Geng 3544
Ini dia geng 3544. Konvoi family aku pada raya tahun ini. 3 buah kereta dengan no pendaftaran yang sama. Apa yang menarik ialah satu-satunya konvoi dalam family mak atau ayah aku, kami je ada geng macam ni. Hahaha.... macam promote plak. Kalau rasa-rasa ada yang nk buat macam ni, pastikan saiz family anda besar. Konvoi 3544 bergerak ke Air Hitam, Muar pada tengah malam raya pertama dan sampai ke rumah Atok aku dengan selamatnya pada lebih kurang 1am. Pagi raya kedua konvoi bergerak pula ke Parit Raja, Batu Pahat. Setelah lunch konvoi bergerak pulang ke Johor Bahru dan sampai dengan letihnya pada jam 2pm. Kami berehat di rumah dan tidak kemana-mana lagi.
Pada tahun ni konvoi tidak berkesempatan mengunjungi semua rumah saudara mara kerana ayah aku tidak bercuti. Walau apa pun raya tetap disambut dengan meriah dalam keadaan bersederhana. Aku ada di JB sehingga sabtu jadi kalau ada sesiapa yang datang tu datang la cepat-cepat ye. Jangan lupa telefon dulu.



Post a Comment