One of the loser (was)
Perhatikan gambar di atas. Berdiri sebelah kiri sekali. Nama dia Ellyas Bin Edros. Aku panggil dia buncit atau lebih senang dipanggil Lias. Siapa Lias ni?
Lias adalah rakan sebilik aku sewaktu menetap di Tmn. Shamelin Perkasa ketika sama-sama menuntut di KPTM dulu. Wajahnya sentiasa ceria sentiasa cool. Dia sering menjadi mangsa buli teman sebilik yang lain. Aku pun kadang-kadang join sekali.
Entah dah berapa lama agaknya tak jumpa dia. Sama seperti aku, Joe & Lan, Lias juga gagal menamatkan pelajaran di KPTM. Hanya gemuk (Daus) saje yang berjaya. Kini Lias berkhidmat di Universiti Malaya sebagai Pembantu Tadbir di Jabatan Alumni. Rezeki dia di sana. Rezeki aku disini. Apa pun aku ucapkan selamat maju jaya untuk Lias.



Post a Comment