feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Macam-macam

Puasa, shoping & raya.
Hari ni masuk hari ke 18 kita berpuasa. Ada 12 hari lagi untuk ditempuhi. Sejak awal puasa baru sekali aku ke bazaar ramadhan. Itu pun pada 1 ramadhan ketika di kampung. Pelik? Takde apa yang pelik pun. Bagi aku ini salah satu cara untuk berjimat. Makan sekadar yang termampu dan seadanya. Pada tahun ini juga aku tak membeli sebarang persiapan untuk sambutan aidilfirtri. Tak seperti tahun lalu dimana aku setiap ahli family aku mendapat 1 barang dari aku. Tahun ni guna je la apa yang masih ada sebab masih lawa dan masih elok lagi. Come on guys, raya bukan tentang apa yang kita pakai dan apa yang kita ada. Tapi tentang apa yang telah kita korbankan. Korbankan lapar dan nafsu terutamanya.

Social.
Baru-baru ni aku ada ke Cheras Leisure Mall yang tak berapa nak jauh dari rumah. Waktu tu ada pertandingan ‘Kids Hip Hop Dance Competition’ atau Break Dance. Wow…….memang berbakat budak-budak ni. Namun kebanyakannya merupakan bangsa cina. Kemudian aku ke Ezy Video untuk jengah-jengah movie baru. Aku terpandang pada DVD Bleach episode 182-187. Sedang aku menimbang-nimbang sama ada untuk beli atau tak, datang seorang amoi promoter ni. Mungkin dia perasan aku macam berkira-kira lalu dia pun approach. Dia kata DVD tu baru je sampai semalam. Aku impress kerana aku sendiri rupanya tak perasan memang itu episode yang patut aku sambung tengok. Kemudian amoi tu kata ada free poster. Ha? Poster? Tanpa berkira lagi aku pun beli la….
DVD yg aku beli & poster percuma

Dalam perjalanan balik ke rumah aku sedar tentang 1 perkara. Dah lama sangat rupanya aku tak keluar bersosial dan berseronok. Walaupun waktu itu aku hanya seorang diri tapi aku seronok. Aku rasa aku patut lakukan aktiviti ni selalu. KLCC dan Time Square pun dah lama benar aku tak jejakkan kaki. Yela dulu ada awek. Sekarang ni hidup sendiri maka kena la buat semuanya sendiri. Aku masih dalam perancangan untuk buat 1 aktiviti santai ke pantai atau ke air terjun. Aktiviti macam ni ramai-ramai baru seronok. Jadi aku sedang usahakannya melalui SUP4A Komuniti iaitu kumpulan reunion bekas rakan sekelas ketika belajar di politeknik dulu. Insyaallah perancangan ni akan dijayakan. Rancangan pada hujung minggu ni ialah ronda KL sambil membawa kamera digital dan SLR aku untuk cari shot-shot bagus. Mana la tau boleh submit ke competition ke. Dah lama aku tak petik kamera SLR aku tu.

Kalau ada yang nak join aku ronda-ronda KL boleh la hubungi hotline aku.



0 comments:

Post a Comment

English Premier League

free download

Here In My Home

free download