The Secret
21:35 | 0 Comments
Refresh
Assalammualaikum & salam sejahtera
Sudah terlalu lama aku tidak mencoretkan apa-apa di blog aku ni. Umpama sepi tanpa berita. Sejujurnya aku sendiri pun tidak tahu apa yang perlu aku coretkan. Mungkin juga aku mula bosan untuk bercerita. Keadaan ini terjadi kerana adanya manusia yang berhati bangkai telah mensabotaj isi kandungan di laman blog aku ini yang akhirnya telah mencampakkan kehidupan aku umpama di dalam sebuah neraka.
Tapi aku malaslah nak cerita tentang hal-hal yang lalu. Aku kenal amat dengan beruk-beruk yang telah menyusahkan hidup aku dan pesan aku cuma 1 je. Kalian akan dapat pembalasan dari aku. Pembalasan yang tidak pernah kalian sangkakan kerana selama ini aku hanya mendiamkan diri sahaja.
Kebelakangan ini aku cuba untuk menilai semula masa-masa yang telah aku lalui. Alhamdulillah sebilangan besar dari masa yang telah aku pergunakan itu telah aku kenal pasri arah tujunya. Pada masa ini aku sibuk membina kerjaya aku tanpa terikat dengan mana-mana organisasi atau mana-mana individu. Insyaallah dalam beberapa tempoh yang akan datang segalanya akan berubah.
Bukan mudah untuk buat keputusan keluar dari keadaan selamat dan memasuki keadaan yang lebih berisiko. Tapi itulah yang telah aku lakukan. Untuk jadi lebih berjaya, aku harus melalui dahulu pengalaman susahnya sesuatu kehidupan itu. Apa yang aku lalui kini masih belum cukup untuk memotivasikan diri aku. Banyak lagi yang perlu aku pelajari.
Walau apa pun aku bersyukur kerana masih ada insan-insan yang sudi menyokong aku. Yang akan tetap bersama aku dalam susah dan senang. Terima kasih aku ucapkan kepada mereka.
09:49 | 0 Comments
My Business Partner
Bekas Guru Ceburi Tanaman Nanas
| | Nama | : Hamzah Bin Pandi |
| Umur | : 45 tahun | |
| No Tel | : | |
| Alamat Kediaman | : | |
| Keluasan Kebun | : 100 ekar (Merupakan Projek Angkat MoA Inc) | |
| Tapak Semaian Sendiri | : Kepadatan 150,000 pokok/ekar anak benih nanas (anak benih dari Spg Renggam) | |
| Keluasan Yang Bertanam | : 25 ekar (17,000 pokok/ekar) | |
| Lokasi Kebun | : Tanjong Karang, Selangor | |
| Pemilikan Tanah | : Sewa tanah milik PKPS, RM2,400.00 sebulan | |
| Jenis Nanas Ditanam | : N36 dan gandol | |
| Bilangan Pekerja | : 4 orang | |
| Pasaran Hasil | : Kontrak dengan SPL (Syarikat Pemasaran Ladang) yang merupakan anak syarikat PKPS | |
| Perancangan Masa Depan | : Meningkatkan keluasan 1000 ekar dalam masa 5 tahun berhasrat untuk mengeksport nanas ke luar negara. |
Membuka cerita Hamzah berkata, apa yang mendorong nekadnya menjadi pengusaha ladang nanas ialah kerana keinginan yang tinggi untuk berbudi pada tanah selain memikirkan sektor pertanian ketika ini mendapat perhatian penuh daripada kerajaan. Projek nanas pula katanya, dipilih memandangkan kawasan tanah yang dibangunkannya iaitu Mukim Ulu Tinggi, Batang Berjuntai merupakan kawasan paling sesuai untuk projek pertanian tersebut. Ini kerana, selain tanahnya yang subur ekoran kejadian pembakaran hutan secara tidak sengaja yang berlaku saban tahun, kasawan ini juga menerima taburan cahaya matahari yang tinggi iaitu faktor alam yang paling sesuai untuk mendapatkan nanas yang berkualiti tinggi. Di samping itu, tanah di kawasan ini juga adalah dari jenis gambut sekunder dan merupakan bekas kawasan hutan primer yang terdiri daripada sisa-sisa kayu kelas dua hingga empat.
"Ia juga sedikit berair berpunca daripada beberapa lombong dan tasil yang mengelilinginya dengan purata suhu diantara 24 hingga 30 darjah Celsius," katanya ketika ditemui di ladangnya, baru-baru ini.
Memulakan projek awal tahun ini, Hamzah memilih nanas daripada varieti N36 dan diusahakan secara kontrak perladangan dengan Syarikat Pengurusan Ladang Sdn Bhd. (SPLSB) iaitu anak syarikat penuh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor(PKPS). Penanaman pusingan pertama telah dijalankan pada Februari lalu di atas tanah seluas lapan hektar namun sehingga kini, kira-kira 30 hektar tanah daripada 40 hektar keluasan tanah peringkat pertama telah diusahakan. Sebanyak 80 hektar lagi tanah akan diusahakan secara berperingkat-peringkat sepanjang tahun ini dan awal tahun hadapan di atas tanah milik PKPS itu yang disewa pada kadar RM2,400 seekar setahun.
Anak benih nanas pada peringkat pertama mula dibekalkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia(LPNM) pada harga 10 sen setiap satu sulur. Menurut Hamzah, antara sebab mengapa beliau memilih projek penanaman nanas untuk diusakan juga adalah kerana ia tidak memerlukan kerja-kerja penjagaan yang rumit sama ada dari sudut pembajaan atau pengairan. Tanaman nanas juga jarang diserang penyakit sekaligus meningkatkan hasil keluarannya.
"Saya juga bertuah kerana LPNM banyak membantu dalam projek ini termasuk dari sudut teknikal seperti membekalkan baja dan racun selain tunjuk ajar mengenai kaedah-kaedah penanaman nanas yang baik," ujar Hamzah.
Menggunakan modal sendiri berjumlah RM100,000 LPKM juga menurut Hamzah turut memberikan bantuan sebanyak kira-kira rm2,400 dalam bentuk bantuan infrastruktur bagi setiap 0.4 hektar (satu ekar). Ia termasuk sebanyak RM1,700 jumlah bantuan yang diberikan menerusi bekalan anak benih manakala selebihnya dalam bentuk baja, racun dan hormon selain kos kerja-kerja pembersihan untuk membuka ladang.
Memandangkan projek yang sedang diusahakan ketika ini adalah peringkat pertama dan dimulakan awal tahun ini, Hamzah menjangkakan akan menuai hasil selewat-lewatnya awal tahun depan. Ia mengambil kira jangka masa untuk pokok nanas matang dan mengeluarkan buah yang manis dan berkuaiti tinggi. Ketika ini purata seekar tanah ditanam dengan kira-kira 15,000 hingga 17,000 anak pokok dan mengambil kira-kira harga pasaran iaitu RM1 hingga RM1.50 sekilo, Hamzah mampu menjana pendapatan sehingga RM30,000 bagi setiap ekar yang diusahakannya. Malah, beliau juga tidak perlu risau mengenai pasaran memandangkan kesemua hasil tanamannya akan dipasarkan secara perladangan kontrak untuk projek pengeluaran salad buah-buahan yang dikendalikan olah PKPS Agro Industri Sdn Bhd yang terletak di Pahang.
Selain untuk projek tanaman, empat hektar tanah juga diperuntukkan untuk menghasilkan anak benih sendiri daripada batang nanas yang telah dituai iaitu salah satu kaedah yang dipelajarinya di LPNM. Anak benih itu amat penting bukan sahaja bagi memastikan projek tanamannya berterusan sepanjang masa malah ia juga boleh dijual kepada pengusaha lain.
"Memandangkan projek ini adalah antara projek yang terbesar di Selangor, ia mendapat perhatian Kementerian Pertanian dan dijangkakan akan menjadi projek angkat dibawah Kementerian Pertanian Diperbadankan MoA Inc," ujar Hamzah.
Sebagai perancangan masa depan; Hamzah turut memohon pinjaman kewangan dengan Bank Pertanian Malaysia berjumlah RM500,000 bagi memperluaskan lagi projek penanamannya. Ia bagi memastikan sasarannya untuk membuka sehingga 40 hektar ladang nanas di kawasan yang sama dalam masa lima tahun akan datang berjaya di capai.
00:55 | 0 Comments
First Aid Kit
A well-stocked first-aid kit, kept within easy reach, is a necessity in every home. Having supplies gathered ahead of time will help you handle an emergency at a moment's notice. You should keep one first-aid kit in your home and one in each car. Also be sure to bring a first-aid kit on family vacations.
Choose containers for your kits that are roomy, durable, easy to carry, and simple to open. Plastic tackle boxes or containers for storing art supplies are ideal, since they're lightweight, have handles, and offer a lot of space.Include the following in each of your first-aid kits:
- first-aid manual
- sterile gauze
- adhesive tape
- adhesive bandages in several sizes
- elastic bandage
- antiseptic wipes
- soap
- antibiotic cream (triple-antibiotic ointment)
- antiseptic solution (like hydrogen peroxide)
- hydrocortisone cream (1%)
- acetaminophen and ibuprofen
- extra prescription medications (if the family is going on vacation)
- tweezers
- sharp scissors
- safety pins
- disposable instant cold packs
- calamine lotion
- alcohol wipes or ethyl alcohol
- thermometer
- plastic gloves (at least 2 pairs)
- flashlight and extra batteries
- mouthpiece for administering CPR (can be obtained from your local Red Cross)
- your list of emergency phone numbers
- blanket (stored nearby)
After you've stocked your first-aid kits:
- Read the entire first-aid manual so you'll understand how to use the contents of your kits. (If your children are old enough to understand, review the manuals with them as well.)
- Store first-aid kits in places that are out of children's reach but easily accessible for adults.
- Check the kits regularly. Replace missing items or medicines that may have expired.
Get your first aid kit by contact me personally. Discounts will be given for bulk order.
15:07 | 0 Comments
Taklimat Peluang Perniagaan
Anda dijemput menghadiri taklimat PERCUMA mengenai BondaMama setiap hari jam 3.00 petang di Yayasan Pembangunan Nur Hikmah di No. 16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, 43000 Kajang, Selangor.
HUBUNGI PUAN NORLELA DI 03-8733 2411 SEKARANG !!!
FRANCHISE TASKA & TADIKA BONDAMAMA
Berminat untuk menjalankan perniagaan TASKA / TADIKA ?
- Bolehkah memulakannya dengan modal yang sangat rendah ?
- Apakah program atau silibus yang sesuai ?
- Bagaimana memulakannya dengan SEGERA ?
- Bolehkan saya melakukan perniagaan secara SAMBILAN ?
- Adakah ianya MENGUNTUNGKAN ?
TIADA YURAN FRANCHISE DIKENAKAN !!
Jika anda mempunyai minat dan kemahuan, kami bersedia membantu anda untuk memiliki taska atau tadika anda sendiri.
Perkhidmatan yang kami sediakan :
1. Tinjauan pasaran setempat
2. Ubahsuai premis
3. Latihan & kursus
4. Promosi dan pemasaran
Jika anda masih tercari-cari lokasi / premis yang sesuai, kami sedia membantu anda mendapatkan lokasi / premis yang berpotensi.
HUBUNGI PUAN NORLELA DI 03-8733 2411 SEKARANG !!!
Jangan berlengah lagi, kerana bulan Disember adalah peluang terakhir anda untuk memulakan taska atau tadika anda.
Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPN) akan menganjurkan satu sesi taklimat mengenai peluang-peluang untuk membuka TASKA dan TADIKA dibawah Skim Franchise BondaMama.
Dibawah program ini anda yang berminat untuk memiliki taska atau tadika sendiri dengan modal permulaan yang rendah serta berdaya maju dijemput untuk menghadiri taklimat kami pada SETIAP HARI jam 3.00 petang di Yayasan Pembangunan Nur Hikmah, 16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, Kajang, Selangor. Sila hubungi Puan Norlela di 03-8733 2411 untuk pengesahan kehadiran anda.
23:18 | 0 Comments
Tips Berguna
Health:
1. Drink plenty of water.
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Make time to practice meditation, yoga, and prayer.
6. Play more games.
7. Read more books than you did in 2008.
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
9. Sleep for 7 hours.
10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.
Personality:
11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do. Keep your limits.
14. Don't take yourself so seriously.. No one else does.
15. Don't waste your precious energy on gossip.
16. Dream more while you are awake.
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness..
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20.. Make peace with your past so it won't spoil the present.
21. No one is in charge of your happiness except you.
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more.
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.
Society:
25. Call your family often.
26. Each day give something good to others.
27. Forgive everyone for everything.
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
29. Try to make at least three people smile each day.
30.. What other people think of you is none of your business..
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.
Life:
32. Do the right thing!
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
34. GOD heals everything.
35. However good or bad a situation is, it will change.
36.. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
37. The best is yet to come.
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.
39. Let Your Inner most be always happy. So, be happy.
We invite you to voice your views, thoughts and feelings about children and their rights. Thank you! You can visit us at www.afafng.org or call +2348081525901 you can also reach us at assuredfuturengo@yahoo.com
22:47 | 0 Comments
Baca, renung & fikirkanlah.
Untuk renungan kita bersama. Kalau rasa nak reply, bleh jawab di ruangan komen.
- Kenapa kita selalu nampak kesalahan orang lain tapi tidak pula pada kesalahan sendiri?
- Kita ingin diri kita dibantu tapi pernahkah kita membantu orang tanpa dipinta dan tanpa dibalas?
- Kita impikan kehidupan yang senang tapi apakah usaha-usaha yang telah kita lakukan?
- Apabila kita melakukan sesuatu, siapakah yang seharusnya merestui kita?
- Sehingga kini, apakah yang telah kita sumbangkan terhadap kedua ibu bapa, keluarga serta masyarakat?
- Sehingga hari ini, apakah yang telah kita capai untuk diri kita sendiri?
- Sejauh manalah kita mengenali diri kita sendiri?
22:40 | 0 Comments
@ night
Kadang-kadang aku tak paham la dengan sikap manusia ni. Nak dikata bodoh, belajar tinggi-tinggi. Nak dikata pandai, melakukan perbuatan yang bodoh pulak. Entah mana satu la yang betul. Adakalanya manusia ni akan merasakan dirinya betul padahal pada hakikatnya tidak pun. Kalo boleh ditegur tak apa la juga. Ini nak ikut kepala hotak sendiri jerk. Agaknya memang perangai keturunan kot. Nanti anak-anak pun perangai sama jer macam dia.
Subuh semalam aku dapat berita yang menyedihkan. Sahabat aku Shahril kehilangan ayahnya keran sakit jantung. Dikebumikan di Labu, Seremban jam 11am. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.
Macam itulah kehidupan kita ni. Sampai masanya kita semua akan kembali kepada yang Maha Pencipta. Bila, dimana, bagaimana kita sendiri pun tidak akan tau. Sebab tu la kita ni harus sentiasa melakukan kebaikan. Harus sentiasa memaafkan. Harus sentiasa memberi maaf. Harus sentiasa bertaubat. Jangan kelak mati dalam keadaan yang tercela. Orang yang beriman sentiasa menggunakan akalnya manakala orang yang kurang beriman ni sentiasa menggunakan nafsunya. Fikir-fikirkanlah.
Ok, setakat ni je coretan aku kali ni. Aku pun ada benda nak buat ni. Time for game haha....
23:15 | 0 Comments
Ex-SMPG(1) Class of 1999 Reunion - The Gathering Ever
Segala cadangan dan usul mestilah berdasarkan kriteria-kriteria di bawah.
- tarikh antara 27 November 2009 hingga 11 Disember 2009
- tempat sekitar Pasir Gudang sahaja
- pelaksanaa program mesti ambil kira pada yang sudah berkeluarga
- jumlah penyertaan tidak terhad (boleh bawa sesiapa sahaja)
- diadakan pada waktu siang seeloknya lunch time
- jemputan kehormat adalah cikgu-cikgu termasuk bekas cikgu
- pelantikan ajk melalui cabutan undi
22:30 | 3 Comments
Dosa seorang PEREMPUAN
Sudah 3 tahun berlalu sejak aku cuba melupakan saat-saat terburuk dalam kehidupan aku. Manusia-manusia yang berkaitan juga telah cuba aku singkirkan dari memori yang tidak ingin aku simpan. Ternyata, untuk melupakan sesuatu yang amat memberi kesan pada diri kita bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih berat lagi apabila kisah silam itu sering dengan sengajanya datang mengganggu atas tujuan yang aku sendiri tidak mengerti saat ini. Ini kisah tentang seorang PEREMPUAN yang merupakan antara pemberi impact yang besar pada diri aku.
PEREMPUAN ini adalah salah seorang yang pernah menjadi awek aku ketika di kolej dulu. Pada asalnya aku melihat dia sebagai seorang yang baik sehinggalah apabila dia cuba menyingkirkan satu-satunya insan yang paling aku cintai suatu ketika dulu.
Hubungan yang tidak berpanjangan ini akhirnya membawa kepada ikatan hanya sebagai kawan dan teman walaupun hakikatnya masih ada secebis rasa sayang di dalam diri masing-masing. Namun pun begitu ikatan ini tidak membawa kami menjadi kawan yang baik. Sering berlaku perselisihan faham dan pertengkaran. Sehinggalah dia bertunang dengan lelaki yang dia katakan menjadi pilihan hidupnya.
Pada masa itu aku sangkakan segalanya telah menjadi lebih baik. Tapi ternyata aku silap. PEREMPUAN ini masih lagi dengan cara yang jelik mengganggu kehidupan aku sehinggakan aku terpaksa melepaskan pergi wanita-wanita yang cuba berdampingan dengan aku demi untuk melindungi mereka dari gangguan kisah silam aku.
Untuk beberapa ketika aku melihat keadaan bertambah baik bagi kehidupan aku. Tapi bukan untuk PEREMPUAN ini. Hidupnya semakin jauh menyimpang sehinggakan aku sendiri pun tak tau apa jenis PEREMPUAN dia ni. PEREMPUAN yang sudah bertunang ini sepatutnya menjaga maruah diri sebagai tunangan orang dan sepatutnya menjaga nama baik tunangannya itu. Tapi apa yang berlaku?
PEREMPUAN ini yang berjauhan dengan tunangannya telah berlaku curang dan membuat onar di belakang tunangannya yang setia. Entah sudah berapa ramai lelaki yang digoda hatinya. Lebih menyedihkan lagi apabila dia sendiri menjalin hubungan dengan lelaki yang juga merupakan tunangan orang. Lelaki-lelaki yang bodoh ini dan diperbodohkan ini pula percaya bahawa PEREMPUAN ini adalah perempuan yang baik yang nyata lagi terang disuluh sebenarnya adalah seperti PEREMPUAN JALANG.
PEREMPUAN ini dengan jelas dan nyata bercumbuan dengan lelaki lain di dalam kereta di depan mata aku sendiri. Perempuan jenis apakah ini? Sekiranya isu ini aku bangkitkan di SIM sudah tentu berjela-jela kutukan dilemparkan kepada PEREMPUAN yang curang ini. Sungguh kelakar pula apabila PEREMPUAN cuba memperdebatkan isu dosa dan pahala kepada aku sedangkan dia sendiri melakukan kemaksiatan di khalayak ramai.
Aku menulis di blog ini dengan keadaan yang amat kecewa. Aku bersyukur kerana hubungan kami tidak menjadi. Kalau tidak, mungkin aku juga merupakan antara lelaki dayus dan bodoh yang selalu diperbodohkan oleh PEREMPUAN ini. Aku tidak bangga apabila memanggilnya BITCH! Tetapi itulah selayaknya dia digelar.
Kehidupan BITCH ini semakin hampir kepada kemusnahan.
01:50 | 0 Comments
Song of life [1]
Gerimis SenjaKu terpegun di jendela bila hujan gerimis senja
Tak ku lihat di hadapan ku diri ku dalam lamunan
Tiada lain yang ku bayangkan hanyalah peristiwa itu
Dosa-dosa yang ku lakukan tetap mengganggu batin
Tanyaku pada diri apakah ini semua cobaan belaka
Kesal ku tak berakhir menduga keyakinan ku kepadanya
Batin ku menjerit namun tiada suara
Aku cuba menyatukan semua harapan yang berkecai
Tuhan ku bimbingkanlah diri ku agar kesal ku hilang
Gerimis sungguh mencengkam tiada dapat ku tahan lagi
Sungguh-sungguh tak ku menduka hingga jadi begini
23:19 | 0 Comments
Doa Untuk Sahabatku
Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya
baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat
Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati
izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.
Jagalah hatinya agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.
jika dia rindu,
rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan
terjatuh dalam perjalanan panjang
meyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas
sehingga melupakan daku pada cinta hakiki
,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu
Ya Allah
kurniakanlah sahabatku
kesenangan,ketenang an,kecemerlangan
hidup di dunia akhirat kelak..
AMIN
22:29 | 0 Comments
Negara Mabuk Darah
Negara majoriti Muslim yang banyak mempunyai kes bunuh-membunuh sesama sendiri melalui tembak curi, serang hendap, menggempur atau bom berani mati setiap hari adalah seperti berikut:
Iraq, Sudan, Yemen, Algeria, Lubnan, Palestin, Somalia, Pakistan, Afghanistan, Chechnya, Dagestan, Turki dan Iran.
Banyak alasan mereka berikan untuk memerangi sesama-sendiri seperti PERBEZAAN FALSAFAH, FAHAMAN POLITIK, KESELAMATAN DALAM NEGRI dan DISKRIMINASI BUDAYA. FORMULA pihak bertentangan sama saja " AKU BETUL. KAU SALAH. KAU PATUT MATI ". Tak taulah dari mana mereka belajar formula ini.
Link ini menunjukkan bagaimana Puak "Wahhabi" Al-Shabab di Somalia membongkar perkuburan berhampiran masjid dan membiarkan tulang-tulang Muslimin ini bertebaran untuk dibaham anjing. Mereka mengharamkan solat di masjid-masjid yang mempunyai tanah perkuburan. Mereka menuduh puak Sunnah wal-Jamaah melakukan sembah kubur, amalan syirik dan sebagainya.
Kalaulah Puak Al-Shabab sampai ke Malaysia, nescaya 90% masjid-masjid kena tutup termasuklah Masjid Negara sebab ada kubur. Agaknya puak ni tidak pernah sampai di Masjid Nabawi di Madinah di mana terdapatnya makam Rasulullah, Sayyed Abu Bakar Al-Siddiq dan Sayyed Omar Al-Khattab dan juga perkuburan Baqi'. Kalaulah Puak Al-Shabab ni sampai di Madinah, agaknya pihak Wahhabi Saudipun akan lari lintang-pukang seraya berkata, " Ada jugak orang lagi terror dan lagi suci dari aku. ".
Sebenarnya kegilaan Somalia dalam bunuh-membunuh sesama Islam sudah lebih 30 tahun. Nyawa tiada nilai lagi. Tiada siapapun selamat - tua, muda, perempuan, lelaki maupun keldai. Siapa ada senapang, dia yang berkuasa. Kalau ada senapang besar atas jip Toyota, lagi power. Siapa yang ada DOLLAR AMERIKA hasil melanun, dialah raja. Malangnya, masing-masing menggunakan "ISLAM" sebagai topeng.
Mabuk darah Somalia dan Yemen berpunca dari BUDAYA MAKAN QAT, suatu jenis tumbuhan yang menghayalkan. Anak, emak, kakak, nenek, datuk, abang, laki, bos dan siapa saja dalam keluarga mengguna Qat. Apabila Qat tiba di tengah mana-mana bandar di Somalia, maka tiba waktu rihat dari perang selama 2 jam. Masing-masing menuju ke arah lori pembawa Qat. Jalan-jalan sunyi sepi dan tiada bunyi tembak-menembak kerana sibuk kunyah Qat. Nak tau apa itu QAT, sila ke link ini. Effect dia macam daun biak atau ganja. Otak jadi kaku dan tidak berupaya berfikir dengan waras.
Untuk sebahagian kaum Afghan ( Dari, Pashtu, Barui, Indeko atau Balochi ) samada orang kerajaan, kumpulan samseng atau sebahagian mujahidin, OPIUM bermakna POWER. Opium adalah cara hidup. Lagi banyak opium lagi banyak duit untuk beli senapang dan beli hamba ikutan. Dari sini juga asalnya agama sesat yang mempunyai puluhan juta pengikut seperti Ismaily, Brailvy dan Qadyani. Ini kerana budaya suka membohong, lantas suka pula mendengar kepada pembohongan, yang akhirnya dipercayai sebagai benar. Maka bunuh-membunuh akan bertopengkan Agama atau Melawan Penindasan Kaum.
Sebahagian daripada kaum Iraq, Iran, Turki dan Caucasus berbeza pula. Mereka ketagih kepada pertumpahan darah serta jeritan orang disiksa. Ketagihan ini berpunca dari budaya suka khianat-mengkhianat dan membalas dendam. Kawasan mereka belum pernah kenal AMAN sehingga ke hari ini sejak bertapaknya cicit Nabi Nuh yang engkar, iaitu Namrud Bani Assyur di situ. Kematian cucu Rasulullah, Sayyed Hussein juga di situ, iaitu hasil pengkhianatan puak Alaweyeen ( kini bernama Syiah ) yang meninggalkan beliau terkontang-kanting bersama-sama ahli keluarga di medan perang. Sebagai penyesalan perbuatan khianat mereka, mereka tumpahkan darah sendiri pada Hari Karbala. Tak boleh kalau tak tengok darah. Mereka mempunyai TOPENG-TOPENG yang sesuai untuk setiap jenis pengkhianatan.
Kawasan Utara Afrika termasuklah Mesir, Sudan, Algeria dan Libya adalah kawasan yang mempunyai kumpulan manusia yang rupa bengis dan perangaipun bengis. Tak taulah sebabnya. Mungkin kerana terlalu banyak makan daging, mungkin kerana tekanan hidup atau mungkin falsafah survival. Bagi puak yang bertelagah agak payah nak duduk berdepan dan berbincang. Bengis sama bengis mana boleh duduk sebilik. Cepat short-circuit sebab current overload. Jadinya, ambil lebih mudah. Siapa ada senapang akan menembak, siapa ada bom akan membedil dan siapa ada pisau akan menyembelih. Hati sama-sama kering, tapi TOPENG lain-lain.
Lain pula pe'el sebahagian kaum cicit Kanaan dan Aram di kawasan Sham dari kalangan kaum Yahudi, Lubnan, Jordan, Syria dan Palestin. Mereka berwajah tampan dan bermulut manis. Disebalik keindahan rupa, tersembunyi pula tabiat suka mencari helah dan tipu-daya untuk keuntungan. Siapa paling pandai belit, dia dikira berjaya di dalam GAME mencari harta. Rampas-merampas dan serang-menyerang hobi sampingan. Malam hari untuk bersuka-ria. Kematian dan pembunuhan adalah kesan sampingan yang biasa diTOPENGkan dengan pelbagai jenama seperti Agama, Pertahanan atau Falsafah.
Rumusan dari andaian saya
1. Mereka bangsa yang berani mati dan sanggup mati. Tidak kenal takut.
2. Matlamat mereka lebih penting daripada apasaja.
3. Mereka tidak berganjak jika inginkan sesuatu.
4. Mereka sangka apa yang mereka lakukan adalah benar.
Jika mereka teruskan sebegitu, mereka adalah kaum Muslim yang gagal kerana bertabiat yang buruk serta memalukan Agama Islam sendiri. Mereka sebenarnya mengamalkan budaya nenek-moyang mereka zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam, iaitu "AKU BETUL, KAU SALAH. KAU PATUT MATI.".
Jika mereka kembali ke jalan Allah dengan mengikuti akhlak Rasulullah, nescaya Islam akan kembali kukuh. Akhlak Rasulullah dan sahabat-sahabatnya membawa keamanan dan sillaturrahim. Tiada jalan yang lebih baik untuk berdakwah melainkan dengan akhlak yang baik.
Formula Rasulullah yang diamalkan dengan baik oleh sahabat-sahabatnya telah menyebabkan Islam berkembang di seluruh benua. Mereka berpegang kepada Al-Qoran dan Sunnah. Natijahnya, Umat Islam dihmuliakan kerana keadilan, keamanan, pengetahuan, kegigihan dan kemajuan.
Ertikata lain, Umat Islam dihormati kerana kebaikannya dan bukan kerana takut kepada kejahatannya. Itulah Umat Islam yang selayaknya menjadi khalifah di bumi.
Sumber: [Mann Trex, SIM]
09:36 | 2 Comments
It is time!
To all my friend, keep in touch. You might be in my headlines.
21:07 | 0 Comments
Keputusan Pilihanraya Kecil SIM
Keputusan Pilihanraya Kecil SIM telah pun diumumkan oleh Presiden SIM iaitu En. Hisham bertempat di R&R Awan Besar (Arah Klang). Sebanyak 65.8% dari 31,101 ahli SIM telah mengundi selama 4 hari bermula 1 April hingga 4 April 2009. Keputusan adalah seperti berikut.
AJK Kelab Sukan & Rekreasi SIM
Pengerusi
Mejar Kalam Pie
Timbalan Pengerusi
Mohd Fayzal Mohd Alli aka Superman
Setiausaha
Azalea Kamarudin
Penolong Bendahari
Muhammad Shahril Anuar B Muhammad Sultan
p/s: aku dapat undian sebanyak 3% tapi banyak juga tu beb. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mengundi.
09:13 | 2 Comments
Undilah Saya!
Assalammualaikum & salam sejahtera
Nama saya Zainuddin Bin Zainal. Berumur 27 tahun. Berasal dari Johor dan kini menetap di Cheras. Saya bertugas di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Saya merupakan lulusan sijil Politeknik dalam bidang Pengurusan Pelancongan.
Saya menyertai komuniti SIM setelah membuat group search di Yahoo! Groups dan terpikat pada pandangan pertama setelah melihat aktiviti-aktiviti kebajikan yang telah dilaksanakan oleh SIM & YPN.
Saya jarang memberi komen terhadap isu-isu yang dibicarakan di SIM kerana saya tidak mahu memberikan fakta yang membuta tuli. Ada juga segelintir ahli SIM yang menghantar private email kepada saya bagi mendapatkan pandangan tentang sesuatu perkara dan Alhamdulillah setakat ini saya telah menjawab segala persoalan mereka.
Saya mencalonkan diri saya merebut salah satu jawatan bagi Kelab Sukan & Rekreasi SIM adalah kerana :
- Saya mampu memberikan idea-idea yang bernas dalam membantu melaksanakan program-program yang bakal dijalankan.
- Saya menyasarkan sekurang-kurangnya 1 program dalam sebulan dapat dilaksanakan melalui kelab ini.
- Saya ingin memberi sumbangan terhadap masyarakat melalui aktiviti-aktiviti sosial seperti ini.
Kalau hendak dibuat perbandingan, memang saya jauh kurang pengalaman daripada calon-calon yang lain. Tapi perkara itu tidak melemahkan semangat saya. Apa yang lebih penting ialah saya mampu lakukan sesuatu untuk kelab ini. Dari pengamatan saya, dengan tertubuhnya kelab ini nanti SIM akan lebih kerap menjalankan aktiviti yang bersesuaian mengikut keadaan semasa.
Baiklah, cakap banyak pun otak boleh beku. Undilah saya jika anda rasa saya layak menjadi sebahagian dari AJK Kelab Sukan & Rekreasi SIM. Jika anda rasa saya tidak layak, undilah calon yang lebih layak. Jutaan terima kasih kepada yang telah mengundi walaupun tidak mengundi saya. Pada yang belum mengundi tu, anda masih ada masa sehingga 4 April 2009 jam 2 petang untuk mengundi sebagai tanda sokongan terhadap penubuhan kelab ini.
Terima kasih.
Undi mengundi sila click DISINI!
11:05 | 0 Comments
Budu lawan penuaan
MUNGKIN perkataan budu agak janggal atau dipandang sepi sesetengah orang.
Namun bagi peminat fanatik, ia dianggap makanan tradisi yang wajib ada dalam menu harian mereka.
Percayakah jika dikatakan budu iaitu sejenis cairan yang diperam dalam tempoh tertentu bersama ikan bilis atau pekasam lain dan enak dicicah bersama ulam-ulaman, boleh dijadikan antara medium terbaik untuk mencantikkan wajah seseorang?
Barangkali ada pihak yang tersenyum sinis namun kajian sekumpulan penyelidik di Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) membuktikan ia mampu direalisasikan.
Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, kajian terhadap budu menunjukkan ia mempunyai potensi tinggi dalam pertumbuhan sel kulit.
Selain membentuk sel biak terbaik terhadap kolagen serta bersifat elastin, budu dikatakan mempunyai nisbah 50 peratus dalam membantu dari segi antipenuaan.
"Berdasarkan penyelidikan terperinci mengenainya, proses sintesis terhadap kolagen didapati lebih baik daripada vitamin C berdasarkan kandungan makanan itu.
"Kulit perlu dilindungi daripada elemen negatif selain mengimbangi sel manakala bahan berkenaan juga mampu melindungi daripada pancaran ultra ungu matahari," katanya.
Menurutnya, Sirim sedang mencari pelabur atau peniaga dalam bidang kosmetik untuk melariskan formula yang dirintis.
Katanya, budu keluaran Ketereh antara ramuan tertua dan begitu sinonim dalam sajian makanan di negeri Pantai Timur, malah menjadi sajian di seluruh Semenanjung Malaysia.
Menggunakan BK sebagai singkatan Budu Kelantan atau Budu Ketereh pada rumusan produk yang bakal dilonjakkan, beliau berharap impian untuk melihat budu menjadi jenama popular satu hari nanti bukan hanya terbatas di Malaysia, bahkan melonjak ke luar negara.
Dia turut menafikan kesan penggunaan budu boleh menyebabkan kegatalan pada kulit atau menimbulkan bau kurang menyenangkan.
Baginya, kebanyakan produk berjenama dunia yang eksklusif juga mengandungi bauan yang tidak enak.
Menurutnya, penemuan saintifik yang diolah dengan bioteknologi terkini untuk menyah bauan yang kurang disenangi boleh dilakukan dengan campuran ekstrak tertentu.
Ramuan yang terdapat dalam budu mempunyai kandungan tertentu turut bergabung dengan ekstrak lain yang bersifat bebas radikal, tiada campuran kimia atau bahan pengawet yang memudaratkan tubuh.
Katanya, unsur yang digunakan seperti raksa atau plumbum diselitkan dan diseimbangi dalam tahap yang dibenarkan Kementerian Kesihatan.
"Kami berhasrat mensasarkan produk ini di kalangan masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang sendiri sebagai sasaran utama memandangkan budu berasal dari negeri itu. Tetapi kami tidak menolak jika ada pengusaha lain yang meyakinkan untuk menaik taraf budu ini ke tahap lebih tinggi.
"Keyakinan kami didukung kuat oleh sifat masyarakatnya yang sinonim dengan makanan berkenaan selain menunjukkan sikap jangan perlekehkan budu kerana ia mampu menjadi bahan terpenting dalam produk kecantikan.
"Bukan sekadar makanan, tetapi ia sekali gus mampu melakar sejarah tersendiri dalam dunia kecantikan yang tiada sempadan. Namun, kami ada cara dalam melonjakkannya untuk menjadi jenama terkenal dan perkataan budu itu tidak akan ditekankan jika dikhuatiri mengundang pandangan negatif segelintir masyarakat terhadapnya.
"Mungkin pendekatan yang diguna pakai untuk lebih komersial adalah proses penapaian bahan berasaskan marin untuk penggunaan kosmetik. Kami percaya ia akan melindungi atau memberi kesan terhadap pembaikan kulit secara perlahan-lahan.
"Berdasarkan kajian, keluaran yang baik adalah produk yang tidak memberi kesan terlalu cepat terhadap kulit wajah seperti didakwa sesetengah pengusaha produk kecantikan. "Mungkin ada bahan campuran kimia tertentu dan pengguna harus ada pengetahuan mengenai produk supaya tidak memberi kesan buruk kelak.
"Sebenarnya, kesan melebihi tiga minggu lebih memberi kesan berpanjangan bagi kebaikan kulit wajah," katanya.
Sebagai pertubuhan yang dipertanggungjawabk an terhadap aspek mutu atau piawaian dalam jenama atau pembuatan bahan di negara ini, Sirim turut meletakkan syarat tertentu kepada mana-mana syarikat yang bakal terpilih untuk meletakkan jenama berkenaan pada tahap sewajarnya kerana pelbagai aspek diambil kira sebelum 'menjual' formula itu kepada pihak pembeli.
Lebih membanggakan, usaha lapan penyelidik Sirim itu turut mendapat penghargaan di Jepun ketika persidangan di negara itu baru-baru ini yang mengiktiraf usaha dilakukan kumpulan penyelidik berkenaan yang dikatakan antara penyelidikan terbaik.
"Sebenarnya sewaktu menghadiri seminar dan membentangkan hasil penyelidikan di Jepun, kita berasa jauh ketinggalan dalam aspek teknologi berbanding negara lain termasuk Korea. Tetapi ia tidak menjadi halangan kepada kami untuk terus mengkaji pelbagai lagi penemuan baru untuk diketengahkan.
"Apa yang terpenting, aspek bioteknologi amat penting dalam memastikan ia bebas bahan kimia yang boleh memberi kesan tidak baik kepada tubuh seseorang. Untuk itu, kajian kami lebih mengutamakan aspek bahan tempatan yang boleh dikomersialkan, " katanya.
Menurutnya, jika beberapa jenama kecantikan dari luar negara begitu terkenal menggunakan bahan penapaian atau yang diperam bahkan ada yang berbau busuk, dia menyangkal BK yang menjadi penemuan pertama Sirim akan ditolak.
Sebagai ketua penyelidik, Hamidah tidak menolak tanggapan mungkin budu menjadi penyebab beberapa aspek lain seperti kebanyakan wanita Kelantan mempunyai tekstur kulit lebih menarik atau ia mungkin atas faktor genetik.
"Mungkin kajian pihak lain boleh membuktikannya apabila ada yang mengatakan ramai golongan cerdik pandai terdiri daripada orang Kelantan mungkin disebabkan budu menjadi sarapan mereka.
"Ia ada seribu kemungkinan cuma kajian kami hanya menjurus kepada budu sebagai satu aspek penapaian yang boleh jadi formula menarik dari aspek kecantikan," katanya.
07:49 | 1 Comments
Keistimewaan Untuk Penderma Darah
1 kali menderma darah.
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
2 - 5 kali menderma darah.
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan. Percuma bagi pelalian Hepatitis B.
6 - 10 kali menderma darah.
Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
11 - 15 kali menderma darah.
Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
16 - 20 kali menderma darah.
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.
21 - 30 kali menderma darah.
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.
31 - 40 kali menderma darah.
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.
41 - 50 kali menderma darah.
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.
Lebih 50 kali (bagi penderma darah & 150 kali bagi penderma aferesis).
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas tempoh 10 tahun di wad satu.
13:25 | 0 Comments
Mengenali Seseorang
dari MawarCute
13:03 | 0 Comments
Wahai gadis muda, engkau semakin tua
Kehidupan manusia sentiasa bergerak ke hadapan, tanpa melihat ke belakang dan masa itu tidak boleh berundur. Sekiranya kalam itu sudah tertutur, tidak mampu untuk ditarik balik. Sekiranya perbuatan itu sudah terlanjur, juga tidak mampu untuk ditarik balik. Wahai gadis muda, engkau semakin hari semakin tua. Engkau tidak mampu menahan masa daripada terus bergerak sepertimana engkau tidak dapat menahan bumi ini daripada beputar.
Engkau juga tidak mampu menahan matahari daripada terbit atau tenggelam. Semua inilah yang menggerakkan masa itu. Kehidupan muda hanya sementara, dan kecantikan semasa muda itu akan hilang dengan cepat. Sekiranya engkau merasakan umur 22 tahun itu ialah paling cantik, ia akan hilang apabila engkau berumur 23 tahun. Tempoh kecantikan itu hanyalah setahun.
Adakah engkau merasakan kecantikan itu berterusan? Wajah muda itu tidak selamanya begitu. Engkau tidak dapat menahan umur itu daripada meningkat. Engkau tetap akan tua, atau mati ketika masih muda. Apakah bekalan engkau ketika itu? Wajah muda engkau? Segalanya langsung tidak berguna. Muka itu tetap dimakan ulat, dan badan itu tetap dimamah
tanah.
Sekiranya engkau diberikan umur oleh Allah supaya dipanjangkan lagi, muka muda itu pasti akan hilang dan digantikan dengan muka tua. Sekiranya engkau berusaha mengekalkannya, engkau hanya muda pada cermin, sedangkan tubuh engkau tetap mengakui bahawa engkau adalah orang tua yang terasa muda.
Walaupun begitu, petua untuk mengekalkan muda itu tetap ada. Walaupun umur itu semakin tua, iman itu tidak pernah tua. Bahkan ia semakin tebal dan matang. Iman itu tidak akan berkurangan disebabkan kurangnya umur, tetapi ia kurang disebabkan kurangnya amalan. Kalau engkau hanya gilakan kecantikan dengan mengenakan pelbagai lotion, ia akan hilang dengan mudah. Tetapi sekiranya kecantikan itu kurniaan Allah dan ia dihiasi oleh iman di dalam diri, ia akan kekal selamanya.
Carilah kecantikan yang sebenar. Ia tidak ada pada lotion yang bertimbun, tetapi ia milik Allah Yang Maha Cantik, dan Allah sukakan benda yang cantik dengan Iman. Tetapi, engkau jangan lupa wahai gadis muda, walaupun hari ini engkau merasa engkaulah orang paling cantik pada pandangan manusia yang buta, Allah mampu menghilangkannya dengan cepat.
Seorang gadis cantik pada mata manusia, apabila mengalami kemalangan dan mengubah mukanya. Seorang gadis cantik pada mata manusia, apabila terkena penyakit kulit, terus mengubah mukanya. Tetapi, sekiranya ia mempunyai iman, dia masih cantik dan terus cantik pada pandangan Allah, dan Allah berkuasa untuk mencantikkan rupanya kembali!
Oleh itu, sekiranya engkau tidak mahu mencantikkan diri dengan iman, engkau akan hodoh disebabkan dosa. Kecantikan pada pandangan manusia yang buta itu akan hilang sekelip mata, dan Iman di dalam hati itu bukanlah diukur dengan mata manusia yang buta itu, dan inilah kecantikan sebenar.
11:43 | 1 Comments
Gangguan Bekalan Air
Kerja pemasangan strainer, injap di beberapa kawasan Kuala Lumpur, Selangor
KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air berjadual akan berlaku di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor mulai 27 Mac hingga 1 April ini.
Kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), menyebut antara kawasan di Wilayah Gombak yang terbabit ialah Taman Keramat Permai (AU1), Taman Keramat AU2, Taman Keramat AU3, Taman Keramat AU4, Taman Keramat AU5.
Seluruh Flat Jalan Enggang, seluruh Jalan Enggang Timur, seluruh Jalan Enggang, Keramat Wangsa, seluruh Kelompok Menara PKNS, Ukay Perdana dan Kampung Kemensah.
Bagi wilayah Kuala Lumpur, kawasan terbabit adalah Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Kent, Jalan Gurney, Kementah, Pulapol, Wisma Tanah, JUPEM, Felda, UTM, Pusat Latihan Telekom, Jalan Ampang Hilir, Jalan U-Thant, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Taman Putra Sulaiman, Taman Cahaya.
Taman Pandan Cahaya, Taman Dagang, Taman Shamelin, Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Bandar Tasik Permaisuri, Kawasan Desa Pandan, Taman Cheras Utama, Taman Pandan Perdana, Taman Kencana, Taman Pandan Indah, Taman Pandan Komersial, Kawasan Pandan Utama dan Pandan Mewah.
Gangguan disebabkan kerja pemasangan strainer dan injap altitude di kolam sedut AU3 baru bermula 27 Mac jam 8 malam hingga 7 pagi keesokannya.
Kawasan di Wilayah Petaling yang mengalami gangguan pada hari sama ialah keseluruhan USJ 1 hingga 27, Sime UEP Subang Jaya, Putra Bestari, Keseluruhan Taman Perindustrian USJ, Jalan Jurutera-Puchong, Kampung Kenangan-Puchong, Kampung Sri Langkas-Puchong.
Gangguan di Wilayah Petaling disebabkan pemasangan Water Balance Meter di paip MS berhampiran kolam Sime UEP, Petaling. Ia bermula jam 5 petang sehingga 9 pagi keesokannya.
Gangguan di Wilayah Sepang, Wilayah Petaling dan Wilayah Kuala Langat bermula 31 Mac jam 5 petang hingga 8.30 pagi keesokannya, disebabkan kerja Water Balance Meter di paip MS di Jalan Batu 18, Sungai Rasau, Sepang dan pemasangan Water Balance Meter di paip MS di Jalan Kampung Sungai Rasau, Sepang.
Wilayah Sepang yang terbabit adalah IOI Marriot Hotel, Ibu Pejabat Lembaga Lebuhraya, UNITEN, IKRAM, Depoh SHELL, Taman Meranti Indah-Puchong, Kg Sg Rasau-Puchong, Kg Pulau Sebok-Puchong, Taman Putra Perdana-Puchong.
Taman Nusa Putra-Puchong, Taman Mas-Puchong, Desa Air Hitam-Puchong, Taman Meranti Jaya-Puchong, Taman Tasik Prima-Puchong, Taman Impiana-Puchong, Taman Impian Saujana-Puchong, Taman Kipark-Puchong dan Kawasan Puchong Dalam/Pulau Meranti-Puchong.
Wilayah Petaling yang turut terbabit adalah Hospital Serdang dan Taman Tekali dan di Wilayah Kuala Langat di Saujana Putra.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL jarak dan aduan ke 39222, atau melayari laman web SYABAS di www.syabas.com. .my.
09:50 | 0 Comments
Candle light dinner in the dark sempena Earth Hour
07:56 | 0 Comments
Ibu 6 anak perlukan bantuan segera
FOTO : Wajah keluarga ini tidak dapat didedahkan atas sebab-sebab keselamatan
Pada hari Khamis 5hb Mac 2009 Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) telah menerima email dari seorang sahabat bernama Atty Rahim (email : attyrahim@gmail. com ) menceritakan mengenai kes seorang ibu yang dalam kesempitan dalam membesarkan 6 orang beliau yang berusia 2 hingga 12 tahun. Dua beradik terpaksa berkongsi pakaian, maknanya jika abang memakai baju, adiknya terpaksa berbogel.
Kes ini kemudiannya dirujuk kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah untuk tindakan lanjut. Pada hari Sabtu 7hb Mac 2009 kira-kira jam 5.00 petang rombongan yang terdiri dari urusetia SIM dan juga pihak yayasan telah melakukan lawatan ke lokasi. Dari siasatan dan soaljawab didalam pertemuan hampir 2 jam tersebut jelaslah bahawa keluarga ini benar-benar memerlukan bantuan segera. Antara perkara-perkara yang kami kenalpasti dalam kes ini ialah :
1. Keluarga berkenaan hidup dalam ketakutan kerana sebelum ini terlibat berhutang dengan Along kerana perlukan belanja persekolahan anak-anak.
2. Hidup menumpang di flat yang disewa dari orang lain.
3. Persekolahan anak-anak terganggu akibat kemiskinan
4. Anak-anak hanya minum teh O bagi menggantikan susu
5. Hutang tertunggak sewa rumah, api dan air sudah mencecah RM1,000
Sebagai langkah segera pihak Yayasan Pembangunan Nurhikmah telah menyumbangkan RM1,000.00 dari Tabung Kecemasan YPN sebagai membantu keluarga ini menyelesaikan hal-hal berkaitan makan minum serta keperluan asas yang lain..
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah merayu anda sekelian untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga ini samada melalui akaun yayasan atau menghubungi En Ahmad Fadzil ditalian 012-2968649 . Semua bentuk bantuan adalah dialu-alukan samada pakaian, makanan atau wang tunai
Sumbangan wang tunai boleh disalurkan melalui akaun berikut :
| No. 16-3, Jalan Mesra Niaga, |
| Taman Mesra, |
| 43000 Kajang, |
| Selangor Darul Ehsan. Telefon : 03-87332411 Fax : 03-87332967 Laman web : www.nurhikmah. org.my EMAIL : presiden@nurhikmah. org.my |
13:26 | 2 Comments
WACANA
WACANA : Berkongsi Keprihatinan Masa Depan : Syariah Penyuluh Kehidupan Seimbang
Dewan Hadhari ,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur
- Menjelaskan konsep keadilan dan kesaksamaan dalam hubungan kekeluargaan lelaki dan wanita menurut perspektif syariah Islam
- Memperincikan huraian Al-Quran mengenai `nusyuz' suami dan isteri serta saranan penyelesaiannya.
- Mencadangkan strategi penambahbaikan implementasi sistem perundangan syariah khususnya berkaitan kekeluargaan di Malaysia
| Masa | Tentatif |
| 8.00-8.30 pagi | Pendaftaran & sarapan pagi |
| 8.30-9.00 pagi | Perasmian Majlis oleh Ketua Penolong Pengarah JAWI |
| 9.00-9.40 pagi
| Ucaptama : Keadilan & Kesaksamaan dalam Kehidupan Berkeluarga menurut Perspektif Syariah Oleh: Ybhg. Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj (Ketua Wanita JIM Pusat) |
| 9.40-10.10 pagi | Kudapan & Sidang Media |
| 10.10-10.40 pagi | Pembentangan (1) Huraian Al-Quran tentang Nusyuz Suami & Isteri : Pengertian & Penyelesaian Oleh : Ustaz Alias Othman Pensyarah Pengajian Islam Cyberjaya University and Medical Sciences (CUCMS), bekas pensyarah dan Prof Madya Akademi Islam UM |
| 10.40-11.30 pagi | Sesi Soal Jawab |
| 11.30-12.30 tengahari | Pembentangan (2) Penambahbaikan Implementasi Sistem Perundangan Kekeluargaan Syariah di Malaysia : Satu tuntutan Oleh : Puan Sazira Abdul Aziz Peguambela dan Peguamcara, Peguam Syarie |
| 12.30-12.45 tengahari | Sesi Soal jawab |
| 12.45-1.00 tengahari | Rumusan oleh Puan Hajjah Faridah Maludin Pengurus Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga Islah (PAKSI) Wanita JIM Pusat |
| 1.00 tengahari | Makan tengahari & Bersurai |
15:52 | 0 Comments


