Max Payne
Director:John Moore
Writers (WGA):Beau Thorne (screenplay), Sam Lake (video game by Remedy Entertainment and 3-D Realms Entertainment)
Release Date:17 October 2008 (USA) more
16:22 | 0 Comments
Having A Good Day
Semalam merupakan antara hari terindah dalam hidup aku tahun ini. Seorang insan yang aku sayangi dapat meluangkan masa bersama-sama aku. Orang yang kita sayang belum orang yang kita miliki. Setelah habis waktu bertugas pada jam 5 kami bergerak sama-sama ke Cheras Leisure Mall. Hujan agak lebat juga walaupun diselang-seli dengan renyai-renyai. Aku memandu dengan kelajuan sederhana perlahan. Sambil tu berborak dengan .............. cukup sekadar aku perkenalkan dia dengan nama B.
Cadang nak tonton wayang. So kami pun belilah tiket cerita Max Payne. Hahaha....ye...Max Payne. Mesti ada yang jeles sebab aku dah tengok cite ni. Sebelum tengok cite kami pergi mencekik dulu di McD. Makan sekadar alas perut je. Aku taknak cite tentang Max Payne. Tak adil la kan kalau judgement aku nanti akan menentukan keinginan korang sama ada untuk tengok cite ni atau tak. Cuma aku boleh kata Fuyooo..! (hehehe....)
10:29 | 0 Comments
Relakan
Aku juga masih sayangkan kau. Walau aku tau kau juga masih sayangkan aku tapi kita sudah jauh berbeza. Kau sudah pun ada kehidupan sendiri dan telah pun membuat pilihan. Siapalah aku ini kalau hendak dibandingkan dengan jejaka lain yang lebih baik diluar sana. Melihat kau hidup dengan bahagia sudah memadai untuk aku meneruskan kehidupan. Jangan kau kesali akan perkara yang telah terjadi.
Selama ini pun aku tidak pernah menghargai kehadiran kau disisi aku. Aku sia-siakan peluang yang cuba kau beri pada aku. Sejujurnya aku sendiri tidak pasti mengapa aku jadi begitu. Cuma aku tau pada ketika itu terlalu banyak tekanan dari persekitaran hidup aku yang menyebabkan aku tidak mampu untuk berfikir dengan telus. Tapi lama-kelamaan aku mula sedar betapa aku telah pun keciciran kau di saat perjalanan hidup ini masih berlayar.
Walau aku ingin berlabuh di pelabuhanmu tapi apalah daya yang aku ada. Aku melontarkan sauh disaat kau pula berlayar ke destinasi pilihanmu. Sesungguhnya aku mampu untuk mengejar tetapi aku takut. Aku takut aku akan melukakan hatimu. Biarlah hanya hati aku yang dilukai kerana takkan ada sesiapa yang bakal mengetahui.
Jangan ditanya padaku tentang perkahwinan & pernikahan. Ia tidak memberi apa-apa makna tanpa kau disisi hidupku. Jangan menangisi hidup sepiku kerana aku sentiasa membawa dirimu bersamaku di dalam hati ini. Andai ada jodoh antara kita Insyaallah kita akan tetap bersatu. Andai memang kita tidak ditakdirkan untuk bersama anggap sahaja ia sebagai ketentuan dari Ilahi.
Hati ini kuat menyatakan rasa kasih dan sayang padamu. Tapi.......
15:21 | 1 Comments
Makan lagi.......
Pada hari Sabtu yang lalu aku telah pergi ronda-ronda makan di rumah terbuka di mana aku dijemput. Ada 3 buah rumah semuanya. Mula-mula aku ke rumah Cik Peah, typist office aku. Tapi rumah dia ni tak buat pun majlis rumah terbuka. Cuma dia masak la sedap-sedap sebab kenangkan aku ni beriya benor nak datang rumah dia. Menu yang disediakan ialah Nasi Minyak & Mee Goreng. 3 pinggan aku bedal sebab masa tu memang aku dah lapar benar.
Kemudian aku ke Selayang Jaya plak. Kawan semasa di kolej dulu Farouq a.k.a moncot dengan tegasnya menyuruh aku datang ke rumah terbuka dia untuk menghabiskan segala makanan yang ada. Menu yang ada agak variety seperti Soto, Mee Bandung (antara menu istimewa orang Johor), Kek Batik, Kuih-muih dan buah-buahan. Masa kat rumah moncot aku cuma larat makan sepinggan aje. Kalau ikutkan hati memang nak tambah lagi tapi oleh kerana masih ada sebuah rumah lagi maka aku hadkan pengambilan makanan hehe... Masa di rumah moncot aku dapat la juga jumpa kawan lama ketika di kolej walaupun cuma ada 3, 4 orang aje.
Lebih kurang jam 3 petang aku bergerak pula ke Kelana Jaya untuk makan di rumah Puan Majistret plak. Oleh kerana keadaan lalulintas pada hari itu memang sesak ya amat terutamanya di bulatan Selayang maka aku sampai pun agak lewat. Nasib baik la masih banyak lagi makanan. Tapi aku cuma boleh sumbat Ketupat Palas je sebab kapasiti perut aku tidak sebesar perut jerung.
Apa pun journey pada hari itu memang syok sebab aku dapat makan free. Aku ucapkan terima kasih pada seorang gadis cantik yang sudi menemani aku pada hari itu. Walaupun dah lama tak jumpa tapi kemesraan tetap ada. Korang jangan pandai-pandai nak skandalkan aku plak. Selesai kerja makan-makan ni aku pun balik ke rumah untuk berehat.
11:59 | 0 Comments
Jamuan raya Office
Antara menu yang ada ialah Nasi Lobak, Ayam Masak Merah, Nasi Empit, Lemang, Kuew Teow Goreng, Lodeh, Sambal Kacang, Sambal Tumis, Rendang, Salad Buah, Cocktail, Kek Batik, Teh O dan Sirap Bandung. Aku makan tak berhenti dari jam 8.30 sampai ke tengah ari. Tapi amik sikit-sikit je la.
Oleh kerana tugas pun harus diselesaikan juga maka aku selang selikan makan dengan buat kerja. Akhirnya siap juga kerja aku dan petang ni aku boleh beristirehat sambil menikmati lena yang nyenyak haha....
12:37 | 2 Comments


