BoiKoT
|
BRANDS & LABELS TO BOYCOTT
URL: http://www.inminds.com/boycott-brands.html
| ||
12:35 | 1 Comments
Dicari
Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan beliau yang bernama Rabiatul Adawiyah Bt Ngah, sila hubungi En. Ngah atau Puan Maznah di talian 019-7186618(hp) 07-8955761(h)atau e-mailkan ke hazlan_ngah@ yahoo.com <mailto:hazlan_ ngah@yahoo. com> secepat yang mungkin. Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.
Beliau hilang pada 16 Dis 2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru tudung putih. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.
Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan atau group2 yahoo anda.
Sekian, terima kasih.
00:08 | 0 Comments
Untuk Dijual
Call for best price 0133412279 (Owner)
07:30 | 0 Comments
Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM)
Ketahui lah....
Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.
Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan
gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2
Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah
yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).
Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.
Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga,Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).
Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina .
Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.
Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.
"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.
Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.
" Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "
"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.
p/s: cerita ini aku terima di mailbox pada pagi ini. Terima kasih kepada Roshayati yang mengirim email.
08:05 | 0 Comments
Nasib sebahagian manusia
Malam tadi aku menonton rancangan 360 di tv3. Beberapa isu dikupas antaranya tentang kebanjiran pelarian UNHCR warga Myanmar. Sebelum ni aku tak tau pun sebenarnya pelarian di Negara kita ni tidak dibenarkan bekerja mengikut Akta Imigresen. Seingat aku ketika bertugas di pejabat lama di Bangunan JKR dulu ada seorang makcik warga Indonesia dari Aceh bekerja sebagai cleaner yang setiap hari memastikan workstation aku sentiasa bersih & kemas. Kalaulah begitu perihalnya maka makcik itu bekerja tanpa permit la.
Terdetik pula dihati aku. Jika mereka tidak dibenarkan bekerja & tidak boleh digaji di Malaysia, bagaimana mereka hendak menyara hidup? Bukankah orang-orang seperti mereka ini yang patut kita simpati? Sudahlah Negara sendiri dilanda pergolakan, menjadi pula pelarian di Negara asing tetapi dinafikan hak untuk bekerja. Aneh betul undang-undang yang ada di Negara kita ni. Walaupun aku sendiri bertugas dalam hal perundangan (secara tak langsung) namun aku sebenarnya masih tidak faham dengan rang undang-undang yang ada.
Keanehan semakin bertambah apabila 2 persoalan timbul dalam benak fikiran aku ni. Berjuta-juta hasil kerajaan dari cukai yang aku dan seluruh rakyat bayar (aku dah kurang bayar sebab dah quit smoking) sebahagiannya digunakan untuk menyara pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditempatkan di beberapa pusat tahanan tetapi tidak pula digunakan untuk membantu warga pelarian ini yang jelas nyata masuk ke Negara ini secara sah. Keduanya, kerajaan pimpinan “fella” mempromosikan modal insan yang nyata aku sendiri kurang pasti apa yang cuba ditonjolkan selain dari hanya kata-kata yang belum tentu berlaku secara terangnya.
Aku tidak menafikan Malaysia banyak membantu golongan susah di Negara luar seperti di Aceh, Darfur, Somalia, Bosnia dan sebagainya. Tetapi bukankah aneh jika masyarakat yang ada di dalam Negara ini sendiri masih dahagakan bantuan?
Kemudian aku terfikir lagi. Berapa banyak badan kerajaan yang tampil menghulurkan bantuan seperti yang dilakukan tv3 melalui rancangan Bersamammu? Bila ditanya kepada pihak-pihak yang sepatutnya menjalankan kewajipan itu mereka menjawab, “kita tidak akan tahu sekiranya tiada laporan dari masyarakat”. Inilah yang menjadi masalah. Bukankah setiap kawasan ada wakil rakyat yang telah dilantik? Apa fungsi mereka ini kalau rakyat di kawasan sendiri daif pun tidak mereka ketahui? Ish…banyak betul persoalan ni.
Aku bukanlah hendak menghentam sesiapa tetapi aku sedih melihat keadaan masa depan anak-anak pelarian ni. Mereka juga manusia seperti kita. Tiada bezanya antara kita dan mereka. Mungkin isu ini boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Walau apa pun aku tau perkara seperti ini ada pro & contra. Nanti ramai pula pelarian nak larikan diri ke Negara kita. Kesian betul tengok nasib anak-anak pelarian ni. Nak bersekolah pun tak boleh. Macam mana la masa depan diorang nanti.
P/s: SUHAKAM ada komen?
08:50 | 0 Comments













































































