Ucapan hari terakhir puasa
Hari terakhir di bulan puasa aku masih lagi sibuk dengan urusan di pejabat. Takde bezanya dengan hari-hari biasa. Walaupun cuma beberapa orang je yang masih datang ke office tapi tugas aku tetap tak berkurang. Tetap juga nak kena cover kes untuk bulan depan. Walau apa pun tugas tetap tugas. Untuk mencapai sesuatu kejayaan pasti ada yang harus kita korbankan. Asal jangan korbankan keluarga sudah la. Malam ni aku akan bertolak balik ke JB. Bersama kekasih aku yang sedang demam tibi tak baik-baik sebab aku belum hantar ke bengkel.
Pada tahun ni aku jangkakan tiada lagi reunion seperti tahun-tahun yang lalu. Maklum aje la ramai yang sudah berkahwin dan mempunyai komitmen terhadap family. Maka tinggal la beberapa orang sahaja yang masih bujang seperti aku ni yang aku rasakan pasti mereka berada di kampung untuk tempoh yang lama. Namun aku berharap agar kita semua dapat juga bertemu di hari raya ni. Lama benar tak borak-borak kan. Pastinya banyak yang nak diceritakan.
Kepada kawan-kawan aku nasihatkan agar memandu dengan berhati-hati dan pastikan langkah-langkah keselamatan rumah anda telah dibuat tidak kira la sama ada anda berada di rumah atau pun meninggalkan rumah. Selamat berhari raya, selamat memandu, selamat makan kuih raya, selamat pulang ke tempat kerja, selamat segala-galanya dan maaf zahir batin.
09:17 | 0 Comments
Boleh?

I bought this. Something interesting that i should try. Who knows i might get my 1st 100k by using their method. Who knows i could get my dream car i a year. Thay say, tuah manusia takde siapa yang tahu. Betul tak?
15:07 | 0 Comments
Sarawakian
Hari Sabtu yang lalu aku menghantar kawan aku pulang ke Sarawak. Eh, bukan pergi Sarawak hantar dia tapi hantar ke stesen KL Central. Flight dalam kul 11 pagi so awal pagi lagi aku dah dikejutkan. Jarang sekali aku bangun awal padi hari Sabtu. Lepas hantar dia dan aweknya yang cun aku pun balik la sambung tidur apa lagi. Insyaallah suatu hari nanti aku sampai juga ke Sarawak tu. Mana la tau ada plak awek Sarawak yang sangkut kan. Kepada Ijat dan aweknya aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf kiranya ada keterlanjuran bahasa dan kelakuan sepanjang perkenalan kita yang masih mentah ini.
10:40 | 0 Comments
Ingat-ingat...
Assalammualaikum & salam sejahtera
Hari ke-24 ramadhan. Tak berapa lama lagi kita semua bakal menyambut aidilfitri pula. Lagu-lagu raya pun sudah mula berkumandang di corong-corong radio. Masyarakat pula semakin berasak-asak ke pusat membeli belah untuk berbelanja segala persiapan yang perlu. Baju baru, langsir baru, karpet baru, perabot baru, kereta baru, kuih-muih, bini baru. Bini baru? Hahaha......
Kemeriahan yang semakin terasa ini adakalanya buat kita semua lupa tentang beberapa perkara. Kita lupa tentang insan-insan yang nasibnya tidak sebaik kita. Apa pun hari raya ini mesti disambut dengan meriah. Semeriah mana, korang tentukan sendiri. Gaji dah dapat, bonus dah dapat, pandai-pandai la berjimat. Next gaji ialah pada 20 Okt 2008. Jangan pulak ada yang lepas seminggu raya dah makan mee segera. Beringat la sebelum sengsara.
07:25 | 0 Comments
Kad raya
Huhu...dapat kad raya dari seorang cyber fren...sila CLICK untuk view kad.
07:12 | 0 Comments
Sendiri...
Sup Ayam
Catatan hari sabtu, 20 Okt 2008.
Hari ni diorang balik ke Melaka. Maka tinggallah aku seorang diri dirumah. Sendiri dan terus sendiri. Mujurlah awal-awal lagi aku dah masak sup ayam special. Jadi kalau aku tertidur pun at least aku dah siapkan juadah untuk berbuka dan memang aku tertidur pun. Entah kenapa letih sangat badan ni. Macam dah 2 hari aku tak tidur. Tapi aku tenang sangat bila dapat tidur. Sedar-sedar je dah hampir jam 7. Mujurlah masih sempat lagi.
Selain tonton tv takde apa lagi yang aku lakukan. Itu pun nasib baiklah Ang reply mesej aku. Kalau tak mesti kebosanan tahap gaban aku dibuatnya. Seronok juga sekali sekala duduk seorang diri macam ni. Tiada gangguan, tiada fikirkan masalah, tiada kecoh-kecoh, tiada apa-apa. Cuma keamanan yang sejati. Pure loneliness. Macam berada di suatu tempat yang nyaman dan selesa.
07:22 | 1 Comments
Kekasihku diserang TB
kekasih aku
Alahai...sian awek aku tu. Dah beberapa minggu dia sakit. Hari tu pergi check doc kata ada masalah pada Gon Rod (btl kut ejaan tu). Kena buat operation kecil pada badan. Makin hari aku tengok sakitnya makin teruk. Aku betul-betul susah hati. Dah la nak raya ni. Takpe sayang...nanti kita balik sama-sama ye. Sayang tau kan kita akan tetap akan bersama walau apa pun terjadi. Nanti abang dapatkan khidmat doc paling pakar di JB yang juga adalah cousin abang sendiri. Insyaallah sayang akan sihat semula seperti dulu. Lepas tu kita boleh pergi picnic sama-sama. Lagi pun dah lama sangat kita tak pergi melancong bersama. Sabar ye sayang.
11:12 | 0 Comments
Macam-macam
Puasa, shoping & raya.
Hari ni masuk hari ke 18 kita berpuasa. Ada 12 hari lagi untuk ditempuhi. Sejak awal puasa baru sekali aku ke bazaar ramadhan. Itu pun pada 1 ramadhan ketika di kampung. Pelik? Takde apa yang pelik pun. Bagi aku ini salah satu cara untuk berjimat. Makan sekadar yang termampu dan seadanya. Pada tahun ini juga aku tak membeli sebarang persiapan untuk sambutan aidilfirtri. Tak seperti tahun lalu dimana aku setiap ahli family aku mendapat 1 barang dari aku. Tahun ni guna je la apa yang masih ada sebab masih lawa dan masih elok lagi. Come on guys, raya bukan tentang apa yang kita pakai dan apa yang kita ada. Tapi tentang apa yang telah kita korbankan. Korbankan lapar dan nafsu terutamanya.
Social.
Baru-baru ni aku ada ke Cheras Leisure Mall yang tak berapa nak jauh dari rumah. Waktu tu ada pertandingan ‘Kids Hip Hop Dance Competition’ atau Break Dance. Wow…….memang berbakat budak-budak ni. Namun kebanyakannya merupakan bangsa cina. Kemudian aku ke Ezy Video untuk jengah-jengah movie baru. Aku terpandang pada DVD Bleach episode 182-187. Sedang aku menimbang-nimbang sama ada untuk beli atau tak, datang seorang amoi promoter ni. Mungkin dia perasan aku macam berkira-kira lalu dia pun approach. Dia kata DVD tu baru je sampai semalam. Aku impress kerana aku sendiri rupanya tak perasan memang itu episode yang patut aku sambung tengok. Kemudian amoi tu kata ada free poster. Ha? Poster? Tanpa berkira lagi aku pun beli la….DVD yg aku beli & poster percuma
Dalam perjalanan balik ke rumah aku sedar tentang 1 perkara. Dah lama sangat rupanya aku tak keluar bersosial dan berseronok. Walaupun waktu itu aku hanya seorang diri tapi aku seronok. Aku rasa aku patut lakukan aktiviti ni selalu. KLCC dan Time Square pun dah lama benar aku tak jejakkan kaki. Yela dulu ada awek. Sekarang ni hidup sendiri maka kena la buat semuanya sendiri. Aku masih dalam perancangan untuk buat 1 aktiviti santai ke pantai atau ke air terjun. Aktiviti macam ni ramai-ramai baru seronok. Jadi aku sedang usahakannya melalui SUP4A Komuniti iaitu kumpulan reunion bekas rakan sekelas ketika belajar di politeknik dulu. Insyaallah perancangan ni akan dijayakan. Rancangan pada hujung minggu ni ialah ronda KL sambil membawa kamera digital dan SLR aku untuk cari shot-shot bagus. Mana la tau boleh submit ke competition ke. Dah lama aku tak petik kamera SLR aku tu.
Kalau ada yang nak join aku ronda-ronda KL boleh la hubungi hotline aku.
09:17 | 0 Comments
Salute to Zaid
Keratan Akhbar.
PUTRAJAYA - Datuk Zaid Ibrahim tetap dengan keputusannya untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri walaupun diminta oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memikirkannya semula.
“Saya ingin menegaskan saya bukan penat sehingga perlu bercuti seperti yang di syorkan Perdana Menteri tetapi saya sangat kecewa dengan kerajaan,” katanya pada sidang media khas semalam.
Zaid berkata, antara sebab peletakan jawatannya ialah kegagalan beliau memperkenalkan beberapa dasar baru dalam sistem perundangan selain kecewa dengan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang pada anggapannya sudah disalah gunakan.
Beliau melahirkan rasa tidak senangnya dengan langkah kerajaan menahan Exco Kerajaan Selangor dan juga Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng atas dakwaan mengancam keselamatan negara, Jumaat lalu.
Beliau turut mengakui menerima banyak tentangan bukan saja daripada rakan dalam Kabinet malah daripada ahli UMNO.
“Banyak desakan yang suruh saya letak jawatan dalam persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang kononnya saya bukan pejuang Melayu, pejuang bangsa dan pejuang Islam tetapi bagi saya bangsa Melayu akan lebih baik dengan dasar yang saya utamakan,” katanya.
Menjelaskan tindakannya meletakkan jawatan itu, Zaid berkata, beliau tidak mahu membebankan Perdana Menteri dengan permasalahan yang diwujudkannya kerana adalah lebih baik membiarkan Abdullah menyelesaikan isu-isu lain yang lebih penting terutama berhubung Perhimpunan Agung UMNO.
Pada awalnya, beliau menerima tawaran memegang jawatan itu dengan harapan untuk menukar beberapa dasar dan dapat melaksanakan undang-undang yang adil serta mengurangkan unsur-unsur salah guna kuasa.
“Sebagai menteri yang dikira menteri undang-undang, setiap perkara yang berkaitan dengan undang-undang, saya perlu bertanggungjawab,” katanya
Ketika di minta mengulas jika dirinya akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zaid berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk meninggalkan UMNO atau menyertai PKR.
Selepas menghantar surat peletakan jawatan semalam, khabar angin tersebar luas bahawa Zaid mungkin menyertai PKR dalam masa terdekat.
11:11 | 0 Comments
Menguap..Huarrghhh......
Mengantuk betul hari ni. Mungkin sebab cuaca yang sejuk. Pagi tadi terlajak sahur. Sedar-sedar je dah waktu imsak. Apa boleh buat, nasib badan. Walau macam mana sekalipun kena la juga berpuasa kan. Asalkan kerja tak banyak tak apa la. Kalau kerja banyak hari ni habis la aku. Gerenti kepenatan punya. Apa pun cuba juga la bertahan.
07:35 | 0 Comments
Back to normal / abnormal

Assalammualaikum & salam sejahtera.
Setelah seminggu bertahan terhadap gangguan talian akhirnya keadaan kembali normal. Syukur Alhamdulillah. Tapi masih ada beberapa perkara yang tidak normal. Kenapa Ramesh sering mendesak aku utk melakukan tugas yg hakikinya bukan tugasan aku. Ramesh juga sering mengutarakan persoalan yg berulang. Mungkin ada sikit CRACK dlm RAM dia. Paling tak syoknya bila bebanan tugas ditambah atas bahu aku. Jadi jangan pelik la kalau aku kepenatan sampai malas nak pergi shoping raya (bukan sbb xde duit ke?)
Ada lagi yg tak normal. Keadaan politik negara yang masih kucar kacir. Bila aku perhatikan, rasa macam 1 revolusi besar akan berlaku pada negara ni. Hampeh la politik ni. Buat penat otak je nak fikir.
Officemates pun ramai yg tak normal. Apa yg tak normal tu? Hmmmm....... yg ini kita cerita lain kali. Karang kurang plak pahala puasa aku.
Oleh kerana aku betul2 tgh sibuk ketika ini jadi setakat ni je la utk masa ni. Selamat berpuasa.
07:24 | 1 Comments
Innalillahiwainnailaihirojiun…..Al-fatihah
Malam tadi aku terima satu berita sedih. Seorang kawan yang baru dikenali beberapa bulan yang lalu telah meninggal akibat kemalangan jalanraya. Aku bersimpati terhadap keluarganya kerana tidak lama lagi kita semua akan meraikan Aidilfitri dan kehilangan ahli keluarga dalam bulan puasa ini memang amat menyedihkan. Aku tidak kenal dengan keluarganya tapi aku berdoa semoga mereka bersabar dan redha dengan takdir yang telah ditentukan.
To’ki kekasihnya merupakan jiran disebelah rumah aku. Aku juga bersimpati terhadap dia kerana kehilangan orang yang dicintai. Walau apa pun yang hidup teruskan dengan kehidupan yang ada. Yang pergi biarkan ia pergi dan sama-samalah kita berdoa agar dia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Aku tidak mengenali arwah dengan rapat namun kehilangannya pasti dirasai kerana orang disekelilingnya juga berada disekeliling aku. Aku menganggap kejadian ini sebagai kehilangan seorang adik yang ceria. Mungkin esok lusa giliran kita pula. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
In memory of Rohani Bte Md Ahir (1989-2008), student of Masterskill College of Nursing & Health.
Al-fatihah…
08:50 | 2 Comments
Surat
Hari ini aku menerima sepucuk surat yang memang menggembirakan aku. Tak macam surat-surat lain yang aku terima. Maksud yang disampaikan adalah jelas. Belum baca pun aku dah tau isi kandungannya.
Confirmation letter. Tu la suratnya. Bermula 20 November 2008 aku secara sahnya adalah penjawat awam di JPM. Satu rintangan telah berjaya diatasi. Beberapa rintangan sahaja lagi sebelum matlamat akhir tercapai. Ini merupakan permulaan untuk suatu permulaan.
p/s: gmbr aku upload kendian sbb ada mslh dgn network
13:18 | 5 Comments
Teringat lagi....
Ni ada lagi kisah di bulan puasa. Masa tu aku kerja sebagai Marketing Exec di JB. Kami membawa produk dari syarikat Time.com yang tak bape nak popular. Keje aku time tu memang tak leh nak komplen pasal cuaca. Kena pulak bulan puasa tu cuaca panas terik. Cuaca tu dah satu hal. Skop keje aku ni plak mewajibkan aku berjalan dalam jarak yang jauh. Macam salesman tu la tapi aku bukan salesman. Aku cuma dapatkan feedback dari client tentang produk syarikat. Macam bancian la gitu. Bayangkanlah aku keje masuk felda, keluar felda, naik bukit, turun bukit, ketuk rumah sana, ketuk rumah sini, anjing kejar aku, aku kejar anjing dan macam-macam lagi la dugaan.
Dugaan paling tak boleh blah ialah apabila kawan-kawan sekerja aku tak puasa. Tak tahan dahaga. Mungkin diorang tak bersahur agaknya. Kalau setakat makan dan minum tu takpe lagi. Ni makan depan aku. Dalam kereta plak tu sewaktu on the way nak balik ke office. Bayangkan la kuningnya air jagung dan pink nyer air bandung. Kena plak dengan bau karipap panas dan donut panas. Perghh......kecur air liur beb. Dalam 1 kereta tu cuma aku je yang masih mempertahankan puasa aku (betul...). kalau diikutkan hati aku pun tak tertahan tengok diorang ni melantak tapi masa tu dah jam 5 ptg so aku rasa rugi la yang amat sangat kalau aku berbuka. Biarlah diorang melantak asal tak pengaruhi aku.
Ada sekali tu masa buat survey di Taman Daya. Dalam team aku ada 2 orang bangsa India. So diorang berdua dirasuah pergi beli Pizza Hut kat Giant Tampoi. Lepas tu terus je ke Taman Daya rumah salah seorang Indian ni. Oleh kerana aku ni menumpang kereta orang so aku terpaksa juga la mengikut diorang pergi melakukan aktiviti tak senonoh tu. Bayangkanlah macam mana baunya pizza tu. Hisshh.......boleh tergugat iman tu. Aku nyaris-nyaris juga nak sental tapi alhamdulillah aku masih dapat kawal nafsu. Aku tak tau macam mana keadaan korang kalau berada di tempat aku masa tu.
Apa pun aku gembira kerana dapat bekerja dengan diorang yang ceria dan saling membantu. Aku berdoa semoga aku dipertemukan lagi dengan mereka. Pengalaman bersama diorang merupakan pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupakan.
15:59 | 2 Comments
Kisah tv malam tadi
Malam tadi berlalu bagaikan mimpi. Dari waktu berbuka sampailah aku melelapkan mata. Terasa benar kepantasan masa yang dilalui. Siaran di TV langsung tak menarik perhatian aku. Hanya 8TV yang sudi aku layan sebab ada cite "Alam's Story". Aku memang suka cite tu. Habis je cite tu aku main tukar-tukar chanel. Aku stuck di TV1 sebab aku terpandang perkataan "blog" di backdrop siaran tu. Jadi aku mula tertanya-tanya. Adakah blogger semakin mendapat perhatian (walau siapa pun mereka)? Panel malam tadi merupakan seorang yang boleh aku katakan sebagai ustaz. Tutur katanya yang sopan dan teratur buat aku terpegun. Mereka membincangkan tentang "Muslim Blogger Alliance" yang aku sendiri tak tau apa bendanya (sebab tak tengok dari awal).
Dari tontonan yang singkat tu aku cuma dapat simpulkan blog tu merupakan tempat membincangkan tentang hal-hal agama. Yang mengumpulkan ilmuwan agama Islam di Malaysia. Siapa mereka ini? Aku pun tak tau la. Panel malam tadi bukan la calang-calang orang. Dia mempunyai pandangan dan idea yang bernas yang mungkin tidak terlintas difikiran kita.
Antara yang sempat aku recal ialah apabila dia kata,
"Apa salahnya selepas solat Jumaat Imam-imam memperuntukan sejam dua untuk bermuzakarah dengan masyarakat dan membincangkan hal-hal agama."
Dia cakap lagi (aku pun agak setuju),
"Bezanya dakwah yang dibawa oleh paderi dan ustaz-ustaz ialah pendekatan yang digunakan. Paderi boleh berdakwah dengan penuh kasih sayang tetapi mengapa tidak ustaz-ustaz yang jumlahnya memang ramai di negara kita ni."
Aku tak tau la apa pandangan korang terhadap perkara ni tapi sedikit sebanyak ada juga kebenarannya. Dimana silapnya, jangan tanya aku. Itulah korang fikirlah sendiri. Tapi pemikiran tanpa tindakan adalah perkara yang sia-sia. Tentu seronok kalau dapat tengok panel tu berdebat.
Lepas macam-macam benda yang aku buat akhirnya lelap juga mata aku ni lebih kurang jam 2.30am dan sebab tu la aku mengantuk pagi-pagi ni kat office.
07:32 | 1 Comments
Hari ini...
Hari ni muram semacam je. Bukan aku tapi hari yang muram. Cuaca cerah tak beri apa-apa makna pada aku. Masih terlalu banyak perkara yang perlu aku fikirkan. Kalau Ang ada kat sini syok la juga ada teman berborak. Tapi dia jauh nun di Sabah sana. Lepas basuh baju 2 3 round aku cuma terperap aje dalam bilik. Bila dah mula bosan baru aku keluar ke cyber cafe. Saje log in friendster & surf apa-apa yang patut. Nak berbuka apa nanti pun aku tak tau. Mungkin ayu dah sediakan makanan untuk aku. Hari ni dia dan suami berbuka di Sg. Besi rumah bapak mertua dia. Tinggallah aku keseorangan berbuka bertemankan dinding dan tv.
Apa la nak heran. Macam la aku tak pernah berbuka sorang-sorang. Macam ni la hidup seorang kelana yang kadang-kadang aje pergi ke kelana jaya tu. Pengalaman telah menjadikan aku lebih berdikari. Adakalanya kita tak perlu menyusahkan orang lain hanya kerana kita kesepian. Sepi tu hanyalah perasaan kerana ia datang dari hati yang memberontak (ye ke?).
Masa nak turun tadi ada sorang awek turun sekali. Dia dok di tingkat 6 (aku tingkat 7). Cute je budaknya. Pada asalnya aku takdela nak jadi peramah tapi bila dia senyum aku pun balaslah. Dan aku tak hanya membalas senyumannya. Aku cuba borak-borak ringkas je. Tapi...apsal la aku tak tanya nama dia tadi kan. Selalu la macam ni. Aku tak tau macam mana nak menggunakan peluang singkat yang ada pada ketika itu. Walaupun kami ke destinasi yang sama (cyber cafe) tapi kedudukan kami jauh. Andai saje aku dok do sebelah dia. Mesti sekarang ni dah dapat pun no hp dia (harap la sangat).
Sedar tak sedar dah jam 6 ptg. Aku kena balik nak masak. Dah la berbuka seorang diri hari ini. Manu apa sesuai hari ni ye. Ayam goreng berlada pun ok juga. Makan je la apa-apa pun janji perut aku berisi.
17:45 | 3 Comments
Aiyo..apa sudah jadi..???

Hari sebelum balik kerja aku try la nak check out site tebgok2 sama ada menatang2 yang aku posting tu dorang dah attach ke belum. Tapi malangnya gambar (seperti di atas)plak yang keluar. Apa sudah jadi ni? Site gomen mengAttack? Hahaha....aku tak tau....
13:42 | 0 Comments
Teringat la pulak...
Sepanjang minggu ni hujan turun mencurah-curah. Ada yang suka ada yang kurang suka. Lebih-lebih lagi pada yang terpaksa melalui kesesakan lalulintas di bandar KL. Pada ketika inilah ramai yang berbuka di dalam kereta. Ini mengingatkan aku saat aku menuntut di Poli dulu.
Perjalanan selama 30 minit pada hari biasa tentunya bertambah ketika bulan puasa. Terutamanya apabila ada yang pulang awal dan ramai pula yang berpusu-pusu untuk sampai ke rumah sebelum tiba waktu berbuka. Masa tu aku sendiri tidak menjangka akan keadaan yang bakal aku lalui. Siapa yang pernah dan sering menggunakan Lebuhraya Pasir Gudang tentu faham akan keadaannya bila berlaku kesesakan di jalan tersebut. Apatah lagi bila ada kemalangan yang melibatkan lori-lori kontena.
Entah berapa kali aku hanya berbuka dengan gula-gula dan asap rokok pada masa tu. Bila sampai di rumah je mereka telah habis makan. Maka makanlah aku seorang diri. Paling aku kesian ialah Lin. Seorang kawan yang menumpang aku setiap hari. Dia hanya akan berbuka setelah sampai ke rumah. Mungkin sebab tu dia kena apendiks. Bukan sebab berpuasa tapi sebab melewatkan waktu makan.
Masa praktikal di Redang la paling seronok. Sesen pun tak keluar duit belanja untuk berbuka mahu pun bersahur. Maklum aje la company support. Jadi elaun yang aku dapat aku gunakan untuk beli barang-barang lain. Cuma menu tu tak bolehlah nak memilih sangat.
Inilah sebahagian dari pengalaman puasa aku dulu-dulu.
12:58 | 2 Comments
Menu feveret berbuka puasa
Bulan puasa ni tentu ramai yang berkunjung ke bazar-bazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka terutamanya yang masih bujang. Aku ni bujang tapi aku tinggal bersama keluarga jadi aku jaranglah pergi ke bazar untuk tahun ni.
Bila ke bazar ramadhan kita sering rambang mata. Terasa semuanya hendak dibeli. Adakalanya berlebihan sehingga membazir. Jadi untuk mengelak berlakunya pembaziran belilah juadah yang jarang-jarang kita makan mengikut kuantiti yang bersesuaian. Aku pula cuma akan cari beberapa menu wajib setiap kali di bulan ramadhan. Tapi ingat, bukan selalu.
Ni namanya air katira. Hanya kat JB je senang nak dapat air ni. Kalau nak tau apa istimewanya air ni, singgah la di bazar ramadhan Stadium Larkin,JB dan cari gerai air katira Abu Bakar. Sekarang ni harga dah naik. Sebungkus RM2.70 dengan kuantiti yang agak kurang dari tahun-tahun lalu. Tapi kualiti rasanya tetap sama dan puas apabila meminumnya.Ikan pari bakar merupakan antara menu yang sering disediakan ketika aku berbuka bersama keluarga di JB. Pada ramadhan tahun lepas boleh dikatakan hampir setiap hari aku berbuka dengan menu ini. Sebabnya adalah ikan bakar yang aku beli di bazar ramadhan Tmn. Melati (di tapak pasar malam) memang sedap. Oleh kerana tahun ini aku telah berpindah ke Cheras maka agak sukar untuk aku pergi mendapatkannya.
Ni la kuih tepung pelita. Kalau beli kuih ni setakat 3 ketul memang tak jadi apa la. Beli mesti nak 1 karton ada dalam lebih kurang 10 ke 20 ketul. Jika pembuatannya sedap aku boleh telan 5 ketul sekali jalan. Itu tak masuk lagi kalau bozzo yang telan hehe...
Haa.....murtabak....memang sentiasa menjadi buruan. Kalau nak beli murtabak gombak korang kena beratur dari jam 5 lagi. Macam nak beli tiket bola sepak pulak. Kat KL ni aku tak jumpa lagi murtabak gergasi (saiz 4x ganda lebih besar dari saiz asal) tapi kalau kat JB tu boleh beli di Kg. Melayu Majidee. Biasanya ayah aku akan beli 2 terus. Baru la puas makan hehe....
Walau apa sekalipun menu paling sedap adalah makanan yang dimasak emak. Apa aje yang mak masak aku akan telan. Lagi pun masakan mak ni berkatnya lebih sikit. Korang yang bujang-bujang ni beringat sikit nak berbuka tu. Jangan terlalu ikutkan nafsu. Beli macam-macam tapi tak makan. Dah membazir duit. Nanti tak cukup plak duit tu nak bagi duit raya pada aku hehehe...
08:01 | 4 Comments
Tahniah untuk kekasih lama.
"Dimana kan ku cari ganti...." antara bit dalam lagu dendangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Memang betul apa yang dikata. Sesuatu yang telah pergi tak mungkin akan ada penggantinya. Sebab itulah Allah bersifat SATU. Hanya satu dan takkan ada yang lainnya.
Aku kehilangan seorang insan dan sebuah cinta yang tak mungkin akan kembali lagi. Percintaan yang betul-betul memberi kesan dalam hidup aku. Yang menjadikan aku sepertimana aku pada hari ini. Yang mengajar aku erti sebenar sebuah perhubungan. Kisah yang hampir meragut nyawa aku sendiri. Yang hanya dapat difahami Tuhan yang Esa.
Ucapan sekalung Tahniah buat bekas kekasihku yang telah pun mendirikan rumahtangga pada
2 Ogos 2008 yang lalu. Akhirnya kebahagiaan itu milikmu. Aku gembira melihat kau bahagia.
Sekurang-kurangnya lega sikit hati aku ni. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku. Terima kasih kerana telah memberi kesedaran kepada aku. Terima kasih atas segalanya.
Selamat tinggal ayang.
13:24 | 1 Comments




