feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Bebel

I really mean for whatever i said. No lies only the truth. But when it related to the environment it seems like me lying. They tag me as a playboy, womanizer, sweet talker, maniacs & insane. But i don't even care. I know what i do & i know what i don't.

There's a bunch of useless phone number in my phone book. No matter how many i turn it to still nobody i can contact. They're just useless. Filling my phone book without any interest.

These 2 days i receive a call. The unknown number. Late at night about 4am. I'm questioning, who could it be? (none of your business actually)



Mohon dimaafkan & Selamat berpuasa.


Assalammualaikum & salam sejahtera

Disini aku dengan rendah diri ingin mengambil kesempatan memohon kemaafan di atas segala kesalahan, keterlanjuran, kekasaran & kekurangan terhadap kawan-kawan, kenalan & pembaca blog aku (sekiranya ada). Beberapa hari sahaja lagi kita bakal menyambut Ramadhan. Jadi marilah kita sama-sama berdoa agar segala amalan kita di bulan yang Mulia ini diterima & diberkati Allah S.W.T. Aku juga dengan sukacitanya telah memaafkan segala kesalahan orang-orang yang mengenali aku. Semoga kalian mendapat rahmat dariNya. Aku ucapkan selamat bersahur, berpuasa dan berbuka kepada semua.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.



Stressed out!


Malang sungguh. Entah kepada siapa harus aku mengadu. Adik-adik takkan mampu membantu. Hendak minta pertolongan mak ayah pun belum tentu mereka dapat membantu. Selebihnya pasti aku akan dibebeli. Dibebel tanpa sebarang penyelesaian. Aku nak buat kerja hari ni pun takde mood. Mungkin ini merupakan antara kesilapan terbesar aku? Yeke? Atau mungkin cuma salah satu dari gelinciran perancangan aku yang diakibatkan faktor-faktor luaran dan dalaman?

Aku sendiri tak pasti dimana silapnya. Mungkin kerana aku terlalu ikutkan nafsu. Aku sangkakan aku mampu untuk menjelaskannya. Tapi ternyata aku silap untuk sekali lagi. Sekali lagi dalam kehidupan aku kesilapan merancang dan membuat keputusan menjerat kehidupan aku sendiri. Maaf mak, mungkin abang tak dapat balik hari raya nanti.

Tapi tak mengapa. Setiap sesuatu pasti ada jalan penyelesaiannya. Dimana dan bagaimana biarlah aku fikirkan sendiri. Macam mana sekalipun aku harus tetap terus hidup. Masih banyak yang perlu aku selesaikan.



Permatang Pauh

Labels:



Tinggal beberapa hari sahaja lagi akan berlangusungnya pilihanraya kecil bagi parlimen P-044 Permatang Pauh. Sejak seminggu yang lalu juga aku sibuk mencari maklumat terhadap apa yang berlaku dalam sebulan ini. Aku telah membaca lebih dari 10 blog penyokong politik yang sebahagiannya aku link di sidebar. Jelas kita tidak boleh hanya membaca dari sumber-sumber rasmi sahaja. kebanyakan blogger yang menulis adalah orang-orang yang berada di tempat kejadian yang pada aku 80% dari kata-kata mereka boleh aku percayai. Apalagi bila ada sokongan gambar-gambar yang langsung tidak dipaparkan di media rasmi.

Mungkin kerana itulah sudah berbulan lamanya aku tidak menonton berita di TV3,tidak membeli akhbar dan tidak ambil tau langsung tentang perkembangan dalam negara. Aku sendiri tidak terlibat dengan politik secara langsung. Sebenarnya taknak terlibat langsung. Tapi aku sayangkan Malaysia. Kerana sayangkan Malaysia aku harus juga melibatkan diri.

Aku tak boleh cakap banyak-banyak dalam ni sebab aku pasti network aku juga sedang dipantau. Tapi aku tak takut. Aku tidak melakukan apa-apa salah. Korang bacalah sendiri dari link-link tu.



Imbasan

* foto blur sebab aku shot semula guna kamera handphone

6 orang dari mereka telah pun berkahwin. Gambar ni diambil ketika hari raya. Tahunnya aku dah tak ingat. Aku terjumpa masa mengemas bilik malam tadi. Bila aku menatap gambar ni teringat pula ketika masing-masing masih belajar dulu. Pada setiap tahun kami akan berkumpul menyambut hari raya. Mungkin tahun ini takkan ada perjumpaan seperti ini lagi. Mungkin juga takkan ada bagi tahun-tahun yang akan datang. Mereka merupakan rakan sekelas aku ketika di sekolah menengah dulu. Sebahagian dari kami telah bertapak membina empayar. Sebahagiannya lagi masih menyusuri laluan sempit yang berliku. Ada juga yang sudah pun melapangkan tapak. Mereka juga sebahagian dari kehidupan aku. Aku bersyukur dengan kehadiran kalian. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari nikmat kehidupan di dunia ni. Aku berdoa kalian semua dicurahkan rahmat yang berkekalan.



English Premier League

free download

Here In My Home

free download