Sedang-sedang aje...
Posted by
Mr Din
Labels:
My Story
Dia tidak cantik mak,
Dia tidak jelek mak,
Yang sedang-sedang saja....
Yang penting dia setia.....
Dia tidak jelek mak,
Yang sedang-sedang saja....
Yang penting dia setia.....
Antara lirik lagu dangdut nyanyian Iwan bertajuk Sedang-sedang saje (kalau aku tak silap la). Kenapa tiba-tiba lagu ni jadi topik aku hari ni? Hahaha....ada sebabnya...
Sebelum ni ramai yang bertanya bila aku akan berkahwin. Kali ni aku akan jawab dengan jujur. Aku akan berkahwin pada bulan Februari. Persoalan seterusnya akan aku jawab kemudian bila ada yang ajukan. Tapi buat masa ni biar aku diamkan diri dulu.
Calon pilihan aku cumalah seorang gadis biasa yang berasal dari kampung. Dia tidak secantik kekasih-kekasih yang pernah aku miliki. Body figure dia juga tidaklah semantap mereka-mereka yang pernah aku kenali. Seperti lirik lagu di atas, yang sedang-sedang saja. Itulah kesederhanaan aku dalam memilih calon isteri.
Namun, aku masih belum boleh expose siapakah gadis itu. Rahsia yang perlu disimpan hingga tiba saat yang sebenarnya. Parent aku pun dah asyik bertanya aje. "Ko serius ke dengan dia tu?" Sebetulnya aku sendiri pun belum berterus terang lagi dengan mereka. Belum tiba masanya lagi untuk menyatakan hasrat aku kepada mereka kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Apa pun doakan agar aku mencapai mahligai idaman yang aku inginkan selama ni. Duit dalam tabung ada la lebih kurang RM20. Cukup kot.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



15 December 2008 at 16:36
tahniah
15 December 2008 at 17:18
rm20 nak kawin hape? beli prepaid pon tak cukup....
16 December 2008 at 10:04
bozzo,yg RM20 tu dlm tabung je..aku x ckp pun dlm akaun...hehe...
iza,masih awal utk ucap tahniah.
Post a Comment