Huahahahahahahaha......
Tajuk muka depan suratkhabar The Sun hari ni amat kelakar. "Unhappy Rider". Baca tajuk je aku dah tergelak apa lagi bila membaca isinya. Semalam "fella" kononnya menggunakan khidmat pengangkutan awam untuk melihat sejauh mana efektifnes sistem pengangkutan awam di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur yang sememangnya sesak dengan manusia yang sentiasa mengejar masa.
Aneh bukan. Pelik bin hairan. Apa selama ni Menteri Pengangkutan tidak terima ke rungutan dari rakyat akan keadaan ini? Apa syarikat pengangkutan tidak lapor ke akan kekurangan pada sistem ini? Lebih menghairankan lagi ialah kenapa baru sekarang 'fella' ni nak turun sendiri tengok keadaannya? Kenapa tidak seawal pemerintahannya dulu?
Selama ni rakyat yang berhimpit-himpit tu dah jadi kebiasaan pada mereka. Kalau projek mega keretapi dari selatan ke utara boleh dibatalkan makanya janji 'fella' untuk memperbaiki sistem ini amatlah tidak aku percaya. 'fella' ini memang tidak mempunyai prinsip dalam pentadbiran. Tengoklah apa yang dah jadi dalam 3 4 bulan ni. Macam-macam bukan.
Kalau kickdefella boleh terbalikkan bendera, aku pun boleh. Aku pun sokong sebagai tanda penghargaan terhadap dasar-dasar yang 'fella' laksanakan. Adalah tidak mustahil jika pada hari ulangtahun nanti akan ada kibaran bendera terbalik.
09:14 | 0 Comments
MISSING!
Pls be noted my niece (Nur Asyikin Binti Mohd) aged 17 years old, schooling in Kota Damansara is missing since 29 July 2008. She did not return after school.
Last saw her on 29 July 2008 8.30pm at her friends tuition center in Damansara Damai. We have make a police report under police report no. Kota Damansara/004319/08.
Pls help by forwarding this email to your contacts or friends in order to trace her where about.
Any info kindly contact 019 361 3907 Puan Saodah @ Intan.
Thanks in advance for your helping hand and may God bless all of you.
Regards.
Intan @ Saodah Saadon
Mobile : +6019 - 361 3907
email : saodah@tamcoelectrical.com.my / cheqdah@yahoo.com
08:26 | 0 Comments
Peringatan untuk ANDA! : Sebelum Hari Raya
Anda kenal foto di atas? Satu kesesakan jalanraya yang teruk di Lembah Kelang. Lebih kurang seminggu saje lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan keberkatan menguji kesabaran manusia terhadap dugaan dan godaan. Bulan dimana kita menjalankan kewajipan sebagai umat Islam dengan berpuasa selama sebulan. Selain berpuasa tahukah anda apa lagi yang berlaku pada bulan Ramadhan ini? Kesesakan seperti foto di atas.
Walaupun pada ketika ini kita mengalami sedikit kesusahan dalam ekonomi dengan kenaikan harga bahan bakar dan barang harian namun rakyat Malaysia masih tetap berpusu-pusu ke pusat membeli belah. Mungkin harganya masih mampu ditanggung masyarakat. Keadaan ini akan menyebabkan kesesakan di beberapa tempat.
Foto di atas merupakan 1 dari foto yang diambil ketika kemalangan teruk di Tmn. Connought. Kemalangan yang pada aku antara terburuk terjadi di KL. Antara punca utama kejadian ini ialah kerana kenderaan yang tidak diselenggara mengikut jadual dan melebihi had laju yang dibenarkan. Janganlah ambil mudah tentang keadaan keselamatan kenderaan anda.
Jadi aku berpesan kepada kawan-kawan aku semua agar mengambil kira beberapa perkara sebelum kita menyambut kedatangan Ramadhan & Syawal.
- Pastikan kenderaan berada dalam prestasi yang baik sebelum memulakan perjalanan.
- Servis kenderaan mengikut jadual & jika baru sahaja diservis pastikan ia sesuai untuk perjalanan jauh.
- Patuhi had laju atau anda akan disaman RM300 atau memberi RM50 & kemudiannya didakwa di mahkamah atau ditangkap setelah waran dikeluarkan. (sila semak rekod saman anda)
- Jangan memandu jika anda tidak mendapat rehat yang cukup atau anda boleh tidur di dalam kereta & pastikan anda meletak kenderaan di tempat yang betul bukannya tidur ketika kenderaan sedang bergerak laju.
- Rehat sekurang-kurangnya 30 minit dalam perjalanan anda. Kenderaan anda juga perlu direhatkan untuk menjaga prestai enjin.
- Yang penting sekali sentiasalah berhati-hati ketika memandu kerana adakalanya kemalangan berlaku bukan disebabkan kita.
- Dan yang terakhir, ingatlah akan nilai nyawa isteri-isteri dan anak-anak anda yang menyayangi anda. Sekiranya belum berkahwin, ingatlah bahawa anda masih belum merasai nikmat sebenar perkahwinan dan kasihanilah wanita-wanita yang sedang menunggu anda untuk dikahwini.
07:52 | 0 Comments
Kawan aku yang berjaya.
Syed Ikhwan mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai seorang jurutera dan menumpukan sepenuh komitmen dengan perniagaan internet. Merupakan seorang yang terkenal dalam industri perniagaan internet tempatan sebagai seorang yang pakar menjana pendapatan lumayan melalui Google Adsense, iklan PPC, komisen affiliate serta menjual produk dan servis sendiri. Beliau pernah menjana duit sehingga USD1,000 sehari melalui pengiklanan Google Adsense tidak termasuk pendapatan daripada iklan PPC dan komisen affiliate yang menjadikan beliau antara usahawan internet berpendapatan 5 angka sebulan. Teknik beliau bukan sahaja dirujuk oleh para usahawan internet tempatan malah termasuk daripada global.
Taktik beliau amat berkesan dan diiktiraf oleh pelbagai usahawan internet lain yang telah mendapat bimbingan terus daripada beliau sebelum ini. Namun, anda perlu membayar harga yang tinggi seminima RM300 sejam. Anda boleh meneliti hasil keberkesanan kaedah dan perkembangan pelbagai taktik beliau dibeberapa forum perniagaan internet Malaysia.
Namun hanya di JomSeminar, Syed Ikhwan akan mendedahkan kepada anda pelbagai teknik rahsia terkini yang beliau gunakan untuk menjana pendapatan sehingga 5 angka sebulan melalui Google Adsense.
Syed Ikhwan juga mempunyai pelbagai teknik rahsia untuk menarik trafik yang besar, berkualiti dan pantas ke laman web anda, memilih iklan yang berkualiti dan mahal agar anda dapat menjana pendapatan berganda berbanding orang lain.
Sila lihat
http://www.jomseminar.com/
http://www.syed-ikhwan.com/personal/sekitar-di-majlis-perkahwinan-alang
http://tech.groups.yahoo.com/group/syedikhwan/
p/s: jgn lupa sebut nama aku ye...
10:53 | 1 Comments




