feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Hujung Minggu Yang Bosan

28 Jun 2008, 12.30am (mengikut jam di laptop)

Biasanya pada waktu-waktu begini aku telah jauh memandu melihat kehidupan malam di sekitar Kuala Lumpur. Masuk Jalan Chow Kit, Lorong Haji Taib, Bukit Bintang dan sekitar Ampang. Jalan-jalan cari ketenangan kata orang. Pada waktu itu kehidupan bujang yang cuba mencari erti sebuah kehidupan yang sebenarnya. Tidak kisah tentang wanita mahu pun tentang percintaan.

Malam ini, aku masih keseorangan di dalam bilik yang cukup luasnya untuk aku berehat. Tiada destinasi untuk ditujui. Tiada aktiviti untuk dilakukan. Tiada sesiapa untuk menemani kesepianku. Fikiran jadi mati bila duduk bersendiri. Untuk mencari idea pun perlu mendapat pandangan dari orang lain. sekurang-kurangnya dari teman berbual.

Kalau diikutkan hati hendak sahaja aku keluar walaupun sendiri. Tapi kemana pula hendak aku tujui? Tidak ada maknanya memandu seorang diri melihat kehidupan malam Kuala Lumpur. Aku hanya akan berakhir dengan kebosanan dan mengantuk ketika memandu.

Awek? Haha…mana ada awek. Walaupun ramai gadis cantik di pangsapuri ni tapi tidak memberi apa-apa pengertian jika bukan milik aku pun. Daya memikat aku tidak seperti dulu. Mungkin kesan dari kisah putusnya percintaan lalu. Bukan aku tidak ingin mendekati atau cuba memikat tapi tahap keseganan melebihi dari apa yang aku sangkakan. Mungkin juga kerana sifat merendah diri aku yang sejak akhir-akhir ini sering aku ucapkan.

Kenapa aku bosan? Aku sendiri tidak ada jawapan yang pasti. Kalau di JB ada juga tempat yang boleh aku pergi. Tapi di KL ni ke mana aje yang dapat aku jejak. Mungkin dah tiba masanya untuk aku cuba menjadi seperti dulu. Menjadi seperti sudin. Perlukah?





0 comments:

Post a Comment

English Premier League

free download

Here In My Home

free download