feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Makan lagi.......

Labels:

Pada hari Sabtu yang lalu aku telah pergi ronda-ronda makan di rumah terbuka di mana aku dijemput. Ada 3 buah rumah semuanya. Mula-mula aku ke rumah Cik Peah, typist office aku. Tapi rumah dia ni tak buat pun majlis rumah terbuka. Cuma dia masak la sedap-sedap sebab kenangkan aku ni beriya benor nak datang rumah dia. Menu yang disediakan ialah Nasi Minyak & Mee Goreng. 3 pinggan aku bedal sebab masa tu memang aku dah lapar benar.

Bergambar di rumah Cip Peah dgn Gadis Cantik. Yang berkain batik tu la Cik Peah.


Kemudian aku ke Selayang Jaya plak. Kawan semasa di kolej dulu Farouq a.k.a moncot dengan tegasnya menyuruh aku datang ke rumah terbuka dia untuk menghabiskan segala makanan yang ada. Menu yang ada agak variety seperti Soto, Mee Bandung (antara menu istimewa orang Johor), Kek Batik, Kuih-muih dan buah-buahan. Masa kat rumah moncot aku cuma larat makan sepinggan aje. Kalau ikutkan hati memang nak tambah lagi tapi oleh kerana masih ada sebuah rumah lagi maka aku hadkan pengambilan makanan hehe... Masa di rumah moncot aku dapat la juga jumpa kawan lama ketika di kolej walaupun cuma ada 3, 4 orang aje.

Aku dan Gadis Cantik di rumah Farouq a.k.a moncot

Inilah Farouq a.k.a moncot yang aku cakap tu.

Lebih kurang jam 3 petang aku bergerak pula ke Kelana Jaya untuk makan di rumah Puan Majistret plak. Oleh kerana keadaan lalulintas pada hari itu memang sesak ya amat terutamanya di bulatan Selayang maka aku sampai pun agak lewat. Nasib baik la masih banyak lagi makanan. Tapi aku cuma boleh sumbat Ketupat Palas je sebab kapasiti perut aku tidak sebesar perut jerung.

Ni masa kat rumah Puan Majistret di Kelana Jaya.Gadis Cantik & Akma (Raja) officemate aku.

Apa pun journey pada hari itu memang syok sebab aku dapat makan free. Aku ucapkan terima kasih pada seorang gadis cantik yang sudi menemani aku pada hari itu. Walaupun dah lama tak jumpa tapi kemesraan tetap ada. Korang jangan pandai-pandai nak skandalkan aku plak. Selesai kerja makan-makan ni aku pun balik ke rumah untuk berehat.



0 comments:

Post a Comment

English Premier League

free download

Here In My Home

free download