KESIHATAN MENTAL
Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mentalm tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.
Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi:
*
Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.
*
Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya.
*
Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.
Ciri-ciri kesihatan mental yang positif
Terhadap diri sendiri
*
Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
*
Berupaya mengawal perasaan.
*
Sanggup menerima kegagalan.
*
Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral.
*
Menghargai diri sendiri.
Terhadap orang lain
*
Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
*
Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
*
Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
*
Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.
Terhadap cabaran
*
Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
*
Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
*
Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
*
Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.
10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif
*
Menerima kenyataan diri secara realistik.
*
Mengendali masa dengan baik (time management)
*
Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
*
Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
*
Menjaga kesihatan fizikal.
*
Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
*
Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
*
Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
*
Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
*
Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu.
Akibat Kesihatan Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami:
*
Perasaan rendah diri.
*
Tekanan dalam hidup.
*
Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
*
Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
*
Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
*
Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak / pasangan, buli jalanraya, buli sekolah)
*
Peningkatan risiko penyakit mental.
Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia



Post a Comment