feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Woman is...

Labels:

Gambar hiasan sahaja

There was a man who had worked all of his life, had saved all of his money,
and was a real miser when it came to his money.

Just before he died, he said to his wife, 'When I die, I want you to take
all my money and put it in the casket with me. I want to take my money to
the +after-life+ with me.'

And so he got his wife to promise him with all of her heart that when he
died, she would put all of the money in the casket with him.

Well, he died . . .
He was stretched out in the casket, his wife was sitting there in black, and
her friend was sitting next to her. When they finished the ceremony, just
before the undertakers got ready to close the casket, the wife said, 'Wait,
just a minute!'

She had a box with her, she came over with the box and put it in the casket.

Then the undertakers locked the casket down, and they rolled it away.

Her friend said, 'I know you weren't fool enough to put all that money in
there in the casket with your husband.'

The loyal wife replied 'Listen, I can't go back on my word. I promised him
that I was going to put that money in that casket with him.'

'You mean to tell me you put that money in the casket with him !!! ?'

'I sure did' said the wife.** **'I got it all together, put it into my
account
and wrote him a cheque. If he can cash it, he can spend it.'**

Moral of the story: ***Women are **"cleverer" than Men* ......**


p/s: Is it?





Kenalan baru

Labels:

Aku betul-betul mengantuk hari ni. Malam tadi balik jam 3. Takde ke mana pun cuma lepak kat kedai mamak bawah rumah. Aku lepak dengan asniati & kawan dia bibie. Bibie ni aku baru kenal. Tapi kerana dia memang peramah kitorang berborak macam dah lama kenal.

Gelas-gelas yang telah dihabiskan airnya

Banyak juga yang kami borakkan dari jam 9 lebih tu. Tapi oleh kerana aku pun mengantuk tahap gaban skang ni jadi aku pun takde idea sangat nak taip apa. Bibie kenalan baru aku tu masih belum bangun lagi agaknya skang ni. Asniati & Bibie ni datang dari Sabah. Merantau ke semenanjung untuk menuntut ilmu di salah sebuah kolej perubatan di Kuala Lumpur.

Inilah Bibie kenalan baru aku...comel tak?

Apa pun terima kasih la pada dorang sebab sudi lepak-lepak dengan aku yang tak bape nak best ni. Ada kesempatan nanti boleh kita lepak-lepak lagi.



Dinner @ Tepian Tebrau

Labels:

Makan besar di malam Deepavali.

Hari Ahad kelmarin aku sekeluarga telah pergi makan diluar di Tepian Tebrau, JB. Makan besar pada malam itu ditaja oleh Ayu, adik aku yang dah berkahwin tu. Awalnya nak pergi My Friend di kempas tapi sebab ayah aku kerja so kitorang pilih yang dekat-dekat aje dengan tempat keje dia.

Aku order air epal. Menu yang diorder plak ialah siakap 3 rasa, pari bakar, kupang sambal, udang masak butter, sotong goreng tepung, chap cai & nasi putih. Korang tau ke chap cai tu apa? Kalau korang tak pernah dengar & nak tau, datanglah ke JB (promote negeri la plak).

Kami sampai ke tempat tu lebih kurang jam 8 malam. Ambil order dalam 10 minit. 15 minit kemudian semua order pun sampai. Aku tak terus makan sebab kena jaga baby Ira yang tengah curious dengan keadaan tempat tu. Sebagai starter aku cedok sotong, udang, chap cai & kupang. Nasi aku tak makan sebab tak nak cepat penuh. Lepas tu aku bedal plak pari bakar. Sebagai penutup aku bedal siakap 3 rasa walaupun masa tu tinggal kepala aje.

Bila dah abis makan apa lagi, balik la kan. Tapi adik-adik aku pergi ronda town dulu. Saje nak jalan-jalan kata mereka. Kali terakhir kami makan bersama diluar seperti ini ialah masa kenduri kahwin pakcik zainal di Air Keroh, Melaka. Raya tu memang la makan sama-sama kan. Terima kasih la pada Ayu sebab menaja segala makanan pada malam tu. Terima kasih juga pada ayah sebab tetap hadirkan diri walaupun bekerja pada waktu itu.

Gmbr selebihnya bleh view di sebelah.



Sepetang @ Danga Bay

Labels:


Pada hari Sabtu yang lalu aku telah pergi luangkan masa di Danga Bay, JB. Aku jangkakan keadaan pastinya sesak dengan orang ramai yang datang berkunjung tetapi meleset. Mungkin kerana cuti Deepavali 3 hari ramai yang ambil kesempatan balik ke kampung macam aku ni.

Aku sampai Danga Bay lebih kurang jam 6 petang. Oleh kerana tempat tu sedang dibaik pulih atas sebab yang aku sendiri tak pasti jadi takde sangat aktiviti yang boleh disertai. Kebanyakannya cumalah mainan-mainan fun fair untuk kanak-kanak. Jadi pusing-pusing aje la kat bay tu.

Oh ya, sebenarnya aku tidak bersendiri. Aku ditemani oleh seorang kawan. Oleh kerana kawan aku ni datang dari jauh maka tu lah aku bawa dia ke Danga Bay. Tapi tak syok la bila tengok-tengok tempat tu pada hari tu tak happening plak.

Apa pun memang enjoy la sebab dapat berosial di luar. Gambar-gambar ada kat sebelah. Check it out.



Balik kampung.......

Labels:

Ketika ini aku sudah pun berada di kampung. Di rumah mak ayah aku di JB. Seronok bila dapat balik. Walaupun adakalanya tiada apa-apa aktiviti yang dilakukan, tetapi masa yang diluangkan bersama itu lebih berbaloi. Sekurang-kurangnya aku tau mak ayah aku sihat ketika ketiadaan aku di sini. Cuaca hari ini agak panas. Mungkin petang sikit nanti baru aku keluar. Nak cari barang sikit. Cadangnya nak pergi beli dvd baru kat Holiday Plaza. Lepas tu nak pergi Watson plak cari barang-barang personal. Rasanya hari ni dapat la makan Kacang Pool. Mesti ada yang tertanya apa itu Kacang Pool. Hahaha....menu ni cuma ada kat JB je. 5 minit je drive dari rumah aku. Nanti aku tunjuk apa tu Kacang Pool.

Haa....ni la kacang pool. Memang ada telur sbg topping hehe...Roti ni plak adalah set dgn kacang pool tu. Makan panas-panas sedap wooo...

Perjalanan malam tadi lancar dan tiada apa-apa insiden yang tidak diingini. Aku berhenti sekejap di Restoran Jejantas Air Keroh untuk buang air dan mengisi minyak. Kemudian berhenti di R&R Pagoh untuk mengisi perut. Ramai juga orang malam tadi. Walaupun banyak kereta aku tetap boleh speed 140kmj. Uishh...laju tu..... Tapi aku sentiasa utamakan keselamatan.

Ketika sedang minum di R&R Pagoh aku ternampak seorang lelaki dengan anak perempuannya yang berumur 5 tahun agaknya. Takde apa yang ganjil pun pada dorang tu cuma aku terperasan beberapa perkara. Pertamanya aku tak nampak pun mak kepada budak perempuan tu. Keduanya aku nampak betapa mesranya mereka sebagai ayah & anak. Masih ada lagi kasih sayang di dunia ni. Jadi dunia kita masih selamat selagi kasih sayang dipupuk dan diberi.

Lelaki ni sedang menyuapkan anaknya...seorang bapa yang baik.

Aku akan post apa-apa yang patut dan tak patut ketika di JB ni. So keep viewing & jangan la segan-segan tinggalkan komen ye.



Max Payne

Labels:






Director:John Moore
Writers (WGA):Beau Thorne (screenplay), Sam Lake (video game by Remedy Entertainment and 3-D Realms Entertainment)
Release Date:17 October 2008 (USA) more




Having A Good Day

Labels:

Semalam merupakan antara hari terindah dalam hidup aku tahun ini. Seorang insan yang aku sayangi dapat meluangkan masa bersama-sama aku. Orang yang kita sayang belum orang yang kita miliki. Setelah habis waktu bertugas pada jam 5 kami bergerak sama-sama ke Cheras Leisure Mall. Hujan agak lebat juga walaupun diselang-seli dengan renyai-renyai. Aku memandu dengan kelajuan sederhana perlahan. Sambil tu berborak dengan .............. cukup sekadar aku perkenalkan dia dengan nama B.

Cadang nak tonton wayang. So kami pun belilah tiket cerita Max Payne. Hahaha....ye...Max Payne. Mesti ada yang jeles sebab aku dah tengok cite ni. Sebelum tengok cite kami pergi mencekik dulu di McD. Makan sekadar alas perut je. Aku taknak cite tentang Max Payne. Tak adil la kan kalau judgement aku nanti akan menentukan keinginan korang sama ada untuk tengok cite ni atau tak. Cuma aku boleh kata Fuyooo..! (hehehe....)

Tiket movie Max Payne
Apa yang penting aku gembira semalam dapat menghabiskan masa bersama dia. Siapa dia? Hahaha....aku taknak bagitau.

Pemandangan matahari terbit ketika sampai di office pagi tadi.




Relakan

Labels:

Aku juga masih sayangkan kau. Walau aku tau kau juga masih sayangkan aku tapi kita sudah jauh berbeza. Kau sudah pun ada kehidupan sendiri dan telah pun membuat pilihan. Siapalah aku ini kalau hendak dibandingkan dengan jejaka lain yang lebih baik diluar sana. Melihat kau hidup dengan bahagia sudah memadai untuk aku meneruskan kehidupan. Jangan kau kesali akan perkara yang telah terjadi.

Selama ini pun aku tidak pernah menghargai kehadiran kau disisi aku. Aku sia-siakan peluang yang cuba kau beri pada aku. Sejujurnya aku sendiri tidak pasti mengapa aku jadi begitu. Cuma aku tau pada ketika itu terlalu banyak tekanan dari persekitaran hidup aku yang menyebabkan aku tidak mampu untuk berfikir dengan telus. Tapi lama-kelamaan aku mula sedar betapa aku telah pun keciciran kau di saat perjalanan hidup ini masih berlayar.

Walau aku ingin berlabuh di pelabuhanmu tapi apalah daya yang aku ada. Aku melontarkan sauh disaat kau pula berlayar ke destinasi pilihanmu. Sesungguhnya aku mampu untuk mengejar tetapi aku takut. Aku takut aku akan melukakan hatimu. Biarlah hanya hati aku yang dilukai kerana takkan ada sesiapa yang bakal mengetahui.

Jangan ditanya padaku tentang perkahwinan & pernikahan. Ia tidak memberi apa-apa makna tanpa kau disisi hidupku. Jangan menangisi hidup sepiku kerana aku sentiasa membawa dirimu bersamaku di dalam hati ini. Andai ada jodoh antara kita Insyaallah kita akan tetap bersatu. Andai memang kita tidak ditakdirkan untuk bersama anggap sahaja ia sebagai ketentuan dari Ilahi.

Hati ini kuat menyatakan rasa kasih dan sayang padamu. Tapi.......



Makan lagi.......

Labels:

Pada hari Sabtu yang lalu aku telah pergi ronda-ronda makan di rumah terbuka di mana aku dijemput. Ada 3 buah rumah semuanya. Mula-mula aku ke rumah Cik Peah, typist office aku. Tapi rumah dia ni tak buat pun majlis rumah terbuka. Cuma dia masak la sedap-sedap sebab kenangkan aku ni beriya benor nak datang rumah dia. Menu yang disediakan ialah Nasi Minyak & Mee Goreng. 3 pinggan aku bedal sebab masa tu memang aku dah lapar benar.

Bergambar di rumah Cip Peah dgn Gadis Cantik. Yang berkain batik tu la Cik Peah.


Kemudian aku ke Selayang Jaya plak. Kawan semasa di kolej dulu Farouq a.k.a moncot dengan tegasnya menyuruh aku datang ke rumah terbuka dia untuk menghabiskan segala makanan yang ada. Menu yang ada agak variety seperti Soto, Mee Bandung (antara menu istimewa orang Johor), Kek Batik, Kuih-muih dan buah-buahan. Masa kat rumah moncot aku cuma larat makan sepinggan aje. Kalau ikutkan hati memang nak tambah lagi tapi oleh kerana masih ada sebuah rumah lagi maka aku hadkan pengambilan makanan hehe... Masa di rumah moncot aku dapat la juga jumpa kawan lama ketika di kolej walaupun cuma ada 3, 4 orang aje.

Aku dan Gadis Cantik di rumah Farouq a.k.a moncot

Inilah Farouq a.k.a moncot yang aku cakap tu.

Lebih kurang jam 3 petang aku bergerak pula ke Kelana Jaya untuk makan di rumah Puan Majistret plak. Oleh kerana keadaan lalulintas pada hari itu memang sesak ya amat terutamanya di bulatan Selayang maka aku sampai pun agak lewat. Nasib baik la masih banyak lagi makanan. Tapi aku cuma boleh sumbat Ketupat Palas je sebab kapasiti perut aku tidak sebesar perut jerung.

Ni masa kat rumah Puan Majistret di Kelana Jaya.Gadis Cantik & Akma (Raja) officemate aku.

Apa pun journey pada hari itu memang syok sebab aku dapat makan free. Aku ucapkan terima kasih pada seorang gadis cantik yang sudi menemani aku pada hari itu. Walaupun dah lama tak jumpa tapi kemesraan tetap ada. Korang jangan pandai-pandai nak skandalkan aku plak. Selesai kerja makan-makan ni aku pun balik ke rumah untuk berehat.



Jamuan raya Office

Labels:

Hari ni office aku buat jamuan raya. Yang bestnya makanan semua disediakan oleh kami sendiri (aku tak termasuk la). Banyak sangat makanan sampai aku pun tak tau nak start yang mana dulu. Kalau bozzo ada sure dia akan melekat kat opis aku sampai petang.

Antara menu yang ada ialah Nasi Lobak, Ayam Masak Merah, Nasi Empit, Lemang, Kuew Teow Goreng, Lodeh, Sambal Kacang, Sambal Tumis, Rendang, Salad Buah, Cocktail, Kek Batik, Teh O dan Sirap Bandung. Aku makan tak berhenti dari jam 8.30 sampai ke tengah ari. Tapi amik sikit-sikit je la.

Oleh kerana tugas pun harus diselesaikan juga maka aku selang selikan makan dengan buat kerja. Akhirnya siap juga kerja aku dan petang ni aku boleh beristirehat sambil menikmati lena yang nyenyak haha....

3 gadis sunti tetapi sudah dimilikiAktiviti makan pun bermula. Yang duduk di sebelah kiri tu ialah pegawai aku.Yang ni plak 3 isteri orang.Aku pun nak enterface juga. Cuba tengok betul2. Tak kurus kan?Ni gambar snap budak jambu opis aku haha...




Hujan

Labels:

Semalam hujan amatlah lebat. Jadi aku terpaksa la stay lebih lama sikit di opis berbanding hari biasa. Bila nampak macam dah reda aku pun gerak la dengan motor kesayangan aku. Malangnya, ketika baru je masuk Jalan Kuching aku dihujani air hujan yang amat la lebat. Walaupun aku dah standby dengan baju hujan tapi aku tetap juga basah lenjun. Nasib baik angin tak kuat so takde la rasa sejuk pun. Cuma yang tak bestnya tu bila penunggang macam aku ni disirami becak apabila kenderaan yang lebih besar melalui jalan yang digenangi air hujan.

Agak lewat juga sampai di rumah. Satu-satunya benda yang tak basah ialah handphone aku sebab awal-awal lagi aku dah bungkus dengan plastik. Lepas bersihkan diri dan kemas apa-apa yang patut aku rehat je la kat rumah.

Aku tertarik pada sebuah rancangan di tv. Field Trip tajuknya yang disiarkan di 8tv. Host rancangan tu memang beruntunglah sebab dapat jalan-jalan. Aku pun teringin juga nak pergi ke sana. Tapi ntah bila la ye.



OooOps....


Seminggu aku tak posting apa-apa dalam site aku ni. Jangan tanya la apa aku buat dalam seminggu ni. Tentunya macam-macam yang aku buat. Walaupun mungkin aku cuma terperap kat rumah aje. Sebenarnya pada 8hb yang lalu merupakan hari ulangtahun kelahiran aku. Jadi aku ucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang menyampaikan ucapan. Walau apa pun aku akan kembali lagi dengan pelbagai cerita. Buat masa ni aku masih blur dan kerja kat opis pun tengah banyak.

To be continued...



Top 6 Reasons To Blog

Labels:

Blogging is a niche in itself and there are a lot of reason why all the influential people have taken to it. Some have take to it to express and others for publicity and yet others to entirely make money. While blogging has served their purpose, I know many people who are yet clueless about the blog thingy. Some consider a blog as a personal diary while others a news site. I say it's a medium to express and more. And if you do not have a blog here's a short list of reasons to get you started.

  1. Blogging is an artistic medium of expression- As humans we always want to express what we feel about the things that influence us. While expression takes many forms like painting, music, etc… blogging is a form which is direct and clear.
  2. Blogs allow you to strike a conversation. They allow you to take an initiative. And you are the main voice which is heard.
  3. Blogging extends your audience to all the internet users- With millions of internet users out there, its only a matter of short time that you will get the due attention of the like minded.
  4. Blogs allow you freedom of expression- You don't get to take the stage everyday. You don't get attention all the time. But when you blog, you always take the stage and remain there for others to take heed.This cycle of expression allows a lot of flexibility. You express what you feel and others listen to it at their own sweet pace.
  5. Blogging means communication means socializing- Blogging empowers you with a medium of expression so strong that it can get you so many listeners and followers you couldn't get otherwise. Slowly you build a network of like-minded people. It allows you to keep in touch and monitor what others in your field are upto.
  6. Your knowledge benefits the community- When you have thoughts and knowledge of a subject or an opinion for that matter, it benefits the community. I know a lot of people in my field who have astounding knowledge and insight of things. They have opinions so strong and sensual and can make quite accurate predictions about the future of certain things. But all this knowledge does no good to anyone. The question here is not "Who cares?" but instead "Does it matter?"When you blog, you make meaning, you are there expressing for a cause. And that matters.

While there's a lot more to this medium than can be seen at the first glance, the idea essentially is to make a difference or just to express. While some take it as a personal journal entry, others take it as journalism. Why do you blog? Or do you at all?

Source : Shivanand Sharma





Disebalik 3544

Labels:

3 jam perjalanan dari KL ke JB
3 buah kereta konvoi
3 no 3544
3 family adik mak aku datang ke rumah
5 hari cuti raya
5 buah rumah sahaja pergi ziarah
5 kali makan sehari?
5 minit habiskan mercun harga rm100++
4 jam rebus ketupat
4 kali terlelap tunggu ketupat masak
4 ari je berada di JB
4 jam masa balik ke KL
4 pagi sampai KL



Lain macam siot!

Labels:









Naik raya

Labels:

Hari ini ramai akan kembali bekerja seperti biasa termasuk la aku. Mungkin juga akan ada yang EL sebab penat lalui kesesakan teruk semalam. Mujur aku balik lebih awal. Paling teruk kesesakan di Lebuhraya Karak. Aku bertolak balik pada Ahad jam 12 pagi & sampai pada 4 pagi. Walaupun kenderaan agak banyak pada ketika itu tapi tiada kesesakan. Itu pun masih ada juga terjadi kemalangan melibatkan motorsikal.

Apabila sampai ke rumah sesuatu yang tidak aku duga telah terjadi. Entah apa sebabnya kabinet dapur yang penuh dengan pinggan mangkuk kaca telah tumbang menyembah lantai. Peliknya takde satu pun dari barangan kaca yang ada di kabinet tu yang pecah. Kabinet tu plak memang rosak la. Bahagian atasnya tercabut. Bila selidik, rupanya salah satu dari kaki kabinet tu rosak dan menyebabkan kehilangan keseimbangan. Seekor lipas didapati mati dalam kejadian ini kerana kepalanya putus. Siangnya baru la aku kemas apa-apa yang patut. Ternyata aku lebih senang bekerja seorang diri berbanding berkumpulan kerana tugas akan selesai dengan lancar.Inilah keadaan kabinet yang telah tumbang

Semalam juga aku pergi ke Tesco & Econsave membeli apa-apa yang patut & tak patut untuk keperluan rumah. Makan di KFC dan jalan-jalan buang masa di kesesakan MRR2. Selebihnya berehat di rumah aje. Hari ni pun kerja tak la banyak sangat sebab dah cover sebelum raya lagi. Apa pun aku ucapkan Selamat Kembali Bertugas kepada kawan-kawan semua.



Cuma 2

Labels:

Nanang & Awe

Aku & Awe

Nanang & Aku
Malam tadi aku beraya ke Pasir Gudang. Hajat hati nak beraya ke rumah kawan-kawan tapi cuma sempat dua buah rumah aje. Mula-mula aku ke rumah Awe. Makan nasi.....ntah aku tak tanya plak nasi apa. Kemudian aku & Awe ke rumah Nanang. Lepak rumah Nanang sampai kul 12. Itu je la yang sempat untuk tahun ni. Pada kawan-kawan yang lain jangan berkecil hati. Ada kesempatan kita berjumpa lagi. Untuk kawan-kawan yang ada anak tu, maaf la tahun ni takde bajet untuk duit raya hehe....nanti pakcik din ganti tahun depan ye. Sebelum balik ke KL aku ucapkan Selamat Maju Jaya kepada kawan-kawan yang pernah bersekolah di sekolah yang sama dengan aku. Semoga syawal 2008 memberi satu halatuju baru kepada kita semua.




Geng 3544

Labels:



Ini dia geng 3544. Konvoi family aku pada raya tahun ini. 3 buah kereta dengan no pendaftaran yang sama. Apa yang menarik ialah satu-satunya konvoi dalam family mak atau ayah aku, kami je ada geng macam ni. Hahaha.... macam promote plak. Kalau rasa-rasa ada yang nk buat macam ni, pastikan saiz family anda besar. Konvoi 3544 bergerak ke Air Hitam, Muar pada tengah malam raya pertama dan sampai ke rumah Atok aku dengan selamatnya pada lebih kurang 1am. Pagi raya kedua konvoi bergerak pula ke Parit Raja, Batu Pahat. Setelah lunch konvoi bergerak pulang ke Johor Bahru dan sampai dengan letihnya pada jam 2pm. Kami berehat di rumah dan tidak kemana-mana lagi.

Pada tahun ni konvoi tidak berkesempatan mengunjungi semua rumah saudara mara kerana ayah aku tidak bercuti. Walau apa pun raya tetap disambut dengan meriah dalam keadaan bersederhana. Aku ada di JB sehingga sabtu jadi kalau ada sesiapa yang datang tu datang la cepat-cepat ye. Jangan lupa telefon dulu.



Family Reunited Raya 2008

Labels:

Ni la family aku + kawan adik laki aku sorang. Setiap tahun memang kami akan bergambar seperti ini. Gambar diambil sebelum keluar beraya ke rumah saudara mara. Kalau korang perasan cuma aku je warna baju tak sama. Hehe...ekonomi gawat la. Pakai je apa yang ada. Boleh beraya jugakan. Tak lama lagi family ni akan membesar lagi.



Malam hari raya

Labels:

Akhirnya aku selamat sampai ke rumah. Ketika dalam perjalanan aku dikejutkan dengan berita yang memang tak sedap didengar apa lagi dimakan. Mak aku pengsan 2,3 kali kata adik aku. Mungkin dia terlalu penat. Tapi syukur alhamdulillah takde apa-apa yang serius. Aku sampai pun lewat 1 jam sebab hujan dari kulai sampai ke skudai. Bila orang lain dah nyenyak tidur aku masih lagi berjaga seperti biasa pada setiap malam hari raya memang ini la tugas aku. Apa dia? Haha.... apa lagi kalau bukan rebus ketupat. 4 jam nak kena tunggu takleh tido. Menu-menu lainnya telah pun siap dimasak sebelum aku sampai lagi. Tinggal lodeh je tak buat lagi. Kalau buat awal-awal takut basi plak. Korang layan je la gambar-gambar kat bawah ni

Ni namanya rendang kambing. Korang pernah dengar tak?

Ketupat ada dalam periuk tu.

Sebab daging ni la 2 jari aku melecur.




English Premier League

free download

Here In My Home

free download