Naik raya
Posted by
Mr Din
Labels:
My Story
Hari ini ramai akan kembali bekerja seperti biasa termasuk la aku. Mungkin juga akan ada yang EL sebab penat lalui kesesakan teruk semalam. Mujur aku balik lebih awal. Paling teruk kesesakan di Lebuhraya Karak. Aku bertolak balik pada Ahad jam 12 pagi & sampai pada 4 pagi. Walaupun kenderaan agak banyak pada ketika itu tapi tiada kesesakan. Itu pun masih ada juga terjadi kemalangan melibatkan motorsikal.
Apabila sampai ke rumah sesuatu yang tidak aku duga telah terjadi. Entah apa sebabnya kabinet dapur yang penuh dengan pinggan mangkuk kaca telah tumbang menyembah lantai. Peliknya takde satu pun dari barangan kaca yang ada di kabinet tu yang pecah. Kabinet tu plak memang rosak la. Bahagian atasnya tercabut. Bila selidik, rupanya salah satu dari kaki kabinet tu rosak dan menyebabkan kehilangan keseimbangan. Seekor lipas didapati mati dalam kejadian ini kerana kepalanya putus. Siangnya baru la aku kemas apa-apa yang patut. Ternyata aku lebih senang bekerja seorang diri berbanding berkumpulan kerana tugas akan selesai dengan lancar.
Inilah keadaan kabinet yang telah tumbang
Semalam juga aku pergi ke Tesco & Econsave membeli apa-apa yang patut & tak patut untuk keperluan rumah. Makan di KFC dan jalan-jalan buang masa di kesesakan MRR2. Selebihnya berehat di rumah aje. Hari ni pun kerja tak la banyak sangat sebab dah cover sebelum raya lagi. Apa pun aku ucapkan Selamat Kembali Bertugas kepada kawan-kawan semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



6 October 2008 at 14:46
Lucky la xda yg pecah..
Post a Comment