feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Kenaikan harga petrol dan diesel.

Pengumumam kerajaan akan kenaikan harga petrol dan diesel memberi respon yang pelbagai dari kalangan rakyat Malaysia. Apa yang nyata kenaikan ini memberi impak yang buruk terhadap golongan berpendapatan rendah. Mungkin ramai yang tidak sedar akan punca sebenar kenaikan ini.

Kenaikan harga bekalan bahan api dunia menjadi alasan kepada kerajaan atas kenaikan ini. Sebelum aku menggali lebih dalam mengenai perkara ini mari kita kaji dulu keadaan ekonomi dan kestabilan politik Negara.

Pilihanraya umum PRU yang lalu telah membuktikan rakyat semakin menolak kerajaan yang memerintah Barisan Nasional. Aku berpendapat bahawa rakyat yang menolak BN telah membuat keputusan yang bijak. Ini kerana korupsi dalam BN bukan lagi rahsia walaupun amat sukar untuk memberi bukti-bukti yang sahih. Setelah berakhirnya PRU kita semua dapat lihat perpecahan yang berlaku dalam BN terutamanya UMNO dan MCA. Ini jelas membuktikan bahawa BN semakin rapuh dan semakin goyah.

Disebalik perpecahan yang berlaku dalam BN ini ada pula pihak-pihak yang cuba memesongkan tumpuan rakyat kepada Barisan Alternatif, BA dalam menunaikan janji-janji mereka yang terdapat di dalam manifesto pilihanraya. BA diuji dengan kuat apabila mereka dikatakan gagal menunaikan janji manifesto yang diharapkan rakyat dapat membantu mengurangkan beban mereka. Aku berpendapat bahawa BA seharusnya diberi masa sehingga tamat sepenggal pemerintahan mereka untuk menunaikan janji manifesto mereka itu.

Adalah tidak adil jika janji manifesto mereka harus dilaksanakan dalam sekelip mata. Ini kerana banyak factor perlu diambil kira terutamanya apabila sesuatu perkara itu melibatkan banyak pihak. Aku melihat orang-orang yang menyerang ini sebagai tali barut BN dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang baru setahun jagung dibentuk. BN sendiri mengambil masa hampir sedekad dalam usaha menjadikan Negara sebagai sebuah Negara membangun dan maju.

Ini nyata menunjukkan bahawa masih ada segelintir pihak yang tidak boleh dan tidak memberi ruang kepada perubahan politik Negara. Kita seharusnya maklum untuk maju kita harus berubah. Perubahan ini pada aku merupakan sesuatu yang positif dan bagus untuk Negara.

Ekonomi Negara pula berada pada tahap yang baik. Ini kerana kadar inflasi masih berada di paras bawah 5%(dijangka mencecah 6%). Aku bukan pandai sangat bab ekonomi ni tapi ada juga tau sikit-sikit tentang inflasi. Kita juga dapat lihat akan kemampuan rakyat membeli dan mempunyai kenderaan. Kenderaan boleh dianggap sebagai satu kemampuan walaupun hanya memiliki sebuah kereta perodua kancil / kelisa.

Berbalik pada topic kenaikan harga bahan api tadi. Aku berpendapat bahawa kenaikan ini disebabkan beberapa factor lain selain dari kenaikan harga bahan api dunia yang kini mencecah us$150 setong. Beberapa perkara telah aku selidiki sebelum aku menulis blog ini.

1) Pengumumam kerajaan BN untuk membina beberapa projek mega dalam satu masa adalah tidak relevan dan tidak memberi manfaat jangka pendek kepada rakyat.

2) Kenaikan barangan makanan sebelumnya boleh dilihat sebagai tekanan dari kerajaan BN terhadap rakyat atas kekalahan teruk dalam PRU yang lalu.

3) Skandal dan korupsi politik cuba ditutup dengan mengalihkan perhatian rakyat terhadap kenaikan harga barangan dan bahan api.

4) Pembaziran wang cukai rakyat yang dilihat sejak dulu lagi tetapi diyakinkan oleh kerajaan sebagai satu pelaburan yang akhirnya tidak memberi apa-apa manfaat terhadap rakyat.

5) Kelemahan orang nombor satu dalam pentadbiran Negara yang dilihat mudah dipengaruhi oleh individu-individu tertentu untuk kepentingan peribadi.

Ini mungkin cuma sebahagian dari apa yang boleh aku fikirkan. Apa yang nyata jika dikaji dengan lebih mendalam, Negara kita ini semakin tidak selamat terutamanya dengan kenaikan peratus kadar jenayah. Demonstrasi jalanan juga semakin berleluasa sebagai bantahan terhadap dasar-dasar kerajaan yang jelas merugikan rakyat dan Negara.

Apa yang aku coretkan disini merupakan pandangan peribadi aku sahaja. Aku tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan aku sendiri tidak berniat untuk mempengaruhi sesiapa. Kebebasan bersuara di Malaysia tidak lagi dianggap sebagai satu kebebasan tetapi dianggap sebagai penyebar fitnah dan cuba menimbulkan huru-hara. Aku tidak senang dengan keadaan ini kerana kita semakin jauh dari prinsip asal demokrasi. Demokrasi adalah suara rakyat. Jika suara rakyat tidak lagi boleh diluahkan maka tida gunanya demokrasi diamalkan lagi di Malaysia.

Mungkin lebih sesuai jika dikatakan kita tidak jauh bezanya dengan system komunisme atau apertid. Atau mugnkin juga kita lebih hampir kepada system yang digunakan di Negara-negara barat. Sebagai seorang rakyat aku juga ingin melihat Negara ini dalam keadaan aman dan damai. Tapi aku tidak pasti kepada siapa harus aku percaya. Adakalanya aku seperti ingin keluar sahaja dari Negara ini. Mencari rezeki di tanah lain. Dengan itu aku secara langsung tidak terlibat dengan dunia kotor politik. Cukup sekadar mengikut sahaja undang-undang yang telah diperuntukkan.

Sebagai rakyat, kita berhak menentukan masa depan Negara kita sendiri dengan memilih pemimpin yang betul-betul telus dan jujur. Pada fikiran aku, tidak mustahil suatu hari nanti Negara kita akan menjadi seperti Thailand atau Indonesia dimana rakyatnya hidup susah dan jurang perbezaan antara rakyat yang kaya dan rakyat yang miskin semakin jauh. Pada waktu itu dasar untuk menghapuskan kemiskinan tidak akan lagi dibincangkan di parlimen.

Kepada kawan-kawan yang baca blog aku ni aku harap kalian dapt membuka minda dan berfikiran dengan jauh untuk menyelamatkan Negara kita ini dari sebarang kekecohan yang akhirnya akan meletakkan kita semua dalam peperangan. Hanya rakyat yang dapat mengubah keadaan Negara ini.





0 comments:

Post a Comment

English Premier League

free download

Here In My Home

free download