Almost 4 Years
Pada 18 Januari yang lalu buat pertama kalinya satu reunion diadakan khas untuk bebudak yang serumah dengan aku ketika belajar di kolej dulu. Yang hadir pada hari itu ialah aku, Joe, Lyas, Daus Ramlan, Mahathir & dua orang kawan kepada Joe. Lan tak dapat hadir sebab tinggal jauh di Seremban. Selebihnya memang tak dijemput haha.....
Joe turun dari Sarawak semata-mata untuk berjumpa kami semua. Sebelum ni pun ada turun tapi tak jumpa. Aku, Joe, Daus, Lyas & Lan merupakan teman sebilik. Mahathir pula bukanlah penghuni apartment kami tapi sering datang melepak memenuhkan bekas abu rokok aku. Inilah perjumpaan pertama sejak masing-masing meninggalkan kolej kira-kira 4 tahun yang lalu. Antara kami semua hanya Duas sahaja yang berjaya menamatkan pelajaran manakala yang lain termasuklah aku gugur seorang demi seorang sebab belajar main-main.
Kami berjumpa lebih kurang jam 9 malam di Esso bersebelahan Sunway Piramid. Setelah semuanya sampai kami bergerak pula ke Asia Corner di SS7 kalau tak silap aku. Lepak minum dan makan sama-sama. Banyak yang kami borakkan walaupun sebahagiannya adalah mengenang kisah ketika di Shamelin dulu.
Perubahan? Of course masing-masing sudah ada perubahan. Yang paling penting sekali kami bukan lagi loser. Masing-masing dah ada kerja tetap. Daus dah ada motor Hayabusa besar macam badan dia & sesuai dengan bontotnya. Lyas dah memiliki sebuah rumah dan sebuah kereta. Mahathir pun dah nak kahwin tak lama lagi dengan awek dia. Joe pula telah tercapai impian pertamanya iaitu untuk bekerja sebagai staf kawalan traffic di airport. Aku? Takyah cite la. Banyak masa lagi boleh cite pasal aku.
Walaupun perjumpaan malam itu cuma beberapa jam sahaja tapi aku yakin masing-masing cukup puas hati kerana dapat bertemu kembali. Tidak semua perkara akan berubah. Kami masih seperti dulu. Masih gila-gila ketika belajar dulu. Kedewasaan tidak dapat menghalang keakraban kami. Semoga kita akan bertemu lagi. Lepas ni kita pastikan Lan join sekali. Bila aku ingat-ingat balik, HAHAHAHAHAHAHA...........................kelakar betul kitorang ni.
15:58 | 0 Comments
Ucapan Presiden SIM
08:03 | 0 Comments
Launch of New Blog
13:36 | 0 Comments
SIM? Pengalaman aku.
Assalammualaikum & salam sejahtera.
Inilah bingkisan pertama di tahun baru ni. Sejak kembali dari bercuti banyak la pulak tugas-tugas yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah dalam seminggu sahaja aku dapat selesaikan hampir 99% dari tugas-tugas yang tertangguh. Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan sepejabat yang tidak ingin cuba membantu sepanjang ketiadaan aku. Bila aku dah takde nanti pandai-pandai la korang take over semua kerja aku yang sememangnya banyak ini.
Beberapa bulan yang lalu (aku tak ingat secara tepatnya) aku telah menyertai sebuah kumpulan dari Yahoo Groups. Nama kumpulan ni ialah Sahabat Interaktif Malaysia (SIM). Apa dia SIM ni dan apa aktiviti yang dijalankan aku taknak bagitau secara lengkap. Itu korang boleh lihat sendiri di Sahabat Interaktif Malaysia nanti. Atau korang boleh jadi ahli dengan subscribe dari link yang telah aku letak di sidebar sebelah kanan.
Sejak menyertai SIM ni banyak perkara aku pelajari. Kebanyakannya adalah ilmu-ilmu yang memang amat berguna. Walaupun mungkin ada perkara-perkara yang negatif tapi aku abaikan sahaja kerana yang negatif itu sebenarnya adalah pemikiran manusia yang cetek ilmu. Dari SIM juga aku mendapat ramai kenalan. Bayangkan hanya dengan menjadi ahli sahaja dah ada seramai 30 ribu kenalan dalam satu masa. Tidak seperti laman-laman sosial yang telah aku sertai Friendster, MySpace, Hi5, Tagged, Facebook dan banyak lagi yang memerlukan kita 'add' mereka dan secara terang-terangan membawa kesan negatif kepada masyarakat. (sebabnya korang fikir la sendiri)
Selain itu banyak peluang boleh dicari dan didapatkan dari SIM. Dengan ahli yang berjumlah 3o ribu itu tidak mustahil untuk kita kembangkan perniagaan, promosikan produk, dapatkan pekerjaan, menjejak kasih dan sebagainya. Kalau aku nak nyatakan semua sekali memang aku tak terdaya la. Banyak sangat faedahnya. Lebih banyak dari laman-laman sosial yang hanya bertujuan untuk melalaikan warga remaja kita.
Aku pasti dalam 30 ribu ahli yang ada, datangnya dari pelbagai bidang dan latar belakang. Jangan terkejut kalau ada sebilangan topik yang dibincangkan di SIM diutarakan pula di Parlimen yang bersidang. Dapatkah korang bayangkan apa yang aku maksudkan? Mungkin suatu hari nanti sesuatu usul yang bakal dibentangkan di Parlimen akan menilai dulu pendapat dari ahli-ahli SIM sebagai wakil suara & pandangan rakyat.
Banyak yang boleh aku cakap tentang group SIM ni. Tapi yang paling aku suka ialah apabila SIM mempunyai rangkaian yang betul untuk kita semua melakukan amal jariah. Melalui Yayasan Pembangunan Nur Hikmah kita boleh membantu golongan yang amat memerlukan perhatian dari kita semua sebagai Umat Islam khasnya dan sebagai rakyat Malaysia khususnya. Inilah yang paling aku banggakan apabila menyertai SIM.
Dari pembacaan email-email SIM yang aku terima setiap hari, timbul kesedaran dalam diri betapa kerdilnya dan betapa ruginya diri ini. Sudah 26 tahun aku hidup tapi apa kebaikan yang pernah aku sumbangkan kepada masyarakat? Inilah peluang untuk aku berkhidmat kepada masyarakat dengan menyertai segala aktiviti kemasyarakatan yang bakal dikelolakan oleh SIM. Insyaallah aku yakin suatu hari nanti SIM akan menjadi antara satu pertubuhan yang penting seperti MERCY.
Kepada kawan-kawan aku diluar sana yang masih khusyuk dengan rezeki Allah, aku menyeru agar berikan sedikit sumbangan ke Yayasan Pembangunan Nur Hikmah dari pendapatan yang kalian terima. Mudah-mudahan dengan kemurahan hati kalian Allah Ta'ala mencurahkan rezeki yang melimpah ruah.
Kepada pihak pengurusan SIM aku ucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Semoga SIM akan lebih berkembang pada masa akan datang.
12:10 | 0 Comments
Sebaran Umum



& Kutipan Dana 1 Juta Untuk Gaza
Tempat ; Dataran Kemerdekaan Shah Alam (Belakang Hotel BlueWave)
MuslimCare dengan kerjasama JAIS & MBSA
12:13 | 0 Comments


