Hari ini...
Hari ni muram semacam je. Bukan aku tapi hari yang muram. Cuaca cerah tak beri apa-apa makna pada aku. Masih terlalu banyak perkara yang perlu aku fikirkan. Kalau Ang ada kat sini syok la juga ada teman berborak. Tapi dia jauh nun di Sabah sana. Lepas basuh baju 2 3 round aku cuma terperap aje dalam bilik. Bila dah mula bosan baru aku keluar ke cyber cafe. Saje log in friendster & surf apa-apa yang patut. Nak berbuka apa nanti pun aku tak tau. Mungkin ayu dah sediakan makanan untuk aku. Hari ni dia dan suami berbuka di Sg. Besi rumah bapak mertua dia. Tinggallah aku keseorangan berbuka bertemankan dinding dan tv.
Apa la nak heran. Macam la aku tak pernah berbuka sorang-sorang. Macam ni la hidup seorang kelana yang kadang-kadang aje pergi ke kelana jaya tu. Pengalaman telah menjadikan aku lebih berdikari. Adakalanya kita tak perlu menyusahkan orang lain hanya kerana kita kesepian. Sepi tu hanyalah perasaan kerana ia datang dari hati yang memberontak (ye ke?).
Masa nak turun tadi ada sorang awek turun sekali. Dia dok di tingkat 6 (aku tingkat 7). Cute je budaknya. Pada asalnya aku takdela nak jadi peramah tapi bila dia senyum aku pun balaslah. Dan aku tak hanya membalas senyumannya. Aku cuba borak-borak ringkas je. Tapi...apsal la aku tak tanya nama dia tadi kan. Selalu la macam ni. Aku tak tau macam mana nak menggunakan peluang singkat yang ada pada ketika itu. Walaupun kami ke destinasi yang sama (cyber cafe) tapi kedudukan kami jauh. Andai saje aku dok do sebelah dia. Mesti sekarang ni dah dapat pun no hp dia (harap la sangat).
Sedar tak sedar dah jam 6 ptg. Aku kena balik nak masak. Dah la berbuka seorang diri hari ini. Manu apa sesuai hari ni ye. Ayam goreng berlada pun ok juga. Makan je la apa-apa pun janji perut aku berisi.
17:45 | 3 Comments
Aiyo..apa sudah jadi..???

Hari sebelum balik kerja aku try la nak check out site tebgok2 sama ada menatang2 yang aku posting tu dorang dah attach ke belum. Tapi malangnya gambar (seperti di atas)plak yang keluar. Apa sudah jadi ni? Site gomen mengAttack? Hahaha....aku tak tau....
13:42 | 0 Comments
Teringat la pulak...
Sepanjang minggu ni hujan turun mencurah-curah. Ada yang suka ada yang kurang suka. Lebih-lebih lagi pada yang terpaksa melalui kesesakan lalulintas di bandar KL. Pada ketika inilah ramai yang berbuka di dalam kereta. Ini mengingatkan aku saat aku menuntut di Poli dulu.
Perjalanan selama 30 minit pada hari biasa tentunya bertambah ketika bulan puasa. Terutamanya apabila ada yang pulang awal dan ramai pula yang berpusu-pusu untuk sampai ke rumah sebelum tiba waktu berbuka. Masa tu aku sendiri tidak menjangka akan keadaan yang bakal aku lalui. Siapa yang pernah dan sering menggunakan Lebuhraya Pasir Gudang tentu faham akan keadaannya bila berlaku kesesakan di jalan tersebut. Apatah lagi bila ada kemalangan yang melibatkan lori-lori kontena.
Entah berapa kali aku hanya berbuka dengan gula-gula dan asap rokok pada masa tu. Bila sampai di rumah je mereka telah habis makan. Maka makanlah aku seorang diri. Paling aku kesian ialah Lin. Seorang kawan yang menumpang aku setiap hari. Dia hanya akan berbuka setelah sampai ke rumah. Mungkin sebab tu dia kena apendiks. Bukan sebab berpuasa tapi sebab melewatkan waktu makan.
Masa praktikal di Redang la paling seronok. Sesen pun tak keluar duit belanja untuk berbuka mahu pun bersahur. Maklum aje la company support. Jadi elaun yang aku dapat aku gunakan untuk beli barang-barang lain. Cuma menu tu tak bolehlah nak memilih sangat.
Inilah sebahagian dari pengalaman puasa aku dulu-dulu.
12:58 | 2 Comments
Menu feveret berbuka puasa
Bulan puasa ni tentu ramai yang berkunjung ke bazar-bazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka terutamanya yang masih bujang. Aku ni bujang tapi aku tinggal bersama keluarga jadi aku jaranglah pergi ke bazar untuk tahun ni.
Bila ke bazar ramadhan kita sering rambang mata. Terasa semuanya hendak dibeli. Adakalanya berlebihan sehingga membazir. Jadi untuk mengelak berlakunya pembaziran belilah juadah yang jarang-jarang kita makan mengikut kuantiti yang bersesuaian. Aku pula cuma akan cari beberapa menu wajib setiap kali di bulan ramadhan. Tapi ingat, bukan selalu.
Ni namanya air katira. Hanya kat JB je senang nak dapat air ni. Kalau nak tau apa istimewanya air ni, singgah la di bazar ramadhan Stadium Larkin,JB dan cari gerai air katira Abu Bakar. Sekarang ni harga dah naik. Sebungkus RM2.70 dengan kuantiti yang agak kurang dari tahun-tahun lalu. Tapi kualiti rasanya tetap sama dan puas apabila meminumnya.Ikan pari bakar merupakan antara menu yang sering disediakan ketika aku berbuka bersama keluarga di JB. Pada ramadhan tahun lepas boleh dikatakan hampir setiap hari aku berbuka dengan menu ini. Sebabnya adalah ikan bakar yang aku beli di bazar ramadhan Tmn. Melati (di tapak pasar malam) memang sedap. Oleh kerana tahun ini aku telah berpindah ke Cheras maka agak sukar untuk aku pergi mendapatkannya.
Ni la kuih tepung pelita. Kalau beli kuih ni setakat 3 ketul memang tak jadi apa la. Beli mesti nak 1 karton ada dalam lebih kurang 10 ke 20 ketul. Jika pembuatannya sedap aku boleh telan 5 ketul sekali jalan. Itu tak masuk lagi kalau bozzo yang telan hehe...
Haa.....murtabak....memang sentiasa menjadi buruan. Kalau nak beli murtabak gombak korang kena beratur dari jam 5 lagi. Macam nak beli tiket bola sepak pulak. Kat KL ni aku tak jumpa lagi murtabak gergasi (saiz 4x ganda lebih besar dari saiz asal) tapi kalau kat JB tu boleh beli di Kg. Melayu Majidee. Biasanya ayah aku akan beli 2 terus. Baru la puas makan hehe....
Walau apa sekalipun menu paling sedap adalah makanan yang dimasak emak. Apa aje yang mak masak aku akan telan. Lagi pun masakan mak ni berkatnya lebih sikit. Korang yang bujang-bujang ni beringat sikit nak berbuka tu. Jangan terlalu ikutkan nafsu. Beli macam-macam tapi tak makan. Dah membazir duit. Nanti tak cukup plak duit tu nak bagi duit raya pada aku hehehe...
08:01 | 4 Comments
Tahniah untuk kekasih lama.
"Dimana kan ku cari ganti...." antara bit dalam lagu dendangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Memang betul apa yang dikata. Sesuatu yang telah pergi tak mungkin akan ada penggantinya. Sebab itulah Allah bersifat SATU. Hanya satu dan takkan ada yang lainnya.
Aku kehilangan seorang insan dan sebuah cinta yang tak mungkin akan kembali lagi. Percintaan yang betul-betul memberi kesan dalam hidup aku. Yang menjadikan aku sepertimana aku pada hari ini. Yang mengajar aku erti sebenar sebuah perhubungan. Kisah yang hampir meragut nyawa aku sendiri. Yang hanya dapat difahami Tuhan yang Esa.
Ucapan sekalung Tahniah buat bekas kekasihku yang telah pun mendirikan rumahtangga pada
2 Ogos 2008 yang lalu. Akhirnya kebahagiaan itu milikmu. Aku gembira melihat kau bahagia.
Sekurang-kurangnya lega sikit hati aku ni. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku. Terima kasih kerana telah memberi kesedaran kepada aku. Terima kasih atas segalanya.
Selamat tinggal ayang.
13:24 | 1 Comments


