feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count
Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Keputusan Pilihanraya Kecil SIM

Labels: , , ,

Keputusan Pilihanraya Kecil SIM telah pun diumumkan oleh Presiden SIM iaitu En. Hisham bertempat di R&R Awan Besar (Arah Klang). Sebanyak 65.8% dari 31,101 ahli SIM telah mengundi selama 4 hari bermula 1 April hingga 4 April 2009. Keputusan adalah seperti berikut.

AJK Kelab Sukan & Rekreasi SIM

Pengerusi
Mejar Kalam Pie

Timbalan Pengerusi
Mohd Fayzal Mohd Alli aka Superman

Setiausaha
Azalea Kamarudin

Penolong Bendahari
Muhammad Shahril Anuar B Muhammad Sultan


p/s: aku dapat undian sebanyak 3% tapi banyak juga tu beb. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mengundi.



Undilah Saya!

Labels: , , , ,


Assalammualaikum & salam sejahtera

Nama saya Zainuddin Bin Zainal. Berumur 27 tahun. Berasal dari Johor dan kini menetap di Cheras. Saya bertugas di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Saya merupakan lulusan sijil Politeknik dalam bidang Pengurusan Pelancongan.

Saya menyertai komuniti SIM setelah membuat group search di Yahoo! Groups dan terpikat pada pandangan pertama setelah melihat aktiviti-aktiviti kebajikan yang telah dilaksanakan oleh SIM & YPN.

Saya jarang memberi komen terhadap isu-isu yang dibicarakan di SIM kerana saya tidak mahu memberikan fakta yang membuta tuli. Ada juga segelintir ahli SIM yang menghantar private email kepada saya bagi mendapatkan pandangan tentang sesuatu perkara dan Alhamdulillah setakat ini saya telah menjawab segala persoalan mereka.

Saya mencalonkan diri saya merebut salah satu jawatan bagi Kelab Sukan & Rekreasi SIM adalah kerana :

  • Saya mampu memberikan idea-idea yang bernas dalam membantu melaksanakan program-program yang bakal dijalankan.
  • Saya menyasarkan sekurang-kurangnya 1 program dalam sebulan dapat dilaksanakan melalui kelab ini.
  • Saya ingin memberi sumbangan terhadap masyarakat melalui aktiviti-aktiviti sosial seperti ini.
(cukup la 3 je)

Kalau hendak dibuat perbandingan, memang saya jauh kurang pengalaman daripada calon-calon yang lain. Tapi perkara itu tidak melemahkan semangat saya. Apa yang lebih penting ialah saya mampu lakukan sesuatu untuk kelab ini. Dari pengamatan saya, dengan tertubuhnya kelab ini nanti SIM akan lebih kerap menjalankan aktiviti yang bersesuaian mengikut keadaan semasa.

Baiklah, cakap banyak pun otak boleh beku. Undilah saya jika anda rasa saya layak menjadi sebahagian dari AJK Kelab Sukan & Rekreasi SIM. Jika anda rasa saya tidak layak, undilah calon yang lebih layak. Jutaan terima kasih kepada yang telah mengundi walaupun tidak mengundi saya. Pada yang belum mengundi tu, anda masih ada masa sehingga 4 April 2009 jam 2 petang untuk mengundi sebagai tanda sokongan terhadap penubuhan kelab ini.

Terima kasih.

Undi mengundi sila click DISINI!




The Way Of Malaysia

Labels: ,

This is how our beloved Malaysia PM's fight corruption, uphold the values of integrity in both the public and private sector, the one who introduce Islam Hadhari (i don't even know what Hadhari stands for). That is how they find a clue to decrease the fuel price until RM2.00/litre. Malaysia Boleh yeah.....

This event is about Integrity

So i guess Raja Nazrin is telling something

Maybe he is advising his people

Seems feel disappointed

Now he is talking about Integrity

He is very concerntrate

But i guess not his leader beside him

Maybe he is thinking or looking for ideas

Or is he...?

He's dreaming something

Oooppss....

Let's just take another nap

Thank God it's over at last. I need my pillow.




Permatang Pauh

Labels:



Tinggal beberapa hari sahaja lagi akan berlangusungnya pilihanraya kecil bagi parlimen P-044 Permatang Pauh. Sejak seminggu yang lalu juga aku sibuk mencari maklumat terhadap apa yang berlaku dalam sebulan ini. Aku telah membaca lebih dari 10 blog penyokong politik yang sebahagiannya aku link di sidebar. Jelas kita tidak boleh hanya membaca dari sumber-sumber rasmi sahaja. kebanyakan blogger yang menulis adalah orang-orang yang berada di tempat kejadian yang pada aku 80% dari kata-kata mereka boleh aku percayai. Apalagi bila ada sokongan gambar-gambar yang langsung tidak dipaparkan di media rasmi.

Mungkin kerana itulah sudah berbulan lamanya aku tidak menonton berita di TV3,tidak membeli akhbar dan tidak ambil tau langsung tentang perkembangan dalam negara. Aku sendiri tidak terlibat dengan politik secara langsung. Sebenarnya taknak terlibat langsung. Tapi aku sayangkan Malaysia. Kerana sayangkan Malaysia aku harus juga melibatkan diri.

Aku tak boleh cakap banyak-banyak dalam ni sebab aku pasti network aku juga sedang dipantau. Tapi aku tak takut. Aku tidak melakukan apa-apa salah. Korang bacalah sendiri dari link-link tu.



English Premier League

free download

Here In My Home

free download