feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Kemana menghilang?

Labels:

Sudah terlalu lama aku tidak update site ni. Kalau ada ramai peminat tentu ada yang akan bertanya kemana aku menghilang. Tapi sebab tiada peminat maka aku takde la kisah sangat. Sekarang ni aku masih di JB sempena cuti CNY. Aku sepatutmya bekerja hari ini tapi oleh kerana halangan yang tidak dapat dielakkan maka aku masih tersadai disini. Ketika ni aku sedang menunggu mambang yang tak sampai2. Bila nak sampai KL camni woi!


Tetiba plak rasa nak menulis balik bila tengok ada rakan2 yang dah mula mengadvancekan diri sebagai blogger. Apa pun aku harap suatu hari nanti blog aku ni akan ada pembaca setia. Bila dah sampai di KL nanti akan aku update apa2 yang patut sekiranya ada kelapangan.




Isteri juga harus romantik

Labels: , , ,


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semua wanita menginginkan pasangan yang menjadi pendamping hidup mereka seorang lelaki yang romantik. Sekiranya boleh seromantis watak lakonan Richard Gere dalam filem Pretty Women yang ditonton ramai. Sememangnya itulah lelaki yang didambakan ramai wanita.

Ramai lagi contoh lelaki yang romantik terhadap isteri dan ini termasuklah junjungan besar kita, Rasulullah SAW. Anda yang terlepas kisah hebat ini, bolehlah rujuk ke entry Teladan: Kemesraan Rumahtangga Rasulullah SAW. Dalam banyak riwayat kisah rumahtangga Rasulullah, saya paling menyukai kisah romantik ini : Diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa ketika Rasulullah SAW kembali dari peperangan Khaibar, baginda menikahi Shafiyyah binti Huyaiy r.a. Baginda SAW mengulurkan tirai di dekat unta yang akan ditunggangi untuk melindungi Shafiyyah r.a. dari pandangan orang. Kemudian baginda duduk bertumpu pada lutut di sisi unta tersebut, baginda persilakan Shafiyyah r.a. untuk naik ke atas unta dengan bertumpu pada lutut baginda.

Menurut kajian Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dalam buku ‘Petua Menjadi Pasangan Romantik’ terbitan Telaga Biru, kebanyakan lelaki cenderung kepada kegiatan seksual, manakala wanita pula cenderung kepada sikap romantik lelaki. Romantik memang sifat yang dikaitkan dengan lelaki biarpun tidak ramai yang memilikinya.

Sikap romantik seorang suami terhadap isteri adalah sifat yang digalakkan dalam Islam. Ia penyubur kasih sayang antara suami isteri. Sifat ini perlulah dikekalkan sepanjang masa walaupun ketika usia semakin tua. Sikap romantik lahir dari hati yang kaya dengan kasih sayang. Ia adalah manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan dan perbuatan harian. Sikap ini bukan sekadar perlu dilahirkan di bilik tidur, sebaliknya di mana-mana dan pada bila-bila masa selagi ia berada dalam batas kesopanan adab Islam.

Namun begitu, seperti mana wanita, seorang lelaki mahupun suami juga mengharapkan isteri mereka bersifat romantis. Sifat ini pastinya melengkapkan ciri seorang wanita yang penuh dengan kelembutan.

Jika romantis lelaki sering dikaitkan dengan pemberian bunga, makan malam istimewa dan sebagainya, bagaimana pula romantis seorang wanita pada kaca mata suami? Kali ini
Laman-Seri akan menurunkan sedikit tips untuk pembaca budiman.

1 – Berdandan cantik

Perkara pertama untuk menjadi isteri yang romantik pastinya adalah dengan memenangi pandangan mata suami agar dia melihat anda lebih cantik daripada wanita-wanita lain sekelilingnya.

Isteri hendaklah menjaga penampilan di hadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik, berdandanlah cantik-cantik dan kenakan bau-bauan yang menyenangkan suami, kalau boleh setiap masa. Hatta sebelum tidur sekalipun anda harus tampil sedap mata memandang. Tinggalkan baju 'kelawar' anda kerana suami anda bukan 'Batman' mahupun Keluang Man. Kenakanlah baju tidur yang indah atau lebih elok yang seksi di matanya. Suami juga pasti sangat senang jika gaya pakaian dan dandanan anda sesuai dengan seleranya.

2 – Menghias bilik tidur

Isteri hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk menwujudkan suasana yang romantik. Pasangkan lilin dan diiringi dengan muzik perlahan yang mampu menjadi halwa telinga yang sedap didengari. Apabila ini dapat dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan.

3 – Memberi pujian

Semua orang suka dipuji, tidak terkecuali golongan lelaki. Apalagi bila pujian itu bersangkutan dengan kegagahan dan keperkasaan dirinya. Maklumlah, lelaki sering kali berharap untuk menjadi hero, jadi pujian anda akan membuatkan suami merasa dirinya lebih dihargai.

4 – Luangkan masa bersama

Pada zaman serba maju ini, kebanyakan suami isteri sama-sama bekerja mencari nafkah untuk menyara kehidupan. Justeru masa untuk bersama tidak sentiasa ada. Oleh itu anda dan suami sentiasa sibuk, aturlah masa anda untuk melaungkan masa bersama dengannya.

Boleh jadi dengan mengajaknya makan tengah hari bersama, sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Boleh juga mengatur jadual untuk berdua-duaan di waktu hujung minggu. Usaha anda untuk mencari masa bersama dengannya akan dilihat sebagai sesuatu yang romantis dan membahagiakan dirinya.

5 – Berikan sentuhan mesra

Sentuhan kecil, seperti mengelus tangannya semasa berjalan berdua atau mendakap suami ketika dirinya dalam keadaan sedih akan membuatkan lelaki anda rasa sangat diperhatikan. Begitu juga saat menontoh TV bersama, usaplah rambutnya atau biarkan suami berbaring di ribaan anda. Inilah yang akan menyerlahkan ciri-ciri romantik anda.

6 – Membiarkan dia bebas

Seperti juga dengan anda yang suka bersembang dengan rakan-rakan, suami anda juga punya keperluan ini. Dia juga punya keinginan untuk berkumpul dengan rakan-rakannya. Ini adalah sesuatu yang menyegarkan dirinya, tambahan lagi jika isteri memberi kepercayaan untuk dirinya bebas bertemu rakan. Dia akan berasa senang kerana dipercayai.

7 – Masak makanan yang enak

Pepatah Inggeris ada menyebut, ‘a way to win man’s heart is through his stomach’ atau pun cara memenangi hati lelaki adalah melalui perutnya. Perkara ini ada kebenarannya. Semua lelaki pastinya suka menikmati makanan yang enak, apatah lagi jika ia dimasak oleh isterinya sendiri, khusus untuk dirinya. Ini juga akan membuatkan dirinya sentiasa terkenangkan diri anda di saat berjauhan. Semakin tinggi kemahiran memasak, anda dijamin suami akan semakin sayang pada anda.

8 – Berkongsi rahsia

Ada satu perkara yang boleh membuatkan pasangan yakin bahawa anda mencintainya sepenuh hati. Caranya adalah dengan berkongsi rahsia anda dengan dirinya. Ceritakan rahsia yang tidak pernah anda luahkan pada sesiapa selain dirinya. Perkongsian rahsia ini menggambarkan betapa tingginya keyakinan anda terhadap dirinya.

9 – Berikan kejutan kecil

Semua orang sukakan kejutan. Seperti anda yang akan tersenyum seharian bila mendapat jambangan bunga daripada suami, begitu jugalah dengan dirinya dengan hadiah yang diidam-idamkannya.

Seorang lelaki sangat menyenangi isteri yang ada inisiatif dan kreatif dalam menyegarkan perhubungan. Dia akan merasakan anda wanita yang tidak terduga dan penuh dengan sesuatu yang baru.

10 – Menulis catatan cinta

Selalunya di waktu bercinta, ramai yang menulis surat cinta. Ada kalanya hingga berkajang-kajang panjangnya. Namun aktiviti ini akan terhenti setelah keduanya mendirikan rumahtangga. Oleh itu tidak salah anda sebagai isteri memulakan aktiviti ini kembali.

Kalau sebelum ini anda menulis surat namun seiring dengan perkembangan teknologi, tulis dan hantarkan SMS cinta buat dirinya. Saat membacanya, suami pasti tersenyum dan berasa bahagia. Dijamin ucapan-ucapan cinta yang anda tuliskan tidak akan dipadamkan daripada peti mesej di telefon bimbitnya.

Pada ketika-ketika tertentu, layangkan kad ucapan atau nota-nota pendek yang mengandungi kata-kata romantik yang penuh kasih sayang.

11 – Meraikan hari istimewa

Sebagaimana suami romantik yang sentiasa meraikan hari istimewa anda, begitu juga halnya jika anda mahu dilihat punya sifat yang sama. Jangan sesekali melupakan hari penting dalam hidupnya. Berikan ucapan atau raikannya agar suami berasa anda pasangan hidup yang cukup perihatin terhadap dirinya.

Sekiranya timbul sebarang masalah dalam perhubungan suami isteri, hendaklah ditangani dengan segera masalah tersebut. Usah biarkan masalah itu berlarutan sehingga lukanya membekas di hati.

Semoga bermanafaat untuk semua.





Merapi Pengaruhi Pendinginan Global?

Labels: ,

Headline

Letusan Tambora 1815 menyebabkan pendinginan global yang dramatis dan tahun tanpa musim panas pada 1816. Lalu letusan Merapi apakah juga berpengaruh pada cuaca global?.


Ketinggian abu dari ledakan Merapi mencapai 55 ribu kaki, berdasarkan keterangan Volcanic Ash Centre, Australia. Hal ini sebanding dengan letusan Gunung Eyjafjallajokull, Iceland, pada April lalu. Abu ini lebih rendah dari letusan Gunung Pinatubo 1991 di Filipina yang menyebabkan abu mencapai ketinggian 78.740 kaki.

Pendinginan global dari abu vulkanik tercipta karena menghalangi radiasi matahari yang masuk ke atmosfer. Tingkat pendinginan sendiri tergantung pada jumlah abu yang tersimpan di atmosfera, ketinggian abu dan lokasi letusan.
Jumlah abu yang disimpan di atmosfera terkait letusan Gunung Merapi belum diketahui secara pasti, karena proses alam ini masih terjadi. Namun, diperkirakan tidak akan lebih besar dari ledakan Pinatubo yang mendinginkan Bumi.

Sebuah letusan yang cukup kuat dapat mendorong abu masuk ke dalam lapisan stratosfer di mana ini tempat terjadinya cuaca. Pendinginan global terjadi saat curah hujan berkurang dan abu cenderung menempel. Letusan yang mendorong abu ke stratosfer di kawasan tropis, seperti peristiwa Pinatubo lebih mungkin menciptakan pendinginan global daripada di kawasan lintang tinggi seperti Eyjafjallajokull.

Bagian bumi yang terkena gangguan pemanasan, menerima radiasi yang lebih tinggi di dekat khatulistiwa. Hal ini menyebabkan efek pendinginan lebih besar daripada sekadar gangguan pemanasan global yang menciptakan pendinginan di daerah lintang tinggi.

Aliran stratosfer di atas daerah tropis cenderung meningkat dan menyebar ke segala arah. Ini menciptakan perluasan abu dengan efek pendinginan yang lebih dramatis.
Namun, proses pendinginan akibat letusan Gunung Pinatubo pada 1995 relatif singkat dibandingkan perubahan temperatur global. Hal itu juga tidak cukup untuk mematahkan kecenderungan pemanasan global, yang dimulai sebelum letusan itu dan terus berlanjut hingga kini.

Menurut National Oceanic and Atmospheric Administration Oktober 2010, bumi terus mengalami suhu di atas rata-rata dibandingkan temperatur di abad ke-20. Meskipun, tidak menutup kemungkinan letusan dari gunung berapi lain boleh jauh lebih ekstrim dibandingkan dengan letusan Pinatubo 1991.

Hal ini terlihat dari letusan besar Gunung Tambora, Indonesia, pada tahun 1815. Letusan ini menyebabkan pendinginan global yang dramatis, termasuk tahun tanpa musim panas pada 1816.

Temperatur sangat dingin sempat menghantam kawasan timur Amerika Serikat, Kanada timur dan Eropa utara. Kelaparan secara luas juga menyebabkan ratusan ribu kematian.

Namun, pendinginan global dalam jangka pendek bisa terjadi akibat letusan gunung berapi besar. Letusan melepaskan karbon dioksida ke atmosfera. Padahal materi itu merupakan salah satu gas utama rumah kaca. Ilmuwan percaya pemanasan global akan terjadi setelah fenomena pendinginan akibat induksi abu berakhir.
http://teknologi.inilah.com/read/detail/972332/merapi-pengaruhi-pendinginan-global




Tak Perlu Anti-Makan Malam

Labels: , ,


Banyak yang berpikir, absen makan malam akan menyusutkan bobot tubuh. Kita lupa, tindakan ini justru akan membuat kesehatan kita terganggu. Tak hanya itu, melewatkan makan malam justru membuat bobot semakin melambung. Inilah fakta penting yang perlu kita ketahui seputar makan malam:

Makan malam tidak berhubungan dengan pertambahan lemak.
Menurut Nancy Snyderman, MD, penulis buku Diet Myths That Keep Us Fat,yang menentukan pertambahan lemak di tubuh adalah jumlah total asupan kalori yang melebihi keperluan. Perbendaan aktiviti di siang dan malam hari punya andil dalam menentukan besarnya asupan kalori yang diperlukan tubuh.

Pada malam hari, metabolisme tubuh dan aktiviti pencernaan menurun. "Namun, bukan berarti kita tidak perlu makan malam," ujarnya. Selain itu, hasil penelitian yang dipublikasikan dalam jurnal Apetite menunjukkan, kaum lelaki boleh makan setiap hari tapi berat badannya tetap stabil. "Jadi, tidak benar mitos yang menyatakan bahwa makanan yang dikonsumsi sebelum jam tidur akan diubah menjadi lemak," tambah Synderman.

Tidak makan malam bisa membuat kita lapar berat.
Tidak makan apa-apa dalam waktu lebih dari 8 jam akan membuat proses metabolisme melambat dan badan kehilangan energi. Tak heran bila kita sering merasa tidak enak badan dan juga mengeluh lambung terasa sakit. Kekosongan di lambung yang lama akan membuat badan jadi lebih sensitif terhadap kalori yang masuk. "Jadi, sewaktu ada makanan yang masuk bukannya dibakar menjadi energi, melainkan malah akan disimpan oleh tubuh menjadi lemak," ujar Synderman lagi.

Lebih baik perhatikan porsinya.
Makan malam tidak akan menimbulkan masalah bila kita terbiasa makan teratur dan sehat sepanjang hari. Untuk menghindari makan malam yang terlalu besar, cobalah untuk makan siang dalam jumlah cukup. Jangan takut untuk ngemil kacang rebus atau buah pada pukul 04.00 atau 05.00 sore supaya pada waktu malam kita tidak makan berlebihan.

http://health.kompas.com/index.php/read/2010/11/15/16464573/Tak.Perlu.Anti-Makan.Malam-12





2012, Bus Tingkat London Berenjin Hybrid

Labels: ,


Headline

Oleh: Augusta B. Sirait

Jika anda ke London dua tahun lagi, jangan heran melihat bas tingkat di London nantinya berenjin hybrid.


Seiring dengan era ramah lingkungan, tentu saja bas tingkat merah yang menjadi ikon kota London itu kurang mengakomodasi tema ramah lingkungan dan tidak heran bila datuk bandar London Boris Johnson memperlihatkan prototype pengganti bas tersebut.


Mencoba untuk tidak menghilangkan ikon yang sudah ada, bas tingkat pengganti juga diberi warna merah tetapi mesinnya sudah diubah dengan menggunakan mesin hybrid yang boleh mengurangi polusi sampai 40% dibandingkan bas sebelumnya.


Pembuatan bas ini sendiri memang menjadi kontroversi sejak 2008 karena masalah ikon sebuah kota bukanlah hal yang mudah. Namun, sepertinya London Bas itu akan tetap wujud sebagai ikon ibu kota Inggris itu. Tentu saja, bas itu akan tampil lebih ramah lingkungan dan rencananya akan diluncurkan pada 2012.


http://teknologi.inilah.com/read/detail/973202/2012-bus-tingkat-london-bermesin-hybrid




English Premier League

free download

Here In My Home

free download