juga ayam kampung masak kicap dan so'on.  Daging kambing memang kegemaran aku sejak dulu.  Salah satu daging paling sedap didunia ni.

Selepas menjamu tetamu yang hadir (sedara-mara terdekat je) kami lepak berbual di luar rumah sambil menikmati angin malam yang dingin.  Banyak juga topik menarik yang kami bualkan sampai tidak sedar waktu sudah pun tengah malam.  Setelah kemas apa yang patut mereka semua masuk tidur.  Hanya aku je yang belum tidur lagi walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2.45 pagi.

Ini juga merupakan antara hari yang terindah dalam hidup aku.  Setiap tahun pada bulan ini kami akan lakukan rutin yang sama.  Tahlil yang dibuat ditujukan khas untuk allahyarham atuk dan allahyarhamah nyai dan embah.  Selebihnya untuk sekalian umat muslimin dan muslimat.

Aku bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia.  Kurniaan yang tak ternilai dari Allah terhadap aku.  Pemergian 'dia' dulu tidak sedikitpun mampu memisahkan aku dengan keluarga bahagia ini.  Biar apa sekali pun tanggapan orang terhadap aku, aku masih mempunyai keluarga yang sentiasa berada di belakang memberi sokongan.  

Sekali lagi aku ulang, siapa kata hidup aku tak bahagia?  Adakah dengan mempunyai kekasih hidup sudah cukup bahagia?  Kesunyian dan kesepian tanpa kasih sayang keluarga lebih malang dari kehilangan seorang kekasih.  Kepada insan yang berkata aku sepi tu, cerminlah dirimu.  Apa yang aku ada tapi tiada pada dirimu.  Mungkin kehidupan aku tidak sesempurna yang aku inginkan.  Tapi sekurangnya lebih baik dari hidupmu.




0 comments:

Post a Comment

English Premier League

free download

Here In My Home

free download