feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Hari ini...

Hari ni muram semacam je. Bukan aku tapi hari yang muram. Cuaca cerah tak beri apa-apa makna pada aku. Masih terlalu banyak perkara yang perlu aku fikirkan. Kalau Ang ada kat sini syok la juga ada teman berborak. Tapi dia jauh nun di Sabah sana. Lepas basuh baju 2 3 round aku cuma terperap aje dalam bilik. Bila dah mula bosan baru aku keluar ke cyber cafe. Saje log in friendster & surf apa-apa yang patut. Nak berbuka apa nanti pun aku tak tau. Mungkin ayu dah sediakan makanan untuk aku. Hari ni dia dan suami berbuka di Sg. Besi rumah bapak mertua dia. Tinggallah aku keseorangan berbuka bertemankan dinding dan tv.

Apa la nak heran. Macam la aku tak pernah berbuka sorang-sorang. Macam ni la hidup seorang kelana yang kadang-kadang aje pergi ke kelana jaya tu. Pengalaman telah menjadikan aku lebih berdikari. Adakalanya kita tak perlu menyusahkan orang lain hanya kerana kita kesepian. Sepi tu hanyalah perasaan kerana ia datang dari hati yang memberontak (ye ke?).

Masa nak turun tadi ada sorang awek turun sekali. Dia dok di tingkat 6 (aku tingkat 7). Cute je budaknya. Pada asalnya aku takdela nak jadi peramah tapi bila dia senyum aku pun balaslah. Dan aku tak hanya membalas senyumannya. Aku cuba borak-borak ringkas je. Tapi...apsal la aku tak tanya nama dia tadi kan. Selalu la macam ni. Aku tak tau macam mana nak menggunakan peluang singkat yang ada pada ketika itu. Walaupun kami ke destinasi yang sama (cyber cafe) tapi kedudukan kami jauh. Andai saje aku dok do sebelah dia. Mesti sekarang ni dah dapat pun no hp dia (harap la sangat).

Sedar tak sedar dah jam 6 ptg. Aku kena balik nak masak. Dah la berbuka seorang diri hari ini. Manu apa sesuai hari ni ye. Ayam goreng berlada pun ok juga. Makan je la apa-apa pun janji perut aku berisi.



3 comments:
gravatar
bozzobattousai said...
7 September 2008 at 18:54  

ko nih pantang ada awek cun mesti nak mengayat... ada lebih pas r kat aku.....

gravatar
Anonymous said...
7 September 2008 at 23:06  

cadangan aku.. pindah tingkat 6, cepat!! haha

gravatar
Mr Din said...
8 September 2008 at 07:31  

asalnya ingat awek tu dok tingkat 6. rupanya dia dok block lain la...ptt la x pnh nmpk dia pun sebelum ni. mgkn dia pg ke rumah kwn di block aku. tmpt aku ramai awek nurse. ko nak ke bozzo? haha...mana bleh..nnt perang plak...

Post a Comment

English Premier League

free download

Here In My Home

free download