feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Naik raya

Labels:

Hari ini ramai akan kembali bekerja seperti biasa termasuk la aku. Mungkin juga akan ada yang EL sebab penat lalui kesesakan teruk semalam. Mujur aku balik lebih awal. Paling teruk kesesakan di Lebuhraya Karak. Aku bertolak balik pada Ahad jam 12 pagi & sampai pada 4 pagi. Walaupun kenderaan agak banyak pada ketika itu tapi tiada kesesakan. Itu pun masih ada juga terjadi kemalangan melibatkan motorsikal.

Apabila sampai ke rumah sesuatu yang tidak aku duga telah terjadi. Entah apa sebabnya kabinet dapur yang penuh dengan pinggan mangkuk kaca telah tumbang menyembah lantai. Peliknya takde satu pun dari barangan kaca yang ada di kabinet tu yang pecah. Kabinet tu plak memang rosak la. Bahagian atasnya tercabut. Bila selidik, rupanya salah satu dari kaki kabinet tu rosak dan menyebabkan kehilangan keseimbangan. Seekor lipas didapati mati dalam kejadian ini kerana kepalanya putus. Siangnya baru la aku kemas apa-apa yang patut. Ternyata aku lebih senang bekerja seorang diri berbanding berkumpulan kerana tugas akan selesai dengan lancar.Inilah keadaan kabinet yang telah tumbang

Semalam juga aku pergi ke Tesco & Econsave membeli apa-apa yang patut & tak patut untuk keperluan rumah. Makan di KFC dan jalan-jalan buang masa di kesesakan MRR2. Selebihnya berehat di rumah aje. Hari ni pun kerja tak la banyak sangat sebab dah cover sebelum raya lagi. Apa pun aku ucapkan Selamat Kembali Bertugas kepada kawan-kawan semua.



Cuma 2

Labels:

Nanang & Awe

Aku & Awe

Nanang & Aku
Malam tadi aku beraya ke Pasir Gudang. Hajat hati nak beraya ke rumah kawan-kawan tapi cuma sempat dua buah rumah aje. Mula-mula aku ke rumah Awe. Makan nasi.....ntah aku tak tanya plak nasi apa. Kemudian aku & Awe ke rumah Nanang. Lepak rumah Nanang sampai kul 12. Itu je la yang sempat untuk tahun ni. Pada kawan-kawan yang lain jangan berkecil hati. Ada kesempatan kita berjumpa lagi. Untuk kawan-kawan yang ada anak tu, maaf la tahun ni takde bajet untuk duit raya hehe....nanti pakcik din ganti tahun depan ye. Sebelum balik ke KL aku ucapkan Selamat Maju Jaya kepada kawan-kawan yang pernah bersekolah di sekolah yang sama dengan aku. Semoga syawal 2008 memberi satu halatuju baru kepada kita semua.




Geng 3544

Labels:



Ini dia geng 3544. Konvoi family aku pada raya tahun ini. 3 buah kereta dengan no pendaftaran yang sama. Apa yang menarik ialah satu-satunya konvoi dalam family mak atau ayah aku, kami je ada geng macam ni. Hahaha.... macam promote plak. Kalau rasa-rasa ada yang nk buat macam ni, pastikan saiz family anda besar. Konvoi 3544 bergerak ke Air Hitam, Muar pada tengah malam raya pertama dan sampai ke rumah Atok aku dengan selamatnya pada lebih kurang 1am. Pagi raya kedua konvoi bergerak pula ke Parit Raja, Batu Pahat. Setelah lunch konvoi bergerak pulang ke Johor Bahru dan sampai dengan letihnya pada jam 2pm. Kami berehat di rumah dan tidak kemana-mana lagi.

Pada tahun ni konvoi tidak berkesempatan mengunjungi semua rumah saudara mara kerana ayah aku tidak bercuti. Walau apa pun raya tetap disambut dengan meriah dalam keadaan bersederhana. Aku ada di JB sehingga sabtu jadi kalau ada sesiapa yang datang tu datang la cepat-cepat ye. Jangan lupa telefon dulu.



Family Reunited Raya 2008

Labels:

Ni la family aku + kawan adik laki aku sorang. Setiap tahun memang kami akan bergambar seperti ini. Gambar diambil sebelum keluar beraya ke rumah saudara mara. Kalau korang perasan cuma aku je warna baju tak sama. Hehe...ekonomi gawat la. Pakai je apa yang ada. Boleh beraya jugakan. Tak lama lagi family ni akan membesar lagi.



Malam hari raya

Labels:

Akhirnya aku selamat sampai ke rumah. Ketika dalam perjalanan aku dikejutkan dengan berita yang memang tak sedap didengar apa lagi dimakan. Mak aku pengsan 2,3 kali kata adik aku. Mungkin dia terlalu penat. Tapi syukur alhamdulillah takde apa-apa yang serius. Aku sampai pun lewat 1 jam sebab hujan dari kulai sampai ke skudai. Bila orang lain dah nyenyak tidur aku masih lagi berjaga seperti biasa pada setiap malam hari raya memang ini la tugas aku. Apa dia? Haha.... apa lagi kalau bukan rebus ketupat. 4 jam nak kena tunggu takleh tido. Menu-menu lainnya telah pun siap dimasak sebelum aku sampai lagi. Tinggal lodeh je tak buat lagi. Kalau buat awal-awal takut basi plak. Korang layan je la gambar-gambar kat bawah ni

Ni namanya rendang kambing. Korang pernah dengar tak?

Ketupat ada dalam periuk tu.

Sebab daging ni la 2 jari aku melecur.




English Premier League

free download

Here In My Home

free download