Naik raya
Hari ini ramai akan kembali bekerja seperti biasa termasuk la aku. Mungkin juga akan ada yang EL sebab penat lalui kesesakan teruk semalam. Mujur aku balik lebih awal. Paling teruk kesesakan di Lebuhraya Karak. Aku bertolak balik pada Ahad jam 12 pagi & sampai pada 4 pagi. Walaupun kenderaan agak banyak pada ketika itu tapi tiada kesesakan. Itu pun masih ada juga terjadi kemalangan melibatkan motorsikal.
Semalam juga aku pergi ke Tesco & Econsave membeli apa-apa yang patut & tak patut untuk keperluan rumah. Makan di KFC dan jalan-jalan buang masa di kesesakan MRR2. Selebihnya berehat di rumah aje. Hari ni pun kerja tak la banyak sangat sebab dah cover sebelum raya lagi. Apa pun aku ucapkan Selamat Kembali Bertugas kepada kawan-kawan semua.
07:36 | 1 Comments
Cuma 2
11:24 | 0 Comments
Geng 3544
Ini dia geng 3544. Konvoi family aku pada raya tahun ini. 3 buah kereta dengan no pendaftaran yang sama. Apa yang menarik ialah satu-satunya konvoi dalam family mak atau ayah aku, kami je ada geng macam ni. Hahaha.... macam promote plak. Kalau rasa-rasa ada yang nk buat macam ni, pastikan saiz family anda besar. Konvoi 3544 bergerak ke Air Hitam, Muar pada tengah malam raya pertama dan sampai ke rumah Atok aku dengan selamatnya pada lebih kurang 1am. Pagi raya kedua konvoi bergerak pula ke Parit Raja, Batu Pahat. Setelah lunch konvoi bergerak pulang ke Johor Bahru dan sampai dengan letihnya pada jam 2pm. Kami berehat di rumah dan tidak kemana-mana lagi.
Pada tahun ni konvoi tidak berkesempatan mengunjungi semua rumah saudara mara kerana ayah aku tidak bercuti. Walau apa pun raya tetap disambut dengan meriah dalam keadaan bersederhana. Aku ada di JB sehingga sabtu jadi kalau ada sesiapa yang datang tu datang la cepat-cepat ye. Jangan lupa telefon dulu.
16:25 | 0 Comments
Family Reunited Raya 2008
Ni la family aku + kawan adik laki aku sorang. Setiap tahun memang kami akan bergambar seperti ini. Gambar diambil sebelum keluar beraya ke rumah saudara mara. Kalau korang perasan cuma aku je warna baju tak sama. Hehe...ekonomi gawat la. Pakai je apa yang ada. Boleh beraya jugakan. Tak lama lagi family ni akan membesar lagi.
14:46 | 0 Comments


