Menu feveret berbuka puasa
Bulan puasa ni tentu ramai yang berkunjung ke bazar-bazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka terutamanya yang masih bujang. Aku ni bujang tapi aku tinggal bersama keluarga jadi aku jaranglah pergi ke bazar untuk tahun ni.
Bila ke bazar ramadhan kita sering rambang mata. Terasa semuanya hendak dibeli. Adakalanya berlebihan sehingga membazir. Jadi untuk mengelak berlakunya pembaziran belilah juadah yang jarang-jarang kita makan mengikut kuantiti yang bersesuaian. Aku pula cuma akan cari beberapa menu wajib setiap kali di bulan ramadhan. Tapi ingat, bukan selalu.
Ni namanya air katira. Hanya kat JB je senang nak dapat air ni. Kalau nak tau apa istimewanya air ni, singgah la di bazar ramadhan Stadium Larkin,JB dan cari gerai air katira Abu Bakar. Sekarang ni harga dah naik. Sebungkus RM2.70 dengan kuantiti yang agak kurang dari tahun-tahun lalu. Tapi kualiti rasanya tetap sama dan puas apabila meminumnya.Ikan pari bakar merupakan antara menu yang sering disediakan ketika aku berbuka bersama keluarga di JB. Pada ramadhan tahun lepas boleh dikatakan hampir setiap hari aku berbuka dengan menu ini. Sebabnya adalah ikan bakar yang aku beli di bazar ramadhan Tmn. Melati (di tapak pasar malam) memang sedap. Oleh kerana tahun ini aku telah berpindah ke Cheras maka agak sukar untuk aku pergi mendapatkannya.
Ni la kuih tepung pelita. Kalau beli kuih ni setakat 3 ketul memang tak jadi apa la. Beli mesti nak 1 karton ada dalam lebih kurang 10 ke 20 ketul. Jika pembuatannya sedap aku boleh telan 5 ketul sekali jalan. Itu tak masuk lagi kalau bozzo yang telan hehe...
Haa.....murtabak....memang sentiasa menjadi buruan. Kalau nak beli murtabak gombak korang kena beratur dari jam 5 lagi. Macam nak beli tiket bola sepak pulak. Kat KL ni aku tak jumpa lagi murtabak gergasi (saiz 4x ganda lebih besar dari saiz asal) tapi kalau kat JB tu boleh beli di Kg. Melayu Majidee. Biasanya ayah aku akan beli 2 terus. Baru la puas makan hehe....
Walau apa sekalipun menu paling sedap adalah makanan yang dimasak emak. Apa aje yang mak masak aku akan telan. Lagi pun masakan mak ni berkatnya lebih sikit. Korang yang bujang-bujang ni beringat sikit nak berbuka tu. Jangan terlalu ikutkan nafsu. Beli macam-macam tapi tak makan. Dah membazir duit. Nanti tak cukup plak duit tu nak bagi duit raya pada aku hehehe...



5 September 2008 at 16:43
bnyknyer ko makan.... bleh abis ke makan sorang?
6 September 2008 at 10:25
la...xde la aku mkn banyak..beli ikut saiz perut aku je...
6 September 2008 at 11:05
alahai .. ikan pari .. kenapa la ko masuk mulut encik din neh .. masuk lam mulut dakjaat kan best gak .. wakakkaka! ;p
salam sejahtera encik din ,..
macam nama pacik din plaks! ;p
*jentik tinge mr din*
larikkssss!
7 September 2008 at 16:32
thanks for viewing my site,dakjaat
Post a Comment