feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

SIM? Pengalaman aku.

Labels: ,

Assalammualaikum & salam sejahtera.

Inilah bingkisan pertama di tahun baru ni. Sejak kembali dari bercuti banyak la pulak tugas-tugas yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah dalam seminggu sahaja aku dapat selesaikan hampir 99% dari tugas-tugas yang tertangguh. Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan sepejabat yang tidak ingin cuba membantu sepanjang ketiadaan aku. Bila aku dah takde nanti pandai-pandai la korang take over semua kerja aku yang sememangnya banyak ini.

Beberapa bulan yang lalu (aku tak ingat secara tepatnya) aku telah menyertai sebuah kumpulan dari Yahoo Groups. Nama kumpulan ni ialah Sahabat Interaktif Malaysia (SIM). Apa dia SIM ni dan apa aktiviti yang dijalankan aku taknak bagitau secara lengkap. Itu korang boleh lihat sendiri di Sahabat Interaktif Malaysia nanti. Atau korang boleh jadi ahli dengan subscribe dari link yang telah aku letak di sidebar sebelah kanan.

Sejak menyertai SIM ni banyak perkara aku pelajari. Kebanyakannya adalah ilmu-ilmu yang memang amat berguna. Walaupun mungkin ada perkara-perkara yang negatif tapi aku abaikan sahaja kerana yang negatif itu sebenarnya adalah pemikiran manusia yang cetek ilmu. Dari SIM juga aku mendapat ramai kenalan. Bayangkan hanya dengan menjadi ahli sahaja dah ada seramai 30 ribu kenalan dalam satu masa. Tidak seperti laman-laman sosial yang telah aku sertai Friendster, MySpace, Hi5, Tagged, Facebook dan banyak lagi yang memerlukan kita 'add' mereka dan secara terang-terangan membawa kesan negatif kepada masyarakat. (sebabnya korang fikir la sendiri)

Selain itu banyak peluang boleh dicari dan didapatkan dari SIM. Dengan ahli yang berjumlah 3o ribu itu tidak mustahil untuk kita kembangkan perniagaan, promosikan produk, dapatkan pekerjaan, menjejak kasih dan sebagainya. Kalau aku nak nyatakan semua sekali memang aku tak terdaya la. Banyak sangat faedahnya. Lebih banyak dari laman-laman sosial yang hanya bertujuan untuk melalaikan warga remaja kita.

Aku pasti dalam 30 ribu ahli yang ada, datangnya dari pelbagai bidang dan latar belakang. Jangan terkejut kalau ada sebilangan topik yang dibincangkan di SIM diutarakan pula di Parlimen yang bersidang. Dapatkah korang bayangkan apa yang aku maksudkan? Mungkin suatu hari nanti sesuatu usul yang bakal dibentangkan di Parlimen akan menilai dulu pendapat dari ahli-ahli SIM sebagai wakil suara & pandangan rakyat.

Banyak yang boleh aku cakap tentang group SIM ni. Tapi yang paling aku suka ialah apabila SIM mempunyai rangkaian yang betul untuk kita semua melakukan amal jariah. Melalui Yayasan Pembangunan Nur Hikmah kita boleh membantu golongan yang amat memerlukan perhatian dari kita semua sebagai Umat Islam khasnya dan sebagai rakyat Malaysia khususnya. Inilah yang paling aku banggakan apabila menyertai SIM.

Dari pembacaan email-email SIM yang aku terima setiap hari, timbul kesedaran dalam diri betapa kerdilnya dan betapa ruginya diri ini. Sudah 26 tahun aku hidup tapi apa kebaikan yang pernah aku sumbangkan kepada masyarakat? Inilah peluang untuk aku berkhidmat kepada masyarakat dengan menyertai segala aktiviti kemasyarakatan yang bakal dikelolakan oleh SIM. Insyaallah aku yakin suatu hari nanti SIM akan menjadi antara satu pertubuhan yang penting seperti MERCY.

Kepada kawan-kawan aku diluar sana yang masih khusyuk dengan rezeki Allah, aku menyeru agar berikan sedikit sumbangan ke Yayasan Pembangunan Nur Hikmah dari pendapatan yang kalian terima. Mudah-mudahan dengan kemurahan hati kalian Allah Ta'ala mencurahkan rezeki yang melimpah ruah.

Kepada pihak pengurusan SIM aku ucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Semoga SIM akan lebih berkembang pada masa akan datang.



0 comments:

Post a Comment

English Premier League

free download

Here In My Home

free download