feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Almost 4 Years

Labels:

Pada 18 Januari yang lalu buat pertama kalinya satu reunion diadakan khas untuk bebudak yang serumah dengan aku ketika belajar di kolej dulu. Yang hadir pada hari itu ialah aku, Joe, Lyas, Daus Ramlan, Mahathir & dua orang kawan kepada Joe. Lan tak dapat hadir sebab tinggal jauh di Seremban. Selebihnya memang tak dijemput haha.....

Joe turun dari Sarawak semata-mata untuk berjumpa kami semua. Sebelum ni pun ada turun tapi tak jumpa. Aku, Joe, Daus, Lyas & Lan merupakan teman sebilik. Mahathir pula bukanlah penghuni apartment kami tapi sering datang melepak memenuhkan bekas abu rokok aku. Inilah perjumpaan pertama sejak masing-masing meninggalkan kolej kira-kira 4 tahun yang lalu. Antara kami semua hanya Duas sahaja yang berjaya menamatkan pelajaran manakala yang lain termasuklah aku gugur seorang demi seorang sebab belajar main-main.

Kami berjumpa lebih kurang jam 9 malam di Esso bersebelahan Sunway Piramid. Setelah semuanya sampai kami bergerak pula ke Asia Corner di SS7 kalau tak silap aku. Lepak minum dan makan sama-sama. Banyak yang kami borakkan walaupun sebahagiannya adalah mengenang kisah ketika di Shamelin dulu.

Perubahan? Of course masing-masing sudah ada perubahan. Yang paling penting sekali kami bukan lagi loser. Masing-masing dah ada kerja tetap. Daus dah ada motor Hayabusa besar macam badan dia & sesuai dengan bontotnya. Lyas dah memiliki sebuah rumah dan sebuah kereta. Mahathir pun dah nak kahwin tak lama lagi dengan awek dia. Joe pula telah tercapai impian pertamanya iaitu untuk bekerja sebagai staf kawalan traffic di airport. Aku? Takyah cite la. Banyak masa lagi boleh cite pasal aku.

Mahathir(baju hijau), Joe (baju belang), Aku (baju putih), Daus (baju hitam) & Lyas (sebelah Daus)

Bila dah kenyang, lepak pulak kat game area. Ada yang main Fussball & ada yang setakat duduk berborak. Aku plak layan Pool dengan Joe. Lama juga tak main tapi malam tu boleh tahan la hebatnya aku ni hahaha...Tapi tak habis setakat tu aje. Kami kemudiannya lepak pulak di mamak Restoran Pelita berhampiran. Sambung lagi borak sampai 44kali menguap.

Walaupun perjumpaan malam itu cuma beberapa jam sahaja tapi aku yakin masing-masing cukup puas hati kerana dapat bertemu kembali. Tidak semua perkara akan berubah. Kami masih seperti dulu. Masih gila-gila ketika belajar dulu. Kedewasaan tidak dapat menghalang keakraban kami. Semoga kita akan bertemu lagi. Lepas ni kita pastikan Lan join sekali. Bila aku ingat-ingat balik, HAHAHAHAHAHAHA...........................kelakar betul kitorang ni.



0 comments:

Post a Comment

English Premier League

free download

Here In My Home

free download