feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Blogger : A Thread?

Sebelum ni aku pernah menyatakan pendapat tentang blogger sama ada mereka merupakan satu ancaman atau tidak. Dalam pendapat itu aku menegaskan bahawa blogger bukanlah satu ancaman. Hari ini dalam blog "Penarik Beca" aku membaca satu laporan yang menyatakan bahawa blogger akan menjadi sasaran kerajaan BN seterusnya. Setelah RPK pastinya kebangkitan rakyat melalui blog semakin berleluasa. Sama ada kalian membaca atau tidak dan sama ada kalian perasan atau tidak, majoriti blogger adalah merupakan wartawan dan ahli parti politik. Ada juga segelintir dari kalangan pemerhati, atas pagar & penyokong parti.

Untuk membuat 1 perhimpunan memerlukan permit (yang pasti pada kebiasaannya tidak diluluskan) dan terpaksa melalui kerenah birokrasi. Media-media cetak & elektronik pula berada di bawah kawalan. Jadi blog digunakan sebagai alternatif. Sekiranya kebebasan ini juga disekat maka apa lagi cara yang kita ada untuk menyuarakan pandangan & pendapat? "Mereka" kononnya memperjuangkan demokrasi tapi adakah demokrasi itu hanya apabila pilihanraya? Suara rakyat harus didengar pada setiap masa. "Mereka" seharusnya sedar sejak awal lagi bahawa rakyat bukanlah boneka. Pada ketika ini aku percaya apa sahaja yang keluar dari mulut 'fella' tidak akan dipercayai rakyat. Segala kenyataannya tidak lagi relevan & tidak memberi apa-apa makna dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Jika ada satu sahaja sekali pun rang undang-undang yang bakal menyekat blogger dari menyampaikan kebenaran maka aku rasa akan musnahlah negara ini kerana :

  1. Penjara-penjara dipenuhi dengan blogger berbanding penjenayah.
  2. Kes-kes perbicaraan di mahkamah akan tertunda lebih lama kerana terlalu banyak kes dakwaan terhadap blogger.
  3. Polis Malaysia akan sibuk menjalankan sekatan jalanraya & sekatan terhadap penyokong-penyokong blogger yang mana ketika inilah penjenayah menggunakan peluang untuk menjalankan kegiata. (jenayah lainnya yang lebih serius pasti meningkat)
  4. Kemarahan mungkin tidak akan dapat dibendung lagi & boleh melumpuhkan negara dengan protes terbesar dari rakyat.
  5. Kemungkinan tercetusnya perang saudara (harap-harap dijauhkan).
Ini cuma merupakan pandangan aku sahaja. Aku harap aku salah.



0 comments:

Post a Comment

English Premier League

free download

Here In My Home

free download