Very Inspirational
Sebahagian dari kisah hidup seorang manusia yang memberi sedikit inspirasi kepada aku. Salah satu dari impian aku ialah menjadi seorang fotografi. Bacalah.
Detik Permulaan
Selepas tamat SPM saya melanjutkan pelajaran saya di Politeknik dan megambil jurusan Diploma Kejuruteraan Awam, tapi saya tidak dpt meneruskan pegajian saya atas sebab emak saya kita itu dlm keadaan yg cukup membinbangkan. Jadi saya telah megambil keputusan untuk menjaga emak saya walaupun saya tidak dpt melanjutkan pelajaran saya ke menara gading. Tapi tuah ayam nampak di kaki tuah maknusia siapa yg tahu. Selepas emak saya pulih dari sakitnya yg teramat merbahayakan nyawanya. Saya mendapat pangilan dari sebuah Syarikat Post-production House yg belokasi di Taman Melawati. Dimana syarikat itu inginkan seorg pelukis Storybord kiranya grafik artis. Jadi skill lukisan saya tidak lah sehebat Hasan mutalib, walaupun beliau adalah salah seorg edola saya. Jadi saya mula berkerja di syarikat itu dgn berbekalkan sebarang ilmu.
Syarikat tersebut banyak megajar saya erti Pre-post dan Post dan alat² yg digunakan cukup gempak masa itu. Tugas saya ketika itu kerna siapkan beberapa keping storybord untuk menghasilakan LOGO terbaru TV2 masa tu. Alhamdullilah jalan cerita saya diterima pakai dan telah memenagi Anugerah Montage terbaik untuk Opening Logo TV2. Masa tu 3D animasi di hasikan oleh kawan saya di pos house tersebut. Tapi kami bangga titik peluh penat perah otak untuk menghasilkan LOGO terbaik berbalas.
Dari situ lah saya kenal apa itu 3D Animasi dan cara penghasilan ke Broadcast. Dan saya di ajar menggunakan 3D software iaitu TDI. Memang rumit kerna saya tiada sebarang latar belakang 3D. Jadi untuk meyakinkan lagi bos saya ketika itu… saya telah megambil keputusan untuk membuat Model 3D Enjin. Dgn penghasilan tersebut saya telah mula mendapat satu tugasan untuk memodel dan mempromosikan salah satu alat di pangil Skycold… alat penjimat minyak ketika itu. Syukur allhamdullilah saya telah membuat client saya terseyum lebar. Dan dgn penghasil Animasi pertama saya itu telah memajukan lagi syarikat penggeluaran alat tersebut.
Melanjutkan Pengajian
Syukur kepada allah… saya telah di hantar ke singapore untuk melanjukan pengajian saya di sana dgn jurusan Animation Design Teknic. Saya belajar sambil berkerja di salah sebuah syarikat disana. Itu pun opis kawan baik bos saya di malaysia pada masa tu. Pagi belajar ptg masuk post house buat kerja. Nak sara hidup di sana memang kena kerja kuat. Software kedua saya pelajari 3D Studio, dan job kedua saya dan pertama di singapore adalah menghasilkan Opening Hank YU Jaya… dgn animasi 3D. Beg plastik berjalan menunjukan persekitaran pasaraya tersebut. Tapi tak lah memenagi hadiah apa². Animasi ketiga saya menghasilkan Opening Montage perlawan Bola antara Singapor dgn Selangor. dan montage tersebut telah manarik bayak perminat bola sepak ketika itu.
Selepas selesai pegajian saya… saya kembali ke Malaysia dgn semagat untuk memajukan anak bangsa saya dibidang 3D Animasi. Kalau tak salah saya ketika itu di Kuala Lumpur 3D softawe belum lagi ada. Dan berita yg saya terima LOGO pertama TV3 dibuat diluar negara.
Kembali Ke Malaysia Apa saya buat
Beli Nikon F10 layan Filem, bukak kelas untuk student² yg ingin belajar 3D software. Mempelajari seluk belum dlm bidang Video editing. Dan pernah jadi videograper untuk majlis² koperat… Assisten je. Penghasilan 3D Walkthrough untuk Opening Dewan University Malaya. Tapi sedihnya persembahan saya tu tak dpt di pertontonkan di depan Sultan, kerna masalah teknical di UM ketika itu… degar kata Projecktor yg terbesar ketika tu terbakar. Selangkah demi selangkah saya menerukan cita² saya di bidang Pernerbitan 3D dan Video. Allhamdulilah dapat lagi job Character animation untuk RTM 1 dgn 3 episode untuk di tayangkan pada bulan puasa… Kalau tak salah year 2004.
Melibatkan diri dlm dunia Photo
Detik permulaan saya ketika saya study dulu… almaklumlah time tu memang tak de duit nak beli camera. so kenalah pinjam kekawan shoot texture² untuk digunakan untuk 3D modelling. Jadi minat pasal photoshoot ni bayak pada subjek bukan org. Jadi saya berazam untuk mempelajari bidang Photo di Rizuan Photo ketika itu… walaupun shoot kos tapi mula berminat untuk snap subjek maknusia. Selepas habis belajar di Rizuan Photo saya memasuki beberapa kelas anjuran Bangsa lain seperti Cina dan India. Tapi saya banyak mempelajari teknic outdoor dan indoor shoot serta pendedahan pengcahayaan dgn betul. Masa tu zaman Filem kodak so kenalah beli kodak Asa 200 banyak².
Kini dan selamanya insyallah
Saya telah pun membuka syarikat saya sendiri dgn nama EXTRUMEDIA DESIGN… dgn dulunya bernama spirits digital video. Dulunya saya mempunyai dua teman rapat yg sama² berjuan untuk memajukan bidang yg kami ceburi iaitu Wedding Photo. Tapi sepas saya Jatuh sakit dan telantar di Hospital dan di rumah selama hapir sebulan… kedua kawan saya tersebut menjauhkan diri dari saya kerna takut badi yg ada pada saya akan memudaratkan mereka… Itu kata mereka pada saya. Saya berdoa untuk bangkit kembali selepas saya sembuh nanti. Syukur allhamdullilah dgn tulang empat kerat saya memajukan kembali Syarikat saya dgn seorg diri. Allhamdulilah saya kini sudah kembali seperti sedia kala… dan akan terus memajukan kembali apa yg saya telah tertinggal ketika saya jatuh sakit dulu.
Siapa Team di dlm EXTRUMEDIA dan Associat
Orang kuat dlm Extrumedia… Arey, Anajin, Zaky, Izat… walaupun mereka ni ada company sendiri. Saya tetap menghormati mereka sebagai seorg sahabat dan teman seperjuagan perniagaan… dan pada Associat saya Azlee, Jess,Izam yg banyak sangat memahami saya. Saya cukup berterima kasih pada semua.
For more info CLICK



Post a Comment