feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Apa Sudah Jadi???

Dalam 2 bulan kebelakangan ini kerajaan sering membuat pengumumam yang mengejutkan semua pihak. Mula-mula tentang larangan menjual petrol & diesel kepada rakyat asing yang aku sifatkan sebagai bermain tarik tali. Sekejap larang, sekejap lagi bagi satu tempoh, sekejap dibenarkan jualan dengan harga penuh.

Kemudian diumumkan pula tentang kenaikan harga petrol & diesel yang pada tanggapan ramai hanya akan diumumkan bulan Ogos nanti. Kenaikan ini telah memberi impak yang besar dimana beberapa jam selepas pengumumam kenaikan itu beberapa sektor industri dalam negara turut mengumumkan kenaikan kos dan kenaikan kadar tampungan perbelanjaan.

Keadaan ini telah mengakibatkan kacau bilau dalam Negara yang diketahui umum berpunca dari sistem pentadbiran PM tidur kita. Perubahan yang mendadak ini bukan sahaja bakal menjadikan rakyat hidup dalam kesusahan bahkan dalam beberapa tahun yang akan datang memungkin kenaikan inflasi mencecah 10% dimana ketika itu kita tiada bezanya dengan negara-negara miskin yang lain.

Pengangguran akan lebih meningkat kerana ketidakupayaan industri menggaji pekerja yang ramai akibat dari menanggung bebanan kos industri yang tinggi. Jadikah apakah nasib para graduan kita yang masih menuntut pada masa depan sedangkan kita masih lagi dibarisi graduan menganggur yang berjumlah puluhan ribu.

Kemudian diumumkan pula pembayaran gaji kakitangan kerajaan 2 kali sebulan yang pada hemat aku diumumkan pada masa dan ketika yang tidak sesuai. Dalam keadaan rakyat yang masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kenaikan bahan api pastinya memberi bebanan yang lebih lagi. Jika gaji dibayar 2 kali sebulan, adakah potongan KWSP juga akan dipotong 2 kali sebulan?

Tidak mustahil akan ada lagi pengumumam yang memeranjatkan selepas ini kerana tindak-tanduk kerajaan seolah-olah terdesak dengan apa yang dilaksanakan. Entah apa pula nak jadi lepas ni.




0 comments:

Post a Comment

English Premier League

free download

Here In My Home

free download