Teringat la pulak...
Sepanjang minggu ni hujan turun mencurah-curah. Ada yang suka ada yang kurang suka. Lebih-lebih lagi pada yang terpaksa melalui kesesakan lalulintas di bandar KL. Pada ketika inilah ramai yang berbuka di dalam kereta. Ini mengingatkan aku saat aku menuntut di Poli dulu.
Perjalanan selama 30 minit pada hari biasa tentunya bertambah ketika bulan puasa. Terutamanya apabila ada yang pulang awal dan ramai pula yang berpusu-pusu untuk sampai ke rumah sebelum tiba waktu berbuka. Masa tu aku sendiri tidak menjangka akan keadaan yang bakal aku lalui. Siapa yang pernah dan sering menggunakan Lebuhraya Pasir Gudang tentu faham akan keadaannya bila berlaku kesesakan di jalan tersebut. Apatah lagi bila ada kemalangan yang melibatkan lori-lori kontena.
Entah berapa kali aku hanya berbuka dengan gula-gula dan asap rokok pada masa tu. Bila sampai di rumah je mereka telah habis makan. Maka makanlah aku seorang diri. Paling aku kesian ialah Lin. Seorang kawan yang menumpang aku setiap hari. Dia hanya akan berbuka setelah sampai ke rumah. Mungkin sebab tu dia kena apendiks. Bukan sebab berpuasa tapi sebab melewatkan waktu makan.
Masa praktikal di Redang la paling seronok. Sesen pun tak keluar duit belanja untuk berbuka mahu pun bersahur. Maklum aje la company support. Jadi elaun yang aku dapat aku gunakan untuk beli barang-barang lain. Cuma menu tu tak bolehlah nak memilih sangat.
Inilah sebahagian dari pengalaman puasa aku dulu-dulu.



7 September 2008 at 00:03
salam... saja singah.
pasal kena berbuka dalam perjalanan pulang ke rumah tu, kecik2 dulu saya selalu jugak kena cam tu..pastu bila azan n masih dalam kereta, kakak saya ajar suh korek idung nak batalkan posa. huhu
7 September 2008 at 16:35
ha..???korek hidung? mana boleh mcm tu "miss n". kalo xde apa utk dimakan brbuka ketika tu dibolehkan utk lewat berbuka. tp next time kena standby la air kotak dlm kete. thanks view my site.
Post a Comment