Macam-macam terjadi
Aku seorang lelaki. Belum berkahwin & tidak mempunyai anak. Tapi sejak akhir-akhir ni ada email yang aku terima minta pandangan dan pendapat dari aku. Masalahnya, topik yang diutarakan ialah berkenaan masalah rumahtangga dan jodoh. Aku sering menyatakan bahawa aku bukanlah orang yang sesuai memberi pandangan seperti ini. Namun aku berusaha juga memberi pandangan dari sedikit pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa kerana tidak mahu mengecewakan pengadu.
Hari ni hujan lebat sangat. Jangan kata KLCC, pokok depan office pun memang dah tak nampak. Car park di B2 plak memang dari tadi lagi dah dinaiki air. Mujur kawasan motor tak terjejas. Cuma becak sikit je la. Ntah kenapa beberapa bulan kebelakangan ini sering saje hujan. Biasanya pada waktu petang. Kadang-kadang tu sampai ke malam pun tak henti-henti juga. Aku juga yang terseksa. Naik motor basah. Bawa kereta patah lutut menekan clutch aje. Lebih baik basah dari patah lutut. Betul tak.
Minggu ni mood bekerja macam tak ada. Asyik menguap je kat office. Mungkin sebab aku kurang rehat. Bila fikir-fikir balik ada juga betulnya. Aku sendiri tak ingat bila kali terakhir aku hanya tidur melepak pada hujung minggu tanpa memikirkan untuk keluar berseronok. Tapi setakat ni semua kerja aku selesai mengikut masa. Kalau ada peluang naik pangkat ni syok la juga. Kerja dah macam orang gaji 5k-6k tapi jawatan yang sama juga. Aku tetap bersyukur kerana dikurniakan pekerjaan tetap.
Apa la nasib orang yang diberhentikan kerja tu. Dengan keadaan ekonomi yang teruk sekarang ni mampu ke mereka bertahan? Kalau bujang atau yang belum mempunyai anak mungkin larat lagi la nak bertahan. Macam mana plak dengan yang ada anak terutamanya yang mempunyai ramai anak. Kesian budak-budak tu. Kalau tak KUAT boleh gila jadinya. Aku doakan mereka-mereka yang diberhentikan tu mendapat rezeki yang murah tidak lupa bersyukur terhadap pemberian Allah.
Plan pelancongan akan datang dijangka ke Kuantan plak. Tempat yang sesuai dah survey tapi belum ada persetujuan lagi. Hahaha...merayau lagi la bulan depan. Konvoi 2 kereta, 2 hari 1 malam. Bbq mesti ada punya. Aktiviti wajib setiap kali pergi inbound tour. Kali ni mungkin sewa chalet plak. Murah je tak mahal pun.
Bila-bila ada kesempatan nanti aku akan bercoret lagi. Pada yang membaca tu jangan la segan-segan tinggalkan pesan atau komen.



Post a Comment