Picnic @ Pangsun
Hari Ahad yang lalu 8 Februari 2009 aku telah pergi berpicnic dengan rakan sekelas ketika belajar di Poli dulu. Inilah 1st time aku pergi berkelah ke sungai. Sebelum ni pergi pantai & air terjun je. Air terjun pun lama tak pergi sejak terjadinya detik-detik hitam dalam hidup aku. Kali terakhir berpicnic ialah ketika ke Teluk Batik tahun lalu.
Kali ni aku bawa khemah sendiri. Kira perasmian khemah baru juga la hehe....besar whooo khemah tu boleh muat 6 orang. Saje aku beli besar supaya boleh golek-golek masa tidur. Cite lebih lanjut tentang picnic ni bolehlah korang view http://sup4a.blogspot.com sebab semalam lagi aku dah post kat sana. Gambar-gambar boleh view dari sini atau dari site yang aku bagi tu. Lepas ni projek ke Janda Baik pulak tapi sebelum tu ada ada projek dengan SpanarMan ke Pahang. Destinasi pilihan masih dalam perbincangan. Itu projek untuk bulan Mac @ April.
Apa pun aktiviti aku akan post kat sini so kalau ada kawan-kawan yang ingin turut serta bolehlah maklumkan pada aku.



Post a Comment