Semalam
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi semalam aku telah dapat menunaikan tanggungjawab aku terhadap golongan yang memerlukan. Sebahagian pakaian sekolah terpakai dan pakaian harian terpakai telah aku serahkan kepada Ustazah Rohana di Keramat. Dah lama benar pakain-pakaian tu aku simpan di bonet kereta. Sejak Balik bercuti hujung tahun 2008 lagi. Insyaallah ada kesempatan bila balik ke JB lagi akan aku selongkar lagi cari pakaian-pakaian terpakai yang aku percaya memang banyak sekali. Almaklum aje la, adik-beradik aku 6 orang semuanya. Yang bongsu pun dah berumur 12 tahun. Cepat pula membesarnya tu. Bila sekali sekala balik macam pelik pula tengok adik aku pakai baju yang dah ketat dan seluar yang senteng. Lagi besar dari aku rupanya adik aku ni. Sekarang dah ada saluran yang betul untuk beramal kepada masyarakat jadi aku harap usaha ini akan berterusan bukan sahaja dari aku tapi dari kawan-kawan juga hendaknya. Insyaallah.
Semalam aku pergi Jakel. Jalan-jalan sempena cuti ganti Hari Wilayah dengan cari kain untuk buat seluar. Aku ni dah lama benar tak buat seluar tempah. Jadi bila survey harga kain tu subhanallah terasa mahalnya. Kain untuk pakaian wanita murah la pula. Apa pun beli jugalah semeter lebih sikit. Oleh kerana harga kain dah mahal maka terpaksalah tangguhkan dulu nak pergi taylor's. Rasanya lepas gaji bulan Februari ni dapat tempah sehelai seluar baru. Wah...bergaya aku hehe....



Post a Comment