feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Sumpah sesumpah.

Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Petikan dari Harakah Daily. Baca selebihnya disini.



Blogger : A Thread?

Sebelum ni aku pernah menyatakan pendapat tentang blogger sama ada mereka merupakan satu ancaman atau tidak. Dalam pendapat itu aku menegaskan bahawa blogger bukanlah satu ancaman. Hari ini dalam blog "Penarik Beca" aku membaca satu laporan yang menyatakan bahawa blogger akan menjadi sasaran kerajaan BN seterusnya. Setelah RPK pastinya kebangkitan rakyat melalui blog semakin berleluasa. Sama ada kalian membaca atau tidak dan sama ada kalian perasan atau tidak, majoriti blogger adalah merupakan wartawan dan ahli parti politik. Ada juga segelintir dari kalangan pemerhati, atas pagar & penyokong parti.

Untuk membuat 1 perhimpunan memerlukan permit (yang pasti pada kebiasaannya tidak diluluskan) dan terpaksa melalui kerenah birokrasi. Media-media cetak & elektronik pula berada di bawah kawalan. Jadi blog digunakan sebagai alternatif. Sekiranya kebebasan ini juga disekat maka apa lagi cara yang kita ada untuk menyuarakan pandangan & pendapat? "Mereka" kononnya memperjuangkan demokrasi tapi adakah demokrasi itu hanya apabila pilihanraya? Suara rakyat harus didengar pada setiap masa. "Mereka" seharusnya sedar sejak awal lagi bahawa rakyat bukanlah boneka. Pada ketika ini aku percaya apa sahaja yang keluar dari mulut 'fella' tidak akan dipercayai rakyat. Segala kenyataannya tidak lagi relevan & tidak memberi apa-apa makna dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Jika ada satu sahaja sekali pun rang undang-undang yang bakal menyekat blogger dari menyampaikan kebenaran maka aku rasa akan musnahlah negara ini kerana :

  1. Penjara-penjara dipenuhi dengan blogger berbanding penjenayah.
  2. Kes-kes perbicaraan di mahkamah akan tertunda lebih lama kerana terlalu banyak kes dakwaan terhadap blogger.
  3. Polis Malaysia akan sibuk menjalankan sekatan jalanraya & sekatan terhadap penyokong-penyokong blogger yang mana ketika inilah penjenayah menggunakan peluang untuk menjalankan kegiata. (jenayah lainnya yang lebih serius pasti meningkat)
  4. Kemarahan mungkin tidak akan dapat dibendung lagi & boleh melumpuhkan negara dengan protes terbesar dari rakyat.
  5. Kemungkinan tercetusnya perang saudara (harap-harap dijauhkan).
Ini cuma merupakan pandangan aku sahaja. Aku harap aku salah.



Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh (P44)

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (P44):

Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi





YY itu bukan YoYo.

Untuk YY yang mungkin masih mencari jawapan yang pasti.

Pertama sekali saya minta maaf kerana telah buat YY menangis. Saya tak pasti kerana apa YY menangis kerana pada masa itu saya masih sedang bercakap dengan YY. Mungkin YY sedih bila saya suruh YY jauhkan diri dari saya. Atau mungkin juga YY sedih kerana YY nampak yang saya sayangkn YY. Mungkin juga YY sedih kerana apa yang saya cakap seolah-olah YY akan kehilangan seorang kawan seperti saya yang tak berapa nak baik. Kenapa menangis YY? Saya tak dapat menyelami perasaan YY pada masa itu.

Saya nak YY tau yang saya juga sedih atas keputusan saya itu. Saya juga suka berkawan dengan YY malah saya betul-betul sayangkan YY. Cumanya saya taknak buat YY terluka lagi. Saya taknak tengok YY derita lagi. Pada saya,dah banyak dosa saya pada YY. Walaupun saya rindu segalanya tentang YY tapi apalah daya yang saya ada. Memang saya cakap mungkin keputusan itu yang terbaik untuk YY dan sebaliknya untuk saya. Tapi YY tau yang YY boleh tidak mengendahkan keputusan saya itu. YY tau yang saya takkan sisihkan YY.

Macam ni lah YY. Apa kata kita buat je macam biasa? Macam dulu-dulu. Makan McD sama-sama. Gelak sama-sama. Tapi saya je boleh buli YY. Boleh YY? Kalau boleh YY cakap ye. Saya sentiasa ada untuk menanti sebarang kata putus dari YY. Kalau ini yang boleh buat YY gembira, YY ambil lah peluang ini.



Bebel

I really mean for whatever i said. No lies only the truth. But when it related to the environment it seems like me lying. They tag me as a playboy, womanizer, sweet talker, maniacs & insane. But i don't even care. I know what i do & i know what i don't.

There's a bunch of useless phone number in my phone book. No matter how many i turn it to still nobody i can contact. They're just useless. Filling my phone book without any interest.

These 2 days i receive a call. The unknown number. Late at night about 4am. I'm questioning, who could it be? (none of your business actually)



English Premier League

free download

Here In My Home

free download