feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Let's Taking Part

Labels:





WACANA

Labels:

WACANA : Berkongsi Keprihatinan Masa Depan : Syariah Penyuluh Kehidupan Seimbang



Assalamualaikum wbt..
Semua dijemput ke
WACANA WANITA DAN KEADILAN SYARIAH
dengan tema
Berkongsi Keprihatinan Masa Depan : Syariah Penyuluh Kehidupan Seimbang
pada
26 Mac 2009 (Khamis)
masa
8.30 pagi -1.00 tengahari
tempat

Dewan Hadhari ,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur

Penyertaan
Terbuka kepada semua. PERCUMA
Anjuran bersama:
JAWI dan Wanita JIM
Objektif Wacana:
  1. Menjelaskan konsep keadilan dan kesaksamaan dalam hubungan kekeluargaan lelaki dan wanita menurut perspektif syariah Islam
  2. Memperincikan huraian Al-Quran mengenai `nusyuz' suami dan isteri serta saranan penyelesaiannya.
  3. Mencadangkan strategi penambahbaikan implementasi sistem perundangan syariah khususnya berkaitan kekeluargaan di Malaysia

Program tentatif

Masa

Tentatif

8.00-8.30 pagi

Pendaftaran & sarapan pagi

8.30-9.00 pagi

Perasmian Majlis oleh Ketua Penolong Pengarah JAWI

9.00-9.40 pagi

Ucaptama : Keadilan & Kesaksamaan dalam Kehidupan Berkeluarga menurut Perspektif Syariah

Oleh: Ybhg. Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj (Ketua Wanita JIM Pusat)

9.40-10.10 pagi

Kudapan & Sidang Media

10.10-10.40 pagi

Pembentangan (1)

Huraian Al-Quran tentang Nusyuz Suami & Isteri : Pengertian & Penyelesaian

Oleh : Ustaz Alias Othman

Pensyarah Pengajian Islam Cyberjaya University and Medical Sciences (CUCMS), bekas pensyarah dan Prof Madya Akademi Islam UM

10.40-11.30 pagi

Sesi Soal Jawab

11.30-12.30 tengahari

Pembentangan (2)

Penambahbaikan Implementasi Sistem Perundangan Kekeluargaan Syariah di Malaysia : Satu tuntutan

Oleh : Puan Sazira Abdul Aziz

Peguambela dan Peguamcara, Peguam Syarie

12.30-12.45 tengahari

Sesi Soal jawab

12.45-1.00 tengahari

Rumusan oleh Puan Hajjah Faridah Maludin

Pengurus Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga Islah (PAKSI) Wanita JIM Pusat

1.00 tengahari

Makan tengahari & Bersurai

Untuk Pendaftaran, hubungi sekretariat di:
03-41073379 @ email: wjim@pd.jaring. my @ sms nama ke 019-5053008.




Babling?

Labels:

Mana aku pergi? Aku tak pergi mana-mana. Ada aje di KL ni ha. Cumanya aku agak sibuk dengan tugas dan hal-hal peribadi. Apa yang aku sibukkan? Aku sendiri tak tau camne nak jawab soalan tu. Mungkin aku sengaja sibukkan diri. Dalam pada tu masih ada lagi yang bertanya "bila nak kahwin" berulang kali. Nanti-nanti aku kahwin la. Tunggu je takyah tanya banyak kali. Segala persoalan tu akan terjawab tak lama je lagi. Tunggu aje la.

Program hujung minggu pun tengah banyak sampaikan tak sempat aku nak lipat baju. Tapi dah lipat malam tadi. Rasanya hampir setiap minggu aku keluar tonton wayang. Takde cite best pun takpe janji masuk panggung. Last cite aku tengok "Tale of Bordeoux". Best juga beb. Baru release hehe...Pergi la tengok..cite kartun tikus, cencorot & manusia (human, mouse & rats relations)

Adeh...ada plak keje...



Macam-macam terjadi

Labels:

Aku seorang lelaki. Belum berkahwin & tidak mempunyai anak. Tapi sejak akhir-akhir ni ada email yang aku terima minta pandangan dan pendapat dari aku. Masalahnya, topik yang diutarakan ialah berkenaan masalah rumahtangga dan jodoh. Aku sering menyatakan bahawa aku bukanlah orang yang sesuai memberi pandangan seperti ini. Namun aku berusaha juga memberi pandangan dari sedikit pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa kerana tidak mahu mengecewakan pengadu.

Hari ni hujan lebat sangat. Jangan kata KLCC, pokok depan office pun memang dah tak nampak. Car park di B2 plak memang dari tadi lagi dah dinaiki air. Mujur kawasan motor tak terjejas. Cuma becak sikit je la. Ntah kenapa beberapa bulan kebelakangan ini sering saje hujan. Biasanya pada waktu petang. Kadang-kadang tu sampai ke malam pun tak henti-henti juga. Aku juga yang terseksa. Naik motor basah. Bawa kereta patah lutut menekan clutch aje. Lebih baik basah dari patah lutut. Betul tak.

Minggu ni mood bekerja macam tak ada. Asyik menguap je kat office. Mungkin sebab aku kurang rehat. Bila fikir-fikir balik ada juga betulnya. Aku sendiri tak ingat bila kali terakhir aku hanya tidur melepak pada hujung minggu tanpa memikirkan untuk keluar berseronok. Tapi setakat ni semua kerja aku selesai mengikut masa. Kalau ada peluang naik pangkat ni syok la juga. Kerja dah macam orang gaji 5k-6k tapi jawatan yang sama juga. Aku tetap bersyukur kerana dikurniakan pekerjaan tetap.

Apa la nasib orang yang diberhentikan kerja tu. Dengan keadaan ekonomi yang teruk sekarang ni mampu ke mereka bertahan? Kalau bujang atau yang belum mempunyai anak mungkin larat lagi la nak bertahan. Macam mana plak dengan yang ada anak terutamanya yang mempunyai ramai anak. Kesian budak-budak tu. Kalau tak KUAT boleh gila jadinya. Aku doakan mereka-mereka yang diberhentikan tu mendapat rezeki yang murah tidak lupa bersyukur terhadap pemberian Allah.

Plan pelancongan akan datang dijangka ke Kuantan plak. Tempat yang sesuai dah survey tapi belum ada persetujuan lagi. Hahaha...merayau lagi la bulan depan. Konvoi 2 kereta, 2 hari 1 malam. Bbq mesti ada punya. Aktiviti wajib setiap kali pergi inbound tour. Kali ni mungkin sewa chalet plak. Murah je tak mahal pun.

Bila-bila ada kesempatan nanti aku akan bercoret lagi. Pada yang membaca tu jangan la segan-segan tinggalkan pesan atau komen.



Almost Complete

Labels:

'Cerita Dari Dalam' & 'Saat Jiwa Bicara' yang aku terima semalam

Semalam pagi aku terima bungkusan yang aku nantikan selama sebulan. Itulah dia 2 buah komik karya Aie. Siri 'Aku dan Sesuatu'. Memang susah nak dapat komik ni di pasaran. 2 siri awalnya pun aku beli di Kinokuniya KLCC. Lain-lain bookstore memang aku tak jumpa. Apa sebabnya aku pun tak pasti. Dulu selalu lepak KLCC bolehlah usha-usha...skang ni tak pergi sana dah. Asyik jalan-jalan area BB je. Ada masa baru pergi tempat lain.

Siri 'Aku dan Sesuatu' ni ada 5 buah buku. Aku dah miliki 4 darinya dan hanya tinggal 1 je lagi untuk melengkapkan keseluruhan koleksi. 2 buku yang aku terima semalam aku bantai baca sampai habis malam tadi. Bukan tebal sangat pun cuma 80 mukasurat setiap buku.

4 dari 5 komik dalam siri 'Aku dan Sesuatu'

Tapi malang sikit la. Salah datu dari buku tu tertanggal pulak kulitnya. Mungkin stok lama atau mungkin akibat dari persekitaran. Tak kisah la kan yang penting hajat aku kesampaian. Kalau korang tak pernah baca komik ni aku sarankan supaya cuba-cuba la baca. Ini bukan komik kosong. Isinya penuh isu kehidupan dan nasihat berguna untuk kita semua terutamanya yang masih muda remaja macam aku ni (remaja ke?). Mana nak dapat buku ni? Haa...korang click kat banner Kedai Buku di sidebar aku tu. Aku beli dari situ la.

Tertanggal pulak kulit buku masa aku tengah baca




English Premier League

free download

Here In My Home

free download