feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Balik kampung.......

Labels:

Ketika ini aku sudah pun berada di kampung. Di rumah mak ayah aku di JB. Seronok bila dapat balik. Walaupun adakalanya tiada apa-apa aktiviti yang dilakukan, tetapi masa yang diluangkan bersama itu lebih berbaloi. Sekurang-kurangnya aku tau mak ayah aku sihat ketika ketiadaan aku di sini. Cuaca hari ini agak panas. Mungkin petang sikit nanti baru aku keluar. Nak cari barang sikit. Cadangnya nak pergi beli dvd baru kat Holiday Plaza. Lepas tu nak pergi Watson plak cari barang-barang personal. Rasanya hari ni dapat la makan Kacang Pool. Mesti ada yang tertanya apa itu Kacang Pool. Hahaha....menu ni cuma ada kat JB je. 5 minit je drive dari rumah aku. Nanti aku tunjuk apa tu Kacang Pool.

Haa....ni la kacang pool. Memang ada telur sbg topping hehe...Roti ni plak adalah set dgn kacang pool tu. Makan panas-panas sedap wooo...

Perjalanan malam tadi lancar dan tiada apa-apa insiden yang tidak diingini. Aku berhenti sekejap di Restoran Jejantas Air Keroh untuk buang air dan mengisi minyak. Kemudian berhenti di R&R Pagoh untuk mengisi perut. Ramai juga orang malam tadi. Walaupun banyak kereta aku tetap boleh speed 140kmj. Uishh...laju tu..... Tapi aku sentiasa utamakan keselamatan.

Ketika sedang minum di R&R Pagoh aku ternampak seorang lelaki dengan anak perempuannya yang berumur 5 tahun agaknya. Takde apa yang ganjil pun pada dorang tu cuma aku terperasan beberapa perkara. Pertamanya aku tak nampak pun mak kepada budak perempuan tu. Keduanya aku nampak betapa mesranya mereka sebagai ayah & anak. Masih ada lagi kasih sayang di dunia ni. Jadi dunia kita masih selamat selagi kasih sayang dipupuk dan diberi.

Lelaki ni sedang menyuapkan anaknya...seorang bapa yang baik.

Aku akan post apa-apa yang patut dan tak patut ketika di JB ni. So keep viewing & jangan la segan-segan tinggalkan komen ye.



1 comments:
gravatar
bozzobattousai said...
25 October 2008 at 21:11  

stakat kasih sayang je tak leh menyelamatkan dunia gak.... duit pun penting juga(aku mata duitan) ha ha ha....

Post a Comment

English Premier League

free download

Here In My Home

free download