Setiap perkara bersebab.
Walaupun dia terlalu istimewa untuk aku lepaskan namun aku sedar bukan aku yang dicintainya. Entah mengapa kisah percintaan aku penuh liku yang berduri. Hari ini dia katakana rindu. Esok lusa dia katakan pula benci. Makin aku cuba untuk memahaminya semakin aku tidak mengerti.
Rasanya aku dah paham sekarang kenapa reza bertanya “apa keputusan kau?”. Keputusan sama ada aku harus meneruskan hubungan ini atau menamatkannya. Setelah aku mengkaji dengan mendalam perbualan antara reza dan dia aku tau apa yang harus aku buat. Kini keputusan terlatak ditangan aku bukan lagi ditangan dia atau orang lain.
Demi untuk menjaga hubungan baik ini, untuk tidak menjadikan keadaan lebih buruk, aku akan hilangkan diri dari hidupnya. Untuk sekali lagi aku akan korbankan diri dan kebahagiaan aku sendiri. Untuk sekali lagi aku sedar bahawa aku tiada tempat dihati sesiapa pun. Aku sedar akhirnya apa yang dia lakukan selama ini hanyalah kerana untuk menghilangkan kebosanan. Hanya untuk suka-suka.
Tapi aku tak marah. Aku anggap segala yang berlaku adalah dugaan dalam hidup. Aku masih tetap gembira dengan apa yang aku miliki kini. Walaupun tidak selengkap yang aku impikan tapi memadai jika aku masih tetap dapat hidup dengan tenang, aman dan gembira.
Dia selalu kata “carilah kebahagiaan sendiri agar awak tidak sunyi lagi”, tapi dia tidak sedar betapa kesunyian itu telah menjadi kebiasaan dalam hidup aku. Aku pernah mengecapi kebahagiaan seperti yang diimpikan setiap insan. Walaupun hanya sementara suah cukup untuk memuaskan hati aku. Tidak perlu untuk aku bahagia selamanya. Cukup sekadar aku tahu erti kebahagiaan yang sebenar.
Setiap yang berlaku memang bersebab. Dan aku percaya banyak sebabnya setiap hal yang berlaku dalam kehidupan aku. Aku sentiasa berpegang pada kata-kata “Allah lebih tau apa yang terbaik untuk umatnya”. Walaupun yang berlaku itu adalah sesuatu yang buruk, itulah yang terbaik untuk diri aku. Keburukan itulah yang mengajar kita tentang erti kehidupan yang sebenarnya.
Dari itu aku belajar menerima segala yang terjadi. Aku tidak lagi merungut dan menyalahkan takdir. Aku lebih terbuka dan redha akan ketentuan Tuhan. 3 perkara ini telah menjadikan diri aku lebih baik dari sebelumnya. Menjadikan aku seorang manusia yang manusia. Menjadikan aku lebih matang dalam setiap tindakan. Menjadikan aku lebih gembira. Hidup ini memang indah kan.



Post a Comment